Thursday, May 24, 2012

Wirid Dan Doa Selepas Solat Fardu

Soalan

Assalamualaikum tuan,
Saya ingin tahu wirid dan doa yang sebaiknya kita baca dan amalkan selepas menunaikan solat fardhu. Ini kerana ketika solat berjemaah di masjid, lain imam lain doanya. Mohon diperjelaskan tentang hal ini.
Sekian dan terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Sebenarnya kaedah berwirid satu dunia selepas habis solat itu hampir sama sahaja.Cuma kadang-kadang terdapat juga  imam-imam yang  menokok nambah supaya ia kelihatan panjang.
Di sini panel senaraikan yang paling asas, cuma harapan panel untuk yang lebih terperinci mohon anda cari buku-buku panduan wirid yang banyak terdapat di kedai-kedai buku.
1.Astagfirullahal azim 3 kali
2.Lailaha illallah wahdahula syarikalah lahumulku walahul hamdu yuhyi wayumid wahuwa ala kulli sai iin Qadir 7-10kali
3.Allahumma aajir ni minnar - 3 kali
4. Allahumma antas salam, waminkas salam. wailaika ya udus salam, fakhaiyina  rabbana bis salam, wa adkhil nal jannata bissalam,tabaraktabana wa zal jalali wa ikram
5.Fatihah -1 kali
6.Ayat Kursi
7.Sural al-ikhlas (Qul Huwallahu ahad ) 1 kali
8.Surah Al-Falaq - 1 kali
9.Surah al-Nas 1 Kali
10.Subhanallah -33 kali
11.Alhamdulillah -33 kali
12.Allahu akbar -33
13.Doa.
Panel harap anda mampu amalkan.Untuk lebih baik ,eluk anda cari guru untuk mengajar anda memperbetulkan tajwid dan sebutan huruf-huruf arab.Wallahu a'lam.

Aqidah Teman Sekerja

Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan,
Sy mpunyai seorg teman yg mmpunyai ilmu agama yang agak baik/lebih baik( belajar Tarekat) dari teman2 yg lain. x tggl solat tp minum arak.bila kami tegur minum arak haram disisi islam maka beliau jawab"x semestinya aku minum arak aku masuk neraka.hanya allah yg layak tentukan aku masuk syurga atau neraka"
Soalan sy - Bagaimanakah akidah beliau & cara terbaik menegur beliau?adakah beliau mempersendakan agama islam yg tercinta?

Jawapan


Waalaikumussalam,
Dalam kebanyakan kitab-kitab /buku-buku yang membahaskan tentang akidah,para sarjana dan alim ulamak dalam bidang usuluddin telah merumuskan bahawa akidah seseorang itu akan tergelincir/terpesong  disebabkan oleh 3 perkara, seperti berikut iaitu:
1.Perkataan-Mengatakan solat tidak wajib,hukum hudud adalah undang-undang lapuk termasuk juga yang mengatakan bahawa meminum arak ituadalah  halal.
2.Perbuatan-Meniru perbuatan agama lain dalam kegiatan harian ,contoh sembah matahari,membakar colok lalu membuat sembahan kepada patung @ tokong,mengisyaratkan tanda salib apabila berkunjung ke gereja bagi tujuan lawatan dan seumbamanya.
3.I'tikad-kepercayaan/pegangan keagamaan,kita percaya bahawa ada Tuhan selain daripada Allah,Kita percaya bahawa Allah tidak dapat melihat seseorang apabila kita berada dalam tugu atau rumah yang kukuh dan besar.
Berdasarkan kepada contoh yang panel kemukakan ini sekiranya kawan anda mempertikaikan tentang hukum meminum arak itu tidak boleh mengheret dirinya ke dalam neraka, sebenarnya anggapan beliau salah,Ini kerana akidah beliau telahpun tergelincir berdasarkan huraian panel di awal perbincangan kes ini.Perkara ini disebabkan oleh kerana hukum meminum arak itu memang jelas haram,Ia berdasarkan kepada  hukum Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 90 dan juga hadis baginda yang bermaksud:
"...Sesungguh arak,berjudi, bertenung nasib dan menyembah patung berhala itu adalah najis maka hendaklah kamu jauhi./ hindarkan..
Dan maksud sebuah hadis baginda SAW menyatakan:
...Sesungguhnya arak itu adalah sesuatu yang memabukkan,malah setiap perkara yang memabukkan itu  adalah haram hukumnya...
Rumusan berlandaskan dari  dua sumber ini  mengatakan adalah haram sesiapa  juga yang meminum arak lebih-lebih lagi mereka yang berugama Islam.Justeru panel sarankan agar rakan anda ini cepat-cepat/bersegera  bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.Beliau hendaklah berazam tidak akan mengulangi semula dan seterusnya menyesal di atas perbutan yang telah dilakukan selama ini.
Berbalik kepada soalan bagaimana hendak menegur rakan anda ini.Sebenarnya al-Quran telahpun menyediakan kaedah yang paling sesuai untuk diamalkan iaitu dengan menegur secara hikmah di samping memberi nasihat  sambil melahirkan rasa kasih sayang  yang mendalam sebagai seorang muslim.Panel yakin jika niat kita ikhlas,Insya’Allah akan mempermudahkan usaha kita untuk mendapatkan  natijah yang positif.Walllahu a’lam.

Adakah Perempuan Ada Air Mani?

Soalan

assalamualaikum...saya nak bertanya mengenai hukum puasa saya. saya sedang berpuasa. tetapi dalam waktu saya masih berpuasa, saya ternampak kawan saya meraba punggung orang lain. semasa saya ternampak itu, saya terasa ada sesuatu keluar dari faraj saya. saya tidaklah merasa terlalu ghairah tetapi ada rasa ghairah juga bertambah geli dengan kelakuan beliau. adakah itu air mani? bagaimanakah puasa saya?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Manusia normal yang Allah jadikan memang mempunyai  empat jenis air iaitu air mani.air wadi,air mazi dan air kencing.
Apabila seseorang itu sedang terangsang maka air mazi yang sifatnya jernih dan licin akan keluar melalui zakar ataupun faraj.Kaedah membersihkan memadai  dibasuh  sahaja.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan apakah yang keluar  itu air mani?,sebenarnya yang keluar itu hanyalah air mazi dan jika air tersebut keluar tidak membatalkan puasa anda sebaliknya ia dapat mengurangkan pahala puasa sahaja.
Justeru anda perlu membersihkanya  bagi tujuan untuk memudahkan anda menunaikan ibadat.
Perlu panel tegaskan  bahawa semasa anda  berpuasa elakkan daripada melihat aksi-aksi yang tidak senonoh,atau menonton filem porno termasuk membaca bahan-bahan lucah.Waallahu a'lam.

Pertayaan Apakah Hukum Kenduri Doa Selamat Didalam Silam Wajib? Sunat? Harus?

Soalan

kenduri doa selamat, apa hukum dlm islam?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Pengertian Ugama Islam itu  ialah agama  yang membawa kesejahteraan/keselamatan  di dunia dan akhirat.Justeru apa jua yang kita lakukan untuk membesarkan agama memang sangat-sangat dituntut.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan iaitu  mengadakan kenduri dan doa selamat , hukumnya  adalah sunat.Ini kerana di samping mengadakan kenduri kita juga  dapat menjamu makanan kepada jiran tetangga  dan orang-orang Islam.Perbuatan tersebut memang digalakkan oleh baginda saw.Malah turut dipraktikkan oleh para sahabat dan tabien dari dahulu sehingga sekarang.
Panel syorkan jika anda terdiri dari kalangan orang-orang yang berada eluklah doa selamat dan kenduri kesyukuran ini dibuat sekerap yang munkin.Ini bukannya tujuan untuk bermegah-megah atau riak tetapi untuk melahirkan kesyukuran atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada anda.Wallahu a'lam.

Terlepas Solat Zohor Dan Sudah Masuk Waktu Asar

Soalan

1) bagaimana caranya hendak menunaikan solat yang terlepas...contoh jika terlepas waktu zohor dan sudah masuk waktu asar... solat yang manakah yang patut didahulukan dulu ( zohor yang terlepas @ asar dahulu baru zohor)..dan apakah niatnya...

Jawapan

Waalaikussalam,
Menurut sabda Baginda SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Solat itu adalah tiang agama,sesiapa yang mendirikan solat seolah-olah dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah dia telah meruntuhkan agama."
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, Ketika masuk waktu asar ini bermakna tiada lagi waktu zohor.Justeru mengikut ulamak dan para sarjana ilmu fekah Islam mengatakan bahawa hendaklah didahulukan empunya waktu solat (iaitu waktu asar) kemudian baharulah didirikan pula  solat zohor yang terlepas waktu secara kada'.
Niat bagi kedua-dua solat tersebut adalah seperti berikut:
1.Niat Solat Asar
Usalli fardal asri arbaa rokaatin adaan lillahi Taala
Maksudnya: Sengaja aku menunaikan solat asar 4 rakaat kerana Allah Taala.
2.Solat Zohor Yang Tertingga/Terlepas
Usalli fardal Zuhri arbaa rokaatin Qodaan Lillahi Taala
Maksudnya: Sengaja aku qoda solat zohor empat rokaat  kerana Allah Taala.
Panel nasihatkan agar anda menjaga waktu solat dengan baik,ini kerana perintah mendirikan solat datangnya daripada perintah Allah SWT.Justeru dirikan solat tepat pada waktunya.Wallahu a'lam.

Mimpi Ingin Mengucup HAJJARATULASWAD....

Soalan

Assalamualaikum ustaz,saya nk tnya pendpat ustaz tntang mimpi ibu saya.Ibu saya bermmpi berdiri di dpn ka"bah dan ibu saya ingin mengucup HAJJARATULASWAD.Dan belum sempat ibu saya mengucup HAJJARATULASWAD ibu saya terjga dri tdur.Jadi saya nk tnya pndapt ustaz tntng mmpi ibu saya samada mainan tdur atau mmpi yg membawa kebaikkan kpd ibu saya...Mohon ustaz beri pndapat.TERIMA KASIH..

Jawapan

 
Waalaikumussalam,
Mimpi itu kadang-kadang merupakan mainan tidur seseorang.Sebenar mimpi itu boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
1.Mimpi baik dan
2.Mimpi kurang baik.
Bagi mendapatkan mimpi yang baik ini seseorang itu perlu sewaktu sebelum tidur memastikan dirinya dalam keadaan suci/bersih.Seeluk-eluknya sebelum tidur ia berwuduk,baca al-Quran,zikir ,tasbih dan berselawat.Sepanjang beliau tidur dirinya tidak akan diganggu oleh syaitan.Malah apa yang dimimpikan memang benar-benar berlaku dan menjurus ke arah kebaikan.
Berbanding jika beliau tidur tanpa berwuduk dan tidak membaca sebarang wirid,zikir,tasbih atau ayat-ayat  al-Quran sudah pasti mimpinya  akan diganggu oleh syaitan .Malah kebenaran mimpinya akan diragui dan dipertikaikan.
Berbalik kepada soalan,sebenarnya di depan kaabah syaitan tidak boleh menyerupai manusia dan mengganggu seseorang.Cuma apa yang penting panel inginkan kepastian adakah ibu anda telah tidur dengan berwuduk? Jika dia tidur dalam keadaan wuduk sudahpasti mimpi  tersebut  merupakan suatu petanda baik tambahan ia berlaku di depan kaabah.
Justeru jika ada rezki lebih panel syorkan agar ibu anda  pergi menunaikan umrah.Mudah-mudahan segala kebaikan yang digambarkan melalui mimpi itu akan terus berpanjangan di samping mendapat keberkatan dan rahmah  daripada Allah SWT.Wallahu a'lam.

Pakaian Pemberian Orang Bukan Islam

Soalan

saya ada s'org rakan bukan islam dan dia telah memberi pakaian yg telah dipakai olh mereka.Adakah saya perlu meyamak pakaian -pakaian itu??? saya telah meneliti bahawa semua pakai itu bersih....tetapi wujud perasaan was-was.....ustaz tolong jelaskan.....

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam kaedah fekah Islam menjelas: Al-Yakin la yuzalu bissaqi
Bermaksud: Keyakinan itu tidak boleh ditewaskan oleh perasaan ragu
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,pemberian pakaian  oleh orang yang bukan berugama Islam kepada orang yang berugama Islam itu hukumnya harus diterima.Sekiranya pakaian itu telah bersih tidak perlu disamak kecuali jika semasa pemberian pakaian tersebut ia masih basah dan terdapat tanda-tanda /kesan-kesan yang mencurigakan umpamanya terkena kuah babi atau tahi anjing maka ketika itu bahrulah anda samak bagi tujuan untuk menyucikannya.
Oleh kerana anda masih berasa was-was,panel nasihatkan  adalah lebih baik  jika  anda samak  pakaian itu untuk menghilangkan keraguan tersebut.Perkara ini adalah berdasarkan kaedah fekah yang panel kemukakan di awal perbincangan ini.Wallahu a'lam.