Thursday, November 15, 2012

Jika Suami Berkata Mmg Aku Nak Ceraikan Ko Bertina Dan Ko Nak Aku Ceraikan Ko Ke Betina

Soalan

adakah ayat sebegitu boleh jatuh talak ke atas seorang isteri

Jawapan

Waalaikumusalam,
Nabi Muhammad saw ada bersabda yang bermaksud:
"Tiga perkara jika dibuat main-main, akan menjadi betul-betul, iaitu,nikah cerai dan rujuk."
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, jika lafaz itu nyata bukan nya sindirian dari segi hukumnya jatuh talak tersebut walaupun tanpa saksi dan termasuk di depan haiwan.
Untuk membolehkan pendaftaran cerai mohon anda dan suami pergi ke mana-mana mahkamah syariah untuk tujuan pengesahan.Mengikut enakmen pentadbiran Hal  Islam, perceraian di luar mahkamah akan menjadi  suatu kesalahan ,bagi tujuan pengesahan pasangan hendaklah dengan kadar segera merujuk masalah ini di mahkamah syariah yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment