Soalan
Assalamualaikum, saya nak bertanya tentang puasa ganti. Pada tahun 2011,
saya tinggal puasa selama 20 hari kerana alahan mengandung. Tahun 2012
pula saya tak sempat nak ganti puasa itu sebab saya menyusukan anak.
Saya hanya sempat ganti satu hari saja. Tahun 2012 juga saya ada tinggal
puasa selama 10 hari. Bagaimana saya nak ganti puasa untuk tahun 2011
itu?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, dalam hal ini, bilangan
hari puasa 2011 yang masih belum anda qadha’kan lagi, iaitu sebanyak 19
hari perlu anda qadha'kan. Selain itu, anda juga perlu membayar fidyah
puasa kerana sudah terlewat mengqadha’ puasa tersebut.
Ringkasnya, disepanjang tahun ini (sehingga sebelum tiba Ramadhan 1434H) anda perlu selesaikan jumlah hari puasa yang perlu anda qadha’kan, iaitu sebanyak 29 hari (19 hari 2011 + 10 hari 2012).
Dalam melakukan puasa qadha’, ia tidak ubah sama seperti puasa fardu yang dibuat semasa bulan Ramadhan. Rukun dan syaratnya juga adalah sama, hanya niatnya sahaja yang berbeza, iaitu “Sahaja aku berpuasa qadha’ esok hari kerana Allah Ta’ala”.
Panel menasihatkan supaya anda bersegera untuk mengqadha’nya mulai sekarang. Bimbang tidak terlaksana jika terus ditangguhkan. Wallahu 'alam.
Nota:
Bayaran fidyah boleh dijelaskan di Pusat Pungutan Zakat yang berdekatan dengan tempat anda.

No comments:
Post a Comment