Wednesday, November 21, 2012

Bekerja Dengan Institusi Kewangan Aeon

Soalan

Assalammualaikum, saya ingin bertanya sesuatu berhubung dengan pekerjaan saya ketika ini. Saya bekerja di Institusi kewangan Aeon Credit. Disini saya sudah sedia maklum bahawa riba adalah haram dri sisi agama Islam namun saya berasa keliru kerana ada pihak yang mengatakan tidak mengapa sekiranya dalam darurat. Saya berasa sungguh keliru dengan pendapat tersebut dan ingin tahu berkenaan dengan kesahihan maklumat itu. Diharap pihak tuan puan dapat memberikan keterangan berkenaan dengan pekara ini

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum anda bekerja di bank tersebut adalah diharuskan. Oleh itu, pendapatan yang anda terima setiap bulan boleh anda gunakan untuk menanggung keperluan anda dan keluarga.
Walau bagaimanapun, jika anda berupaya untuk mencari kerjaya yang lain, ia adalah lebih utama.
Ringkasnya, seorang muslim diharuskan untuk bekerja di institusi tersebut hanyalah atas dasar darurat sahaja (jika tidak ada pilihan kerja yang lain). Namun jika ada peluang kerjaya yang lain, maka wajib baginya meninggalkan kerja di institusi kewangan tersebut dan menerima pekerjaan yang baru itu. Wallahu 'Alam.

No comments:

Post a Comment