Friday, November 23, 2012

Kawan Saya Telah Marah Kepada Saya Apa Yg Harus Saya Lakukan?

Soalan

Assalamualaikum,ustaz ? saya ingin meminta pertolongan ustaz, bagaimana sekiranya seseorang kawan memarahi saya walaupun saya tidak membuat salah terhadapnya, saya berasa amat bersalah, sudah banyak yg telah saya lakukan untuk membuat dia tidak marah lagi pada saya, saya selalu memujuk dia melalui sms, tetapi dia tidak buat tidak tahu sahaja. saya takut ustaz, bagaimanakah saya hendak memujuk dia ustaz? bantulah saya. semoga Allah merahmati ustaz.

Jawapan

waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Anda boleh bertanya secara berterus terang kepada rakan anda kenapa dan apakah sebab dia berkecil hati dengan anda. Jika benar anda yang bersalah maka anda perlu meminta maaf. Biarkan kemarahan reda terlebih dahulu, mintalah pendapat dan bantuan dari rakan-rakan yang lain agar menjadi orang tengah kepada anda.
Berdoalah kepada Allah agar dilembutkan hatinya dan dipermudahkan urusan anda.

No comments:

Post a Comment