Saturday, November 10, 2012

Adakah Ia Jatuh Talak Kepada Saya???

Soalan

Baru-baru ini ustaz saya ada bergaduh dgn suami saya mengenai org menghantar sms kepada saya..ia seorg lelaki tapi saya telah meletakkan nama itu perempuan..bila suami saya chack di pusat center telefon mengesahkan memang ia sorg lelaki..saya mengaku aje tapi org itu sms saya sj...tapi saya tidak membalas sms tersebut..bila suami saya tahu dia lelaki suami saya kata mulai hari ni saya tiada ape2 hubungan dgn awak..dan tidak akan ambil tahu hal awal..ada kah jatuh talak kepada saya..terima kasih

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam hal ini puan perlu bertanyakan kepada suami sama ada dia benar-benar berniat cerai atau tidak.
Sekiranya dia berniat cerai maka talak akan jatuh.
Sekiranya tidak, hanya sekadar melepaskan kemarahan maka talak tidak jatuh.
panel menasihatkan agar merujuk perkara ini dengan segera ke mahkamah syariah  yang terdekat bagi mendapatkan pengesahan cerai.

No comments:

Post a Comment