Soalan
tulang belulang khinzir dan anjing yang sudah kering, boleh atau tidak kita sentuh atau memegangnya
Jawapan
Babi dan anjing adalah dua haiwan yang dihukumkan najis mughallazah.
Barang siapa yang menyentuhnya dalam keadaan basah, maka tempat yang
bersentuhan dengan haiwan tersebut perlu disucikan dengan melakukan
sertu.
Mengenai persoalan tulang kedua haiwan tersebut, jika berada di dalam keadaan yang kering, ia harus untuk disentuh atau dipegang. Walau bagaimanapun, jika tidak ada keperluan untuk menyentuhnya, adalah lebih baik tidak menyentuhnya kerana ia adalah perbuatan yang sia-sia. Wallahu 'alam.
Nota:
Sertu – basuhan menggunakan air yang dicampuri dengan tanah di tempat yang bersentuhan dengan haiwan tersebut dan kemudiannya dibilas dengan air mutlak biasa sebanyak 6 kali basuhan yang lain.

No comments:
Post a Comment