Soalan
As-Salam...Cara untuk membuka dan melembutkan pintu hati saudara
sya,untuk menunaikan solat...kerana sya dah menegur tapi tidak
dihiraukan...Sya rsa sedih dan kasihankan kluarga sya...
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hati adalah milik Allah, hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja yang berkuasa untuk mengubah dan membolak-balikkan hati seseorang itu.
Walaupun nasihat dan teguran yang anda sampikan kepada mereka tidak membawa sebarang kesan yang boleh meredakan kebimbangan anda, namun nilainya adalah cukup besar di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Apa yang dapat Panel nyatakan, jangan putus asa dan patah hati melihat keadaan mereka yang masih tidak berubah.
Anda perlu gunakan pendekatan yang lain di dalam berdakwah dan mentarbiah mereka agar kembali sedar di atas kesilapan dan kesalahan yang telah mereka lakukan.
Antara cara yang boleh anda gunakan ialah dengan menyediakan bahan bacaan yang menceritakan tentang azab dan seksaan yang telah dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada mereka yang tidak mengerjakan solat fardu lima waktu.
Anda letakkanlah buku-buku, artikel-artikel ataupun lainnya di ruang tamu ataupun di mana-mana tempat yang difikirkan sesuai di dalam rumah. Pastikan ia mudah untuk dilihat dan senang untuk mengambilnya.
Mudah-mudahan dengan bahan bacaan dan pendedahan perkara tersebut kepada mereka dapat melembutkan dan mengingatkan mereka semula kepada tanggungjawab dan tugasan serta kewajipan mereka sebagai seorang hamba kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala Tuhan yang memiliki sekalian alam.
Dalam pada itu, janganlah anda lupa untuk mendoakan mereka agar dikurniakan tawfiq dan hidayah kerana doa adalah senjata yang paling mujarab dan halus yang mampu mengubah segala-galanya dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment