Saturday, September 21, 2013

Perlukah Keizinan Suami Utk Membelanjakan Buat Anak

Soalan

seperti apa yg saya faham, suami tiada hak untuk masuk campur hal pendapatan isteri, soalan saya, saya teringin nak belikan barang kemas bukan untuk diri sendiri tapi untuk anak perempuan kami, suami tak izinkan, bila ditanya alasannya, suami hanya ckp "biar alasan tu hanya dia yg tahu".. bolehkah saya teruskan niat saya @ saya kena kuburkan saja niat tu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda boleh belikan barang kemas  untuk diberikan kepada anak  menggunakan duit anda sendiri.Sebaik-baiknya maklumkan sahaja kepada suami tentang perkara tersebut.Ia tidak sesekali terikat dengan jawapan suami,ini kerana pembelian tersebut menggunakan duit anda dan bukannya duit suami.Wallahu a'lam.

Mcd Haram Atau Halal

Soalan

Adakah produk makanan McD haram..harap dapat beri maklum balas secepat mungkin dan siarkan kepada media kerana ramai yang ragu tentang isu ini dan isu ini telah diuar-uarkan kembali di beberapa surat khabar termasuk surat khabar luar negara..sila tunjukkan bukti yang sahih..terima kasih..

Jawapan

Setakat ini makanan McD di Malaysia adalah halal dan setelah membuat kajian dari hab Halal JAKIM ia tiada bukti yang menunjukkan haramnya sebagaimana yang digembar-gemburkan.  Dua hari yang lepas Hab halal JAKIM telah membuat pernyataan/pengumuman media tentang perkara ini dan memutuskan tentang halalnya produk tersebut.

Jimak Belakang Isteri

Soalan

Hukum suami mengulangi jimak belakang isteri.adakah isteri perlu mandi wajib.

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum memasukkan zakar ke dubur isteri itu adalah haram,wajib bertaubat dengan kadar segera.Sekiranya anda keluar air mani maka kena mandi wajib,jika isteri tidak keluar mani maka tdak perlulah beliau mandi wajib. TETAPI memadailah   beliau membersihkan dirinya dengan mandi biasa.Wallahu a'lam

Mahukan Kepastian

Soalan

Assalamualaikum..saya ingin bertanya satu soalan. Saya dan 2 org lagi rakan ingin pergi bercuti dan nak sewa hotel.2 org rakan saya itu adalah adik beradik (2 lelaki).jadi kalau saya sewa bersama dalam hotel tersebut adakah salah?kitaorg cuma nak save bajet je...macam mna tu ye ustaz..

Jawapan

Waalaikumussalam.
Salah tinggal sebilik/serumah dengan yang bukan mahram kerana ia boleh menimbulkan syak dan ia boleh ditangkap atas tuduhan berkhulwat atau perbuatan tidak bermoral.  Kita boleh berbuat demikian atas kehadian ibu bapa kita bersama dan diyakini tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini/dilarang oleh agama.  Oleh itu elakkanlah daripada perbuatan sedemikian.

HADIS- ILMU Pengetahuan Asas Kejayaan

Soalan

assalamualaikum w.b.t saya merupakan pelajar sekolah. saya ingin bertanya tentang tajuk diatas. terdapat satu hadis yang bermaksud begini "Mulakan pagimu sebagai seorang guru atau pelajar atau pendengar atau orang yang cinta akan ilmu, jangan jadi orang kelima, anda akan binasa." apa yang di maksudkan dengan orang kelima itu? sya kurang jelas dengan itu

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam sebuah hadis baginda saw yang bermaksud:
"Jadilah orang yang mengajar/guru,atau pelajar,atau orang yang mendengar,atau orang yang cintakan ilmu dan jangan jadi orang yang ke lima iaitu yang merosak agama."
Maksudnya, dalam waktu yang sama ia tidak jadi guru yang mengajarkan ilmu agama,dan  beliau juga tidak mahu jadi penuntut /pelajar,bahkan beliau juga ia tidak mahu mendengar ilmu agama yang diajar oleh para ustaz/ah,malah ia juga bukannlah orang yang cintakan ilmu yang disampaikan oleh para ustaz/ah.
Berdasarkan situasi ini beliau  akan tergolong kepada orang yang kelima iaitu yang merosakkan agama .Ertinya ia akan ganggu dan kacau segala aktiviti berkaitan dengan keagamaan menyebabkan akan berlaku kerosakan dan kebinasaan Wallahu a'lam.

Menjalankan Pernikahan

Soalan

Boleh atau tidak bapa kepada perempuan menikahkan anaknya dengan pengantin lelaki di saksikan dua orang saksi tanpa kadi..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Setiap negara termasuk Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturana,kedua-dua ini disediakan bertujuan untuk  kemudahan dari segi urusan pentadbiran dan kemaskini rekod pernikahan.
Mengikut hukum memang sah,tetapi menyalahi pihak berkuasa agama.Ini kerana kadi memang dilantik khusus untuk menguruskan sebarang pernikahan dan merekodkan butiran berkaitan pernikahan termasuk mengisi borangbyang dijadikan asas dokumen.Ini bagi memudahkan untuk proses kad nikah dan hal-hal yang berkaitan dengannya.
Justeru panel syorkan agar anda ikut prosedur yang  telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa agama di negara ini demi untuk  kebaikan bersama.Wallahu a'lam

Perlu Ke Mandi Wajib

Soalan

salam ustaz...
sy melalukan onani sewaktu sy uzur...
berapa kali sy perlu mandi wajib... sekali atau dua kali?
satu lagi ustaz sy sering melakukan perbuatan yg haram ini... setiap kali sy mmg berniat utk insaf supaya tidak mengulangi perbuataan ni lg.. tpi sy masih lemah.... berpuluh kali sy pernah berjanji dgn allah supaya sy tdk akn mengulangi perbuataan ni.. tpi sy tdk berubah.. tolong menunjukkan sy satu cara utk mengurangkan nafsu sy...

Jawapan

Waalaikumusalam,
Perlu panel tegaskan berdasarkan hukum fekah bahawa melakukan onani itu adalah haram.Anda wajib bertaubat dengan kadar SEGERA.Rukun taubat itu adab3 iaitu,
1.Berhenti dengan kadar segera perbuatan tersebut.
2.Menyesali perbuatan berkenaan
3.Tidak akan mengulangi semula perbuatan yang sama
Anda hanya perlu gunakan niat  mandi wajib bagi dua perkara iaitu untuk mandi kerana haid dan onani.
Cara untuk hentikan onani ialah:
1.Bernikah jika sudah bersedia dari semua aspek.
2.Anggaplah anda hanya sempat hidup sampai besok pagi sahaja,apakah anda telah cukup bekalan?
3 .Anggaplah anda sedang solat terakhir,mampukah anda kyusuk sepanjang solat?
4.Anggaplah anda sedang meniti situlmustaqim,adakah anda akan selamat sampai di seberang?
5.Akhir sekali sanggupkah anda bakar satu jari anda,sekiranya anda mampu maknanya anda memang jenis tidak takut dan gerun dengan api neraka Allah.
Panel mohon supaya anda berMuhasabah dan fikirkan sedalam-dalamnya demi untuk kebaikan masa depan anda.Wallahu a'lam.

Jenazah Bayi 7 Bulan

Soalan

bagaimana menguruskan jenazah bayi 7 buan?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Bagi bayi yang dikandung melebihi 6 bulan dan ke atas termasuk 7 bulan ia perlu diuruskan macam jenazah biasa,iaitu
1.Mandi jenazah
2.Dikafan
3.Disolatkan
4.Dikebumikan
Cuma bayi ini tidak boleh ditalkinkan kerana ia belum baligh TETAPI MEMADAI dengan tahlil   sahaja.Wallahu a,lam.

Soalan Lafaz Cerai Ketika Sedang Sakit Hati

Soalan

Assalamualaikum ustaz... saya ada soalan. saya dh berkahwin dan pkhwinan kami baru sahaj mencecah 6 bln.... pernah seketika dulu saya minta dilepaskan tetapi suami tidak setuju...Baru-baru ni kami sering bergaduh....Sehingga suami melafazkan kata-kata " abg lepaskan syg".... Soalan saya jika suami malafazkan kata-kata " abg lepaskan syg, kita buat haluan sendiri, pergilah mane-mane syg nak pergi " dalam keadaan sedang sakit hati, dan berniat untuk menceraikan saya. adakah boleh jatuh talak..?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Kata-kata sedemikian ialah bentuk lafaz cerai secara kinayah (sindiran) dan ia bergantung kepada niat seseorang itu dengan erti kata jika ia berniat untuk menceraikan isterinya maka jatuh talak sekalipun dalam keadaan sakit hati/marah.

Perkahwinan Dengan Adik Kepada Kakak Ipar

Soalan

Assalamu'alaikum. No rujukan jdifg. Saya hendak bertanya. Adakah sah jika saya berkahwin dengan adik kepada kakak ipar saya?

Jawapan

Waalaikumussalam.
Sah berkahwin dengan adik kakak ipar tetapi tidak boleh berkahwin dua isteri adik beradik.

Solat Sunat Dhuha

Soalan

Assalamualaikum ustaz/ustazah....Boleh atau tidak jika saya mengerjakan solat sunat dhuha 30 minit selepas waktu syuruk?Ada rakan-rakan mengatakan bahawa solat dhuha perlu dilakukan jam 8.30 am sehingga 12pm..

Jawapan

Waalaikumussalam.
Boleh tetapi sebaik-baiknya waktu yang sesuai antara jam 8.30am sehingga 12pm.  Ulama berpendapat waktu yang sesuai adalah sehasta matahari terbit dan diakhiri dengan sehasta dari masuk waktu zohor.

Qada Puasa Bagi Wanita

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Ada seseorang yang menyatakan Puasa tdk perlu diqada'kan oleh wanita yg mengalami Haid semasa bln Ramadhan kerana Haid merupakan perkara semulajadi terhadap wanita. Beliau menekankan lagi puasa hanya perlu diganti oleh wanita yang bersalin pada bulan puasa.
Beliau juga menyatakan puasa wanita haid tidak perlu ganti kerana ia adalah bersamaan dengan tidak perlu qada' solat lima waktu semasa haid. Boleh tolong bagi nas yang kukuh yang boleh saya beritahu kpdanya? TQ

Jawapan

Waalaikumussalam.
Tidak benar pendapat sedemikian kerana dalam menjelaskan persoalan ini ia dikaitkan dengan ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 184 yang bermaksud "Sesiapa yang berada dalam keadaan sakit atau musafir maka hendaklah ia menggantikan pada hari yang lain, dan bagi orang yang tidak mampu (berpenyakit yang tidak dapat dipulihkan seperti penyakit tua atau gastrik berpanjangan dan saumpamanya) untuk berbuat demikian (berpuasa) maka hendaklah ia menggantikan pada hari yang lain".
Benar bahawa Haid merupakan perkara semulajadi tetapi dalam ayat ini (maksud ayat al-Quran diatas) ia tidak berkecuali dari melakukan puasa sekalipun bagi wanita yang bersalin pada bulan puasa.  Ia tidak sama dengan kes solat kerana ada hadis yang mengecualikan solat (melarang solat dan mengecualikan solat untuk diganti) bagi wanita yang ber Haid. (Soheh Muslim - no. 335 : Kitab al-Haid) yang bermaksud " Apabila yang demikian itu (haid) menimpa kami (Aisyah) maka kami disuruh oleh Rasulullah mengqada puasa namun tidak disuruh untuk mengqada solat."

Was-was Selepas Mandi Wajib Bila Ada Kotoran

Soalan

assalamualaikum. saya mandi wajib pada pagi. dan pada siangnya bila saya ingin solat saya sedar bahawa terdapat kotoran yang seakan gam melekit di mana apabila digosok dengan kuku ia keluar seakan2 getah. adakah mandi wajib saya sah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Perlu panel  tegaskan jika gam tersebut sifatnya menghalang/menyekat daripada air mandian sampai maka mandi wajib itu  tidak sah,maka solat yang didirikan juga tidak sah.Sebaliknya jika gam tersehut memang sifatnya membenarkan air sampai keseluruh tubuh badan termasuk tempat yang terkena gam maka  mandi wajib yang dikerjakan itu sah justeru iq tidak perlu ulangi  mandi wqjib baru begitu juga dengan solat,wallahu a'lam.

Syarat Dan Hukum Untuk Aqiqah Anak Angkat Yang Tidak Sah Taraf

Soalan

Assalammualaikum...sy ingin bertanya ttg syarat dan hukum membuat aqiqah utk anak angkat yg tidak sah taraf..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Syarat akikahnya adalah sama  ,iaitu penjaganya yang berkemampuan dari   segi kewangan,jika ibu angkat dan bapa angkatnya mampu,ia boleh dilaksanqkqn sebelum anak tersebut mencapqi umur baligh.
Jika ia telah  mencapai i umur baligh,ketika itu bapa  /ibu angkat tidak lagi dituntut bagi melakukqn akikah.Sebaliknya tuntutan itu telah berpindah kepada anak angkatnya untuk melakukan  akikah.Wallahu a'lam.

Was2 ketika niat solat

Soalan

salam. soalan sy bergini ketika sy nk angkat takbir sy terfikir sesuatu adakah batal solat sy wlaupown sedikit jee fikir.

Jawapan

Waalaikumualam,
Solat akan dikra sah jika anda bertakbir dan dalam waktu yang sama anda sertakan dengan niat untuk tunaikan solat .Jika semasa bertakbir tetapi belum niat maka ia belum boleh diiktiraf sebagai solat.Wallahu a'lam.

Bercinta Dengan Duda Anak Dua

Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ada seorang kawan yg berkawan dengan duda...sebelum ini dia pernah memarahi kakaknya kerana berkahwin dengan duda, dan hal ini telah menyebabkan kakaknya dihalau oleh ayahnya..skrg dia pula bercinta dengan duda...dia bertanya pendapat saya adakah patut unutk dia meneruskan perhubungan ini??......disini saya ingin bertanya bagaimana pendapat ustaz???

Jawapan

WAALAIKUMUSALAM,
Anak gadis sesuai dengan pemuda yang kacak/tampan dan bukanya duda.Ini kerana banyak kes yang berlaku perceraian duda@ janda   akan cuba buat perbandingan dengan bekas/mantan pasangan yang terdahulu.
Implikasinya anda akan jadi mangsa keadaan,justeru pada pandangan panel tidak salah untuk anda lupakan supaya perkara negatif tidak akan terjadi.Sebagai pilihan anda lakukan solat istikharah kepada Allah untuk mohon petunjuk.Wallahu a'lam.

Niat Mandi Hadas Besar

Soalan

Merujuk kepada soalan bernombor rujukan xismrt, Apakah jawapan nya

Jawapan

Waalaikumusalam,
Niat mandi wajib ialah,          Nawaitu rofaal hadasal akbari Lillahi Taala
SENGAJA AKU ANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA
Wallahu a'lam

TAHARAH ( MANDI WAJIB )`

Soalan

As salam panel yg dihormati , sy ada 2 soalan .

1.Setahu saya niat mandi wajib ada macam-2 kan ? ''sahaja aku mandi wajib..... '' , '' sahaja aku angkat hadas besar...'' soalan saya , jika kita melakukan onani atau mimpi atau berjunub , niatnya masih sama spt ini kan?

2.Bagaimanakah hendak membasuh bahagian belakang badan ketika mandi wajib? Adakah memadai gosok dengan tangan sehingga yang mampu sahaja?

itu sahaja. Sekian terima kasih .

Jawapan

Waalaikumusalam,
Para ulamak bersependapat apa juga jenis hadas besar seperti berjimak,berzina,onani,haid,wiladah dan seumpamanya  hendaklah berniat sebegini iaitu:
Nawaitu rofaal hadasal   akbari lillahi Taala
Bermaksud: SENGAJA AKU MENGANGKAT HADAS BESAR KERANA ALLAH TAALA
2.Berdasarkan ayat alQuran,Allah Tidak akan memberati hambaNya kecuali   yang mampu dipikulnya.Berbalik kepada soalan yang dikemukakan ,anda perlu gosok sekadar yang mampu dicapai@ sampai tangan anda.Manakala  pilihan   yang lain  jika anda mempunyai  kain tuala yang agak sederhana panjang lalu  digosokkan pada bahagian belakang yang tidak mampu dicapai oleh tangan anda.Wallahu a,lam

Mendapat Idea Daripada Bahan Cetak Rompak

Soalan

Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Apakah hukumnya kita menonton filem cetak rompak lalu mendapat idea untuk menulis novel menggunakan idea tersebut? Adakah idea tersebut halal digunakan?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menonton  filem cetak rompak    itu  adalah haram.Ini kerana  ia belum mendapat izin untuk tonton oleh pihak berwajib.Begitu juga idea yang keluar daripada fikiran hasil tengok video itu halal ,tetapi perbuatan yang anda lakukan adalah haram.Justeru perkara sebegini     panel nasihatkan perlu dielakkan serta dijauhi.Wallahu a,lam.

Tafsiran Mimpi Bertemu Seserang Tapi Tidak Jelas Wajahnya


Soalan

Assalamualaikum w.b.t ustaz... saya damia nak bertanya berkaitan mimpi yang telah saya mimpikan. Dalam mimpi itu, saya telah bertemu seseorang lelaki tapi mimpi itu saya tak nampak dgn jelas wajah seseorang itu. saya kerap bermimpi mimpi yang sama. Apakah maksudnya....?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mimpi itu terbahagi kepada dua kelompok  yang besar iaitu,
1. Mimpi benar yang mana sebelum tidur anda membuat persediaan iaitu berwuduk,membaca ayat  alQuran,zikir dan tasbih tertentu sebelum memejamkan mata.
2. Mimpi yang tidak benar iaitu mimpi mainan tidur tanpa membuat persediaan seperti tidak berwuduk,tidak membaca alquran,tidak berzikir dan bertasbih sebelum tidur.
Sebagai langkah positif anda dinasihatkan supaya melaksanakan solat hajat pada 2/3 waktu tengah malam.Kemudian dalam sujud minta petunjuk kepada Allah supaya memberikan  gambaran imej yang sering bermain dalam minda tersebut agar  jelas dari segi rupa wajahnya.Pada pandangan panel berdasarkan ilmu dan info yang dimiliki ternyata itu merupakan jodoh anda,cuma Allah hendak uji supaya anda berusaha sedikit sebelum dianugerahkan jodoh yang serani.Wallahu a'lam

Masalah Dalam Solat

Soalan

Lepas solat saya perasan ad kotoran di celah kuku saya. Sah x solay saya

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sebagai info jika kekotoran itu bukannya najis dan air wuduk boleh sampai tanpa sebarang halangan maka solat anda adalah sah. Sekiranya kekotoran itu memang jelas najis maka solat anda tidak sah.Justeru anda kena bersihkan kekotoran itu sampai suci kemudian ambil wuduk yang baru akhirnya anda  perlu ulangi semula solat yang telah anda lakukan.Wallahu a'lam.

Saturday, September 14, 2013

Keliru Dengan Keadaan Semasa Lafaz Cerai

Soalan

Sy nk tanya selepas beberapa hari suami lafazkan cerai, dia ckp terlepas cakap sb tgh marah. Adakah keadaan tersebut sedar atau tidak sedar?

Jawapan

Jatuh talak sekalipun dalam keadaan marah.  Tidak sedar dalam erti kita tidak tahu apa yang kita  katakan/lakukan.  Dalam hal ini ia boleh rujuk dalam kadar segera semasa edah kecuali selepas talak tiga. Oleh itu berhati-hatilah untuk berkata sedemikian kerana akibatnya besar.
Penal tidak mengetahui pekataan bagaimana lafaz itu diucapkan?  kerana tidak jatuh talak jika ia berkata seumpama ini; "aku nak cerai kamu/aku akan cerai kamu/kan kita sudah bercerai/kita hendak bercerai ke? hakikatnya cerai itu akan berlaku dalam keadaan semasa dalam erti tidak lepas/sudah/akan dan seumpamanya.

Kemusykilan Sah Nikah

Soalan

Adakah sah nikah seorang khunsa yg disahkan sbagai lelaki oleh jabatan patologi dan jabatan pendaftaran malaysia untuk menikahi seorang pempuan.......
Sedangkan dier bleh berjimak dengan perempuan itu walaupun zakarnyer bersaiz kecil.......
Dier mempunyai zakar yg kecil dan dua testis seperti lelaki biasa.....

Jawapan

Sah perkahwinan tersebut atas situasi sedemikian.  Sebaik-baiknya pasangannya perlu diberitahu tentang kedudukan lelaki tersebut khususnya untuk ia membuat pertimbangan dan pilihan yang tepat.

TAHARAH DAN PEWARNA RAMBUT

Soalan

Salam panel yg dirahmati Allah SWT , saya ada 2 soalan mengenai taharah .
1.Tahun lepas , saya pernah terpijak najis anjing dengan kasut saya. Baru2 ini saya was2 bahwa sudhkah saya sertu?Kasut itu kini tlh dibuang. Perlukah saya sertu kaki saya jugak dan dlm rumah saya yg dpijak oleh kasut itu? Saya tidk igt tempat mana yg dipijak krna ia berlaku sudah lama.
2.Bolehkah tanah berwarna hitam yg bercampur dengan batu2 dan pasir dan sikit sampah sarap di dpan rumah saya digunakan utk sertu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Anda tidak perlu sertu jika anda jika tidak tahu /jahil tentang hukum perkara tersebut,tambahan kes tersebut telah berlaku setahun yang lalu.Jika anda masih juga  meragui tentang najis tersebut eluklah disertu pada tempat yang anda yakin telah anda pijak.Perlu panel tegaskan bahawa kaki anda tidak perlu disertu kerana ia berada di dalam kasut.
2.Sebaik-baiknya tanah yang digunakan untuk sertu itu tanah yang keras dan kurang bercampur batu,pasir dan sampah.Sekiranya tiada tanah selain itu sahaja yang ada ,maka menggunakan untuk tujuan sertu diharuskan tetapi dengan syarat ,anda perlu asing dan bersihkan terlebih dahulu sebelum digunakan.Wallahu a'lam

Apakah Hukum Trkeluar Mani ,bkn Dngn Niat

Soalan

Assalamualaikum..saya ingin bertanye perlukah pengantin perempuan memberi hadiah atau hantaran untuk abg atau kakak sekiranye dia bernikah dengan seorang lelaki dan lelaki itu mempunyai abg dan kakak yang belum berkahwin lagi. Dan jika pengantin lelaki, Perlukah dia memberi hadiah kepada si abg pengantin perempuan jika belum berkahwin? ada perbezaan ke 2 2 situasi itu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Istillah langkah bendul cuma digunakan oleh orang melayu sahaja dan ia tidak ada  kaitan secara langsung dalam ugama islam.Sesiapa   sahaja boleh nikah jika jodohnya telah sampai,malah tidak ada dalam hadis apatah lagi dalam alQuran jika adiknya yang menikah dahulu ia kena beri hadiah/bayaran tertentu kepada abang dan kakak yang belum berkahwin.
Justeru tanyalah ahli atau mereka yang pakar dalam bidang ilmu  fekah jika anda meragui kesahihan yang dinyatakan oleh panel dalam ruangan ini.Sekiranya jika ada hadiahpun mungkin pada adat sahaja dan bukannya pada tuntutan syarak.Wallahu a'lam.

Pengantin Perempuan Langkah Bendul

Soalan

Assalamualaikum..saya ingin bertanye perlukah pengantin perempuan memberi hadiah atau hantaran untuk abg atau kakak sekiranye dia bernikah dengan seorang lelaki dan lelaki itu mempunyai abg dan kakak yang belum berkahwin lagi. Dan jika pengantin lelaki, Perlukah dia memberi hadiah kepada si abg pengantin perempuan jika belum berkahwin? ada perbezaan ke 2 2 situasi itu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Istillah langkah bendul cuma digunakan oleh orang melayu sahaja dan ia tidak ada  kaitan secara langsung dalam ugama islam.Sesiapa   sahaja boleh nikah jika jodohnya telah sampai,malah tidak ada dalam hadis apatah lagi dalam alQuran jika adiknya yang menikah dahulu ia kena beri hadiah/bayaran tertentu kepada abang dan kakak yang belum berkahwin.
Justeru tanyalah ahli atau mereka yang pakar dalam bidang ilmu  fekah jika anda meragui kesahihan yang dinyatakan oleh panel dalam ruangan ini.Sekiranya jika ada hadiahpun mungkin pada adat sahaja dan bukannya pada tuntutan syarak.Wallahu a'lam.

Suami Kencing Tak Lawas

Soalan

Assalamualaikum wbt ustaz... bolehkah suami yg mempunyai kencing tak lawas membalut zakarnya dgn kain dan berwuduk , kemudian dia menjadi imam solat kepada isterinya di rumah?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Sekiranya seseorang itu mengidap penyakit kencing tak lawas,ulamak dan para sarjana dalam bidang fekah merumuskan supaya mereka memastikan waktu solat telah benar-benar masuk basuh dan sucikan kemaluan kemudian balut.Setelah itu beliau hendaklah dengan kadar segera ambil wuduk lalu mengimamkan solat tanpa mendahulukan solat   sunat Qobliyah.Setelah selesai solat fardu suami puan tidak boleh untuk solat sunat ba'diyah/selepas.Ini kerana wuduk yang diambil tersebut hanya boleh digunakan untuk sekali solat fardu sahaja.Jika beliau ingin solat sunat,mohon beliau mengambil wuduk baharu.Wallahu a'lam.

Mandi Wajib Dan Solat

Soalan

antara soalan sy :

1.selepas sy mandi wajib. sy terlihat ada 2,3 bintik merah di kuku kaki sy x pasti tu ape. adakah mandi wajib sy sah?

2.sekiranya ada sedikit air kencing di seluar kita. dan teros solat. sah ke solat?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Mandi wajib dikira sah sekira melaksanakan tiga rukun berikut iaitu
1.Niat angkat hadas besar
2.Membersihkan segala najis dan kekotoran yang terdapat pada tubuh  badan.
3.Meratakan air mandian keseluruh anggota tubhh badan.
Semasa anda mandi wajib ,tidak terdapat  sebarang halangan untuk air sampai kepada seluruh tubuh badan maka sahlah mandi wajib yang anda kerjakan.
2. Antara syarat sah solat ialah bersih tempat solat,tubuh badan dan pakaian yang digunakan semasa menunaikan solat.Berdasarkan kenyataan ternyata seluar anda terkena air kencing lantas anda terus solat,maka solat anda tidak sah kerana tunaikan solat dalam keadaan pakaian terkena najis,justeru anda kenatukar pakaian yang bersih dan