Saturday, November 10, 2012

Hukum Mengajar Di Kilang Membuat Arak

Soalan

Salam.Saya merupakan seorang consultant yang terlibat didalam menjalankan latihan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan di tempat kerja.Saya bekerja tetap dengan sebuah syarikat juruperunding, pelanggan kami adalah kilang2.Sebuah syarikat membuat arak di Shah Alam telah menjemput syarikat saya untuk memberikan latihan berkaitan keselamatan di tempat kerja kepada pekerja mereka dengan bayaran RM 3000 sehari.Jika saya menjalankan latihan ini (bagi pihak syarikat),halalkah pendapatan saya?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
membuat latihan kepada pekerja syarikat tersebut tidak menjadi sebarang permasalahan.
Perkara yang menjadi masalah ialah , wang yang diterima itu adalah hasil penghasilan arak dari kilang tersebut. Sekiranya wang yang digunakan oleh syarikat tersebut dari hasil anak-anak syarikat yang lain yang tidak berkaitan dengan pengeluaran arak maka ia diharuskan.
Perkara ini sudah menjadi was-was dan syubah maka adalah lebih baik dielakkan.
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment