Soalan
1.Apakah jenis kotoran yang menghalang mandi wajib?
2.Adakah kotoran disebabkan saya duduk di negara berdebu menghalang air daripada sampai ke kuku ketika mandi wajib?
2.Adakah kotoran disebabkan saya duduk di negara berdebu menghalang air daripada sampai ke kuku ketika mandi wajib?
Jawapan
Waalaikumusalam,Terdapat beberapa kesan kekotoran yang menghalang daripada air mandi wajib sampai ke anggota tubuh badan seseorang iaitu:
1.Getah segerap (bagi orang yang kerjanya menoreh getah) yang melekat pada tangan atau badan seseorang yang sukar ditanggalkan.
2.Gam gajah atau gam kayu yang sukar ditanggalkan (mereka yang kerjayanya sebagai tukang kayu/ukir) Implikasinya jika ditanggalkan terpaksa kikis kulit badan.
Justeru sebelum mandi,panel nasihatkan agar anda bersihkan dahulu getah @ gam tersebut menggunakan bahan pelarut yang dibenarkan.
Setelah dipasti getah dan gam itu tanggal baharulah dimulai mandi wajib dengan berniat kemudian jiruslah tubuh badan dengan air mutlak sehingga merata ke seluruh anggota.Jika sekedar debu ,mandi wajib yang anda lakukan dikira sah.Ini kerana ia memadai anda hilangkan debu tersebut dengan air.Debu kekotoran tidak sekali-kali menghalang air mandi wajib anda untuk sampai dan meresap ke seluruh tubuh badan anda.Wallahu a'lam
Apakah Mandi Wajib tetap sah min jika mandi di wc umum
ReplyDelete