Thursday, November 15, 2012

Tentang Membuat Souvenir Berbentuk Haiwan

Soalan

apa hukumnya membuat souvenir berbentuk hewan?apakah boleh?namun bentukny tak terlalu mirip,hanya menyerupai,misal bentuk gajah namun kaki hanya dua,bentuk anak namun tak ada jari-jari dan telinga,namun ada mata,mulut,tangan,kaki,namun tak ada jarinya.trimakasih sebelumnya

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mengikut Buku  "Halal Dan Haram Dalam Islam "yang dikarang oleh Dr Yusoff al-Qaradawi,Seorang ulamak besar di Mesir mengatakan bahawa mengukir patung bernyawa seperti bentuk rupa (MUJASSAMAH /berbentuk lembaga) sama ada manusia,binatang dan seumpamanya adalah HARAM.
Justeru panel nasihatkan, berdasarkan pandangan mufti W.Persekutuan,Melaka,Selangor dan Negeri Sembilan berhubung perkara ini  yang pernah dibincangkan sekitar awal tahun 90an, mereka mengatakan adalah HARAM membuat souvenir berbentuk haiwan.
Panel tegaskan adalah lebih baik  anda cari kaedah lain untuk buat souvenir seperti ukiran kayu-kayan yang bukan berbentuk haiwan.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment