Friday, November 9, 2012

Lantai Kering Najis

Soalan

Assalamualaikum Panel

Adakah sah solat di atas lantai yang kering, yang dahulunya terdapat darah nyamuk yang dilap sahaja tanpa dialirkan air?

Terima kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, solat yang didirikan di atas lantai tersebut adalah sah. Hal ini adalah kerana darah nyamuk tersebut adalah tergolong di dalam jenis najis yang dimaafkan. Oleh itu, cukup hanya dilap sahaja tanpa perlu membasuhnya dengan mengalirkan air di atasnya. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment