Friday, November 9, 2012

Solat Sunat Solat Fardhu Dan Qada Seberapa Banyak Kali??

Soalan

boleh tak saya solat sunat rawatib qabliyah zohor 2 rakaat seterus solat FARDHU ZOHOR 4 rakaat seterus solat ba diyah zohor 2 rakaat dan akhir nak qada zohor yang dulu tertinggal 4 atau 5 kali sebab ada masa dan lagi pun nak cepat selesai kan hutang??? dan begitu juga lain waktu seperti selepas asar nak qada solat 3 atau 5 kali boleh tak jelas kan saya??

Jawapan

Dalam persoalan ini, anda diharuskan berbuat demikian. Demikian juga dengan mengerjakan solat qadha’ pada waktu selepas menunaikan Solat Fardu Asar adalah diharuskan. Solat yang dilarang untuk dikerjakan selepas solat fardu asar hanyalah solat-solat sunat sahaja sedangkan solat qadha’ adalah solat yang wajib. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment