Saturday, November 17, 2012

Bolehkah Saya Main Ekor Toto Kerana Banyak Hutang

Soalan

Saya berhutang RM50 ribu macam-macam perniagaan saya buat kerana untuk melangsaikan hutang tapi tidak berjaya , bolehkah saya main ekor toto kerana untuk melangsaikan semua hutang

Jawapan

Waalaikumusalam,
Hukum main nombor ekor tetap haram,perkara ini dinyatakan dalam surah al-Maidah ayat 90,yang bermaksud:
"Sesungguh meminum arak, bermain judi,bertenung nasib dan menyembah berhala itu najis, malah perbuatan itu merupakan amaln syaitan,maka hendaklah kamu jauhi....
Jelaslah  judi (main nombor ekor,toto) merupakan kerja syaitan yang menjadi musuh ketat manusia,maka perlu anda jauhi.Islam menyediakan kaedah yang pellbagai untuk mencari rezki dan bukannya dengan cara berjudi yang tidak halal lagi tidak membawa keberkatan.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment