Wednesday, November 21, 2012

Rasuah Atau Hadiah

Soalan

Assalamualaikum. Saya bekerja sebagai supervisor di sebuah pasaraya. Ada supplier tempat kerja ingin menghadiahkan saya Samsung Galaxy Note 2 sebab saya order barang dari dia..Adakah ini dikira rasuah atau sagu hati? Mohon penjelasan. Terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Apakah maksud pemberian hadiah tersebut? Sekiranya supplier itu mempunyai niat agar saudara meneruskan pengambilan barang dari pihak tersebut maka ia dikira rasuah.
Sekiranya itu adalah benar-benar hadiah dan pemberian dari pihak mereka maka anda boleh menerima. Walaubagaimnapun, sekiranya anda ragu-ragu maka adalah lebih baik mengelakkan diri  dari mengambil barang tersebut tambahan nilai baranagn hadiah itu adalah mahal dan berharga.

No comments:

Post a Comment