Thursday, November 8, 2012

Pernikahan Dalam Tempoh Bertunang

Soalan

salam ustaz/ustazah

saya & bakal isteri telah bertunang 1tahun, ikatan pertunangan ialah 3tahun sehingga saya selesai degree, tetapi tunang saya telah kehilangan bapanya kerana meninggal dunia, bapanya mempunyai adik kandung lelaki iaitu pakcik pada tunang saya adakah beliau yang akan menjadi wali bagi tunang saya? ini kerana datuknya dan keatas sudah tiada dan sah kah pernikahan jika cukup 5 rukun nikah kami lakukan tanpa memohon dari jabatan agama kerana hanya ingin nikah khitbah dulu?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam islam tiada istilah nikah gantung(khitbah),penggunaan  istilah ini hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di negara ini sahaja.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,apabila bapa perempuan meninggal (sebagai wali mujbir/yang berhak menikahkan anak perempuannya) maka susunan wali itu telah berpindah kepada datuk lelaki dan ke atas.Sekiranya datuk lelaki telah meninggal juga urutan wali berikutnya telah berpindah kepada adik beradik lelaki seibu dan sebapa.
Justeru anda boleh berkahwin dengan berwalikan adik beradik lelaki seibu dan sebapa,jika dilaksanakan pernikahan sedemikian sebagaimana yang telah panel nyatakan maka sahlah pernikahan tersebut.
Perlu panel tegaskan bahawa setiap pernikahan perlu diberitahu ke  pejabat agama islam daerah yang berhampiran @ negeri untuk tujuan rekod pendaftaran  dan pengdokumenan.Sekiranya tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa agama  ia merupakan suatu kesalahan.Anda dan pasangan  boleh dikenakan denda kerana gagal memberi kerjasama kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai urusan nikah cerai dan rujuk negeri.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment