Thursday, November 15, 2012

Kemusykilan Tentang Denatured Alcohol

Soalan

assalamualaikum, dalam minyak wangi yg saya pakai mempunyai bahan bernama 'denatured alcohol' @ ethanol. saya agak keliru dengan bahan tersebut. adakah ia najis dan adakah perfume tersebut boleh dibawa dalam solat? Dan kalau najis perlu ke saya qada' solat saya yang dahulu?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam membincangkan persoalan yang berkaitan dengan alkohol ini, ia sebenarnya ada beberapa jenis dan boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu yang dihukumkan najis (haram digunakan) dan yang tidak dihukumkan najis (boleh digunakan).
Ringkasnya, alkohol yang dihukumkan najis hanya alkohol yang terdapat di dalam minuman keras seperti arak dan sebagainya. Manakala, alkohol yang tidak dihukumkan najis pula ialah semua alkohol selain daripada yang terdapat di dalam minuman keras.
Dari itu, alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi adalah tidak dihukumkan najis. Oleh itu, ia boleh digunakan oleh semua orang Islam  sekali pun semasa hendak mengerjakan solat. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment