Monday, November 26, 2012

Nasab Anak Bagi Nikah Menggunakan Ic Palsu

Soalan

Saya telah melahirkan anak 3 tahun selepas mendirikan rumahtangga. Masalah timbul apabila anak tidak dapat didaftarkan kerana ic suami tidak terdapat dalam sistem pendaftaran negara. JPN ragu-ragu untuk mendaftarkan anak berbintikan bapanya. Jabatan agama Islam telah mengesahkan perkahwinan kami namun JPN masih enggan menasabkan anak kepada suami kerana bimbang ic yang digunakan adalah palsu. Adakah anak ini tidak boleh dibintikan kepada bapanya sedangkan perkahwinan kami sah? Tolong jelaskan.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Dalam hal ini anda boleh meminta maklumat dengan pihak JPN mengenai status warganegara suami melalui data JPN. Anda boleh merujuk perkara ini dengan pihak mahkamah syariah berkenaan status penamaan anak kerana wujud sedikit permasalahan walau pernikahan yang dijalankan itu adalah sah di sisi undang-undang.

No comments:

Post a Comment