Tuesday, July 31, 2012

Batasan Wuduk Diantara Keluarga Tiri

Soalan

Saya berancang untuk menikahi seorang janda yang mempunyai beberapa orang anak, lelaki dan perempuan. Soalan saya:
- apakah batal wuduk jika saya bersentuhan dengan anak perempuan isteri saya
- apakah batal wuduk jika anak lelaki saya bersentuhan dengan isteri saya
- apakah batal wuduk jika anak lelaki saya bersentuhan dengan anak perempuan isteri saya
- apakah batal wuduk jika anak perempuan saya bersentuhan dengan anak lelaki isteri saya

Jawapan

dalam masalah ini:
-           wudhu’ anda tidak terbatal jika bersentuhan dengan anak perempuan isteri anda dengan syarat anda telah bersetubuh dengan isteri anda (ibunya).

- Wudhu’ anak lelaki anda tidak terbatal dengan syarat anda telah melakukan persetubuhan dengan isteri anda.

- Wudhu’ anak lelaki anda tidak terbatal jika bersentuhan dengan anak perempuan isteri anda kerana hubungan mereka sudah menjadi adik-beradik (adik-beradik tiri).

- Wudhu’ anak perempuan anda Tidak terbatal jika bersentuhan dengan anak lelaki isteri anda kerana mereka telah menjadi adik-beradik tiri.

Ringkasnya, dalam keempat-empat kes di atas, semuanya dengan syarat anda dan isteri anda (janda tersebut) telah melakukan persetubuhan. Jika anda dan isteri masih belum melakukan persetubuhan lagi, ini bermakna hubungan anda dengan anak-anak janda tersebut dan juga hubungan anak-anak anda dengan janda yang anda kahwini masih seperti hubungan bukan mahram. Ini bermakna akan terbatallah wudhu’ mereka apabila bersentuhan kulit di antara mereka. Wallahu 'alam.

Aurat Anak Saudara Lelaki Dengan Makcik Sebelah Ibu

Soalan

Apakah hukumnya bila mana seorang ibu saudara yang masih bujang (ibu saudara adalah adik kandung kepada ibu si lelaki) mencium kedua belah pipi dan memeluk anak saudara lelaki yang telah berumur 30 tahun dan mempunyai isteri dan 2 orang anak. Perbuatan itu telah menimbulkan tandatanya kepada anak-anak lelaki tersebut.

Jawapan

Adalah harus bagi ibu saudara tersebut untuk memeluk dan mencium anak saudaranya kerana hubungan mereka adalah hubungan mahram. Namun begitu, janganlah tindakan yang dilakukan menyebabkan ahli keluarga yang lain tertanya-tanya (sampai menimbulkan fitnah di dalam keluarga).
Walau bagaimanapun, anak-anak lelaki tersebut perlu didedahkan tentang hubungan kekeluargaan di dalam Islam. pengertian mahram dan ajnabiah perlu dijelaskan kepada mereka agar dapat mereka jadikan panduan di dalam mengharungi hidup seharian. Wallahu 'alam.

MANDI WAJIB/HADAS

Soalan

Assalamualaikum ...
Ketika sedang mandi wajib/hadas, perlukah kita memasukkan jari sedikit ke dalam lubang faraj/kemaluan dan lubang dubur bagi tujuan membersih. Setakat manakah ukuran memasukkan jari itu ?
terima kasih

Jawapan

Tidak perlu memasukkan jari sedikit ke dalam lubang faraj/kemaluan dan lubang dubur bagi tujuan membersih ketika mandi wajib. Yang wajib di buat hanyalah ratakan air keseluruh yang zahir sahaja tanpa perlu mengoreknya. justeru duduk mencangkung adalah wajib di lakukan dan ratakan air kesemua tempat yang terbuka ketika duduk dalam keadaan demikian.

Nikah Ketika Masih Sah Isteri Orang

Soalan

Assalamualaikum. Saya kini dalam proses perceraian secara fasakh.Suami enggan menceraikan saya, dan dalam masa yang sama dia tidak memberikan nafkah sepanjang tiga tahun tersebut dan kami telah tinggal berasingan. Kes saya sudah hampir tiga tahun, tetapi masih belum selesai.Saya ingin bernikah di luar malaysia dengan lelaki lain memandangkan dalam tempoh tiga tahun ini, saya telah terlanjur dengan lelaki lain. Apakah hukumnya ustaz?

Jawapan

Puan perlu segerakan kes puan dan jelaskan kepada Mahkamah kedudukan yang sebenar. Jika ada taklik masa kahwin dahulu gunakan taklik itu untuk memudahkan perceraian. Paling baik berbincang dengan suami utk melafazkan cerai.

Telan Darah Ketika Puasa

Soalan

salam. apakah hukum tertelan darah ketika puasa? maksudnya tidak sengaja nak telan darah. telan air liur tiba2 rasa ada darah sbb xtaw ada darah dlm air liur tu

Jawapan

Ianya adalah di maafkan sebab tidak sengaja.

Sunday, July 29, 2012

Sah Ke Solat Kalau Bagi Salam Cara

Soalan

sah ke solat kalau bagi salam cara salamualaikum warahmatulla bukan assalamualaikum warahmatulla

Jawapan

Memberi Salam yang pertama adalah rukun terakhir di dalam solat. Oleh itu, ia perlu dilakukan dengan sempurna.
Oleh sebab ucapan Salam “Salamu ‘alaikum..” adalah ucapan yang tidak betul, hal ini akan menyebabkan solat yang didirikan menjadi tidak sah kerana terdapat rukun di dalam solat tersebut yang tidak dilakukan dengan sempurna.
Ringkasnya, ucapan Salam yang betul ialah “Assalamu ‘alaikum warahmatullah” dan bukannya “Salamu ‘alaikum warahmatullah”. Wallahu 'alam.

Rungsing Tentang Air Mani

Soalan

assalam.
kawan saya memegang pinggang saya dan pada masa itu saya tidaklah merasai rasa rangsangan.
kemudian pada seluar saya ada sejenis cecair warna kuning. adakah ia dikira sebagai air mani ?

Jawapan

Itu adalah air mazi perempuan hukumnya adalah najis maka perlu di basuh termasuk yang melekat di seluar dan tak wajib mandi. beza antara mazi dan wadi ialah mazi keluar dengan rangsangan walaupun sedikit seperti berpegang-pegang dll manakala wadi keluar tanpa sebab ransangan atau sebab penat atau banyak bekerja. kedua-duanya adalah najis.
Manakala air mani perempuan ianya keluar dengan perasaan terpancut dari dalam dirinya bersama kepuasan dan kemuncak shahwat. Dalam sesetengah keadaan apabila perempuan orgasm maka air maninya akan terpancut (sebagaimana terpancutnya air mani lelaki) yang keluar dari lubang kencing, ianya bukan kencing sebab lubang kencing tertutup ketika terangsang @ bersama dan kebanyakan perempuan yang tak tahu akan kata "sampai terkencing" tetapi sebenarnya tidak. Jika keadaan ini berlaku maka wajib mandi.

Batal Kah Puasa Sekiranya Suami Mencium Pipi Isteri??

Soalan

assalammualaikum.. suami saya telah mencium saya sblum pergi ke kerja tidak batalkah puasa tersbut ustad??

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, puasa yang anda dan suami kerjakan adalah tidak terbatal kerana mencium pipi bukanlah penyebab yang boleh membatalkan puasa seseorang itu.
Ringkasnya, puasa anda dan suami tidak terbatal. Wallahu 'alam.

Daging Akikah Dari Daging Korban

Soalan

saya mempunyai 2 anak lelaki dan ingin melalkukan ibadat akikah bagi kedua anak lelaki saya.Mengikut syarak diperlukan 4 / 7 bahagian dari seekor lembu. Soalan nya:
1. Boleh kah saya menggunakan daging korban ( 4/7 ) untuk di jadikan sebagai daging untuk ibadah akikah. Sekiranya boleh apakah saya perlu berniat sebagai daging akikah dan bukan sebagai daging korban
2. Boleh kah saya memesan dari penjual daging untuk menjual 4/7 bahagian dari daging lembut julaan mereka sebagai daging akikah.

Jawapan

1. Ya boleh sebab setiap anak lelaki 2 bahagian dan diniatkan sebagai akikah.
2. Daging Akikah dan korban tak boleh di jual.

Solat Sunat Tarawikh

Soalan

Assalamualaikum..

Di kampung saya,imam mengerjakan 12 rakaat solat sunat tarawikh,campur witir,15 rakaat.
Soalan saya,bolehkah solat sunat tarawikh dikerjakan sebanyak 12 rakaat,tidak dikira perkara bidaahkah?Atau adakah ia dikira bidaah hasanah?

Jawapan

Sebaik-baiknya adalah 8 atau 20. 20 rakaat yang dibuat secara berjemaah adalah bidaah hasanah sebagai bana ucapan Saidina umar "INILAH SEBAIK-BAIK BIDAAH". Mengerjakan 12 rakaat adalah sah dan dibolehkan sebab ianya sunat antara 8-20 tetapi kurang elok. di bawah ustaz kepilkan tentang golongan ASWJ (No 4 perbincangan tentang bidaah)
ASWJ adalah satu lafaz yang berasal dari satu hadis dimana nabi S.A.W menyatakan bahawa umatnya akan berpecah kepada lebih 70 kumpulan, semua masuk neraka kecuali satu. Para sahabat bertanya "siapakah mereka?" Jawab baginda "Mereka yang mengikut aku dan sahabatku" dari hadis inilah keluarnya perkataan ASWJ. Sunnah merujuk kepada Nabi S.A.W manakala Jemaah merujuk Para Sahabat yang ramai. Jesteru sesiapa yang mengikut nabi dan sahabat akan selamat juga yang mengikut ulamak yang bersifat sebagai pewaris nabi.
Daripada hadis di atas jelaslah bahawa hanya golongan yang mengikuti al-quran, hadis serta apa yang dibawa oleh para sahabat akan selamat dari api neraka. Jesteru itulah ramai kumpulan dikalangan umat Islam mendakwa mereka ASWJ. Namun hakikatnya hanya golongan yang berpegang dengan al-Quran dan hadis sebagaimana pegangan para sahabat akan selamat. Secara ringkasnya sesiapa yang mengikuti manhaj al-quran dan hadis akan selamat di dunia dan akhirat sebagaimana janji nabi S.A.W ".....kamu sekali-kali tidak akan sesat selama berpegang dengan keduanya, kitab Allah dan sunnahku"
Apa yang berlaku dikalangan umat Islam ialah perbezaan pandangan/ tafsiran / kefahaman di dalam pentafsiran hadis nabi S.A.W dan nas al-Quran, INI TIDAK MENJEJASKAN MEREKA SEBAGAI ASWJ. Masaalah yang lebih kronik berlaku apabila satu kumpulan umat Islam mendakwa mereka ASWJ dan menafikan yang lain, ini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman mereka tentang perkara tersebut. Lebih-lebih lagi apabila ditambah dengan ketaksuban kepada kumpulan masing-masing serta masih memegang dengan "benang basah" walaupun jelas dalil-dalil syarak dan hadis tidak menyebelahi mereka.
Banyak athar-athar selain hadis dan al-Quran yang mungkin tidak dikatahui oleh orang awam yang jalil dan tidak mendalami agama sehingga menyatakan sesuatu yang tidak benar tentang salafus soleh yang awal. Ustaz mencadangkan saudara cuba memahami contoh hadis di bawah dan fahami ertinya dengan dada yang terbuka untuk mendapatkan kebenaran walaupun ianya mungkin tidak sesuai dengan fahaman/ kepercayaan /arahan atau kehendak mana-mana individu sekalipun di atas mukabumi ini.
Benar kata saudara bahawa kita wajib ikut Firman Allah dan Sabda Nabinya di sini saya bawakan bebarapa Isu mengenainya

1)- Dimanakah Allah
Jawapannya Allah ada dimana-mana (Tidak bertempat dengan tempat yang khusus) termasuk di atas langit, di atas Aaras dll sebab ayat Al-quraan jelas menyatakan “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Sesiapa yang menolak ayat ini hukumnya kufur dan murtad dari agama Allah.
Nabi bertsabda “Adalah Allah dan tidak ada sesuatupun selainnya” – Bukhari
Jelas di dalam hadis ini menyatakan Allah wujud secara Qadim sebelum adanya langit atau aras atau makhluk atau tempat. Allah yang mencipta tem[at dan Allah tidak memerlukan tempat.
Berkata Imam Baihaqi dalam kitabnya “Asmaa’ was sifat”  : Berhujah sebahagian sahabat kami pada menafikan tempat bagi Allah dengan dalil sabda Nabi “Engkaulah Allah tuhan yang zahir dan tidak ada atasmu sesuatu,  Engkaulah Allah tuhan yang batin dan tidak ada sebelummu sesuatu” Apabila tiada atasnya sesuatu dan sebelumnya sesuatu maka ini beerti tiada “makan” baginya. Hadis ini juga menolak Jihah bagi Allah.
Berkata Saidina Ali “Adalah Allah telah wujud (secara Azali) dan tidak ada “makan” baginya, dan Allah sekarang berada sebagaimana keadaannya dahulu” Diriwayat oleh Abu Mansur Al-Bagdadi.
Berkata Syeikh Zainuddin As-Shahir Ibn Nujaim Al-Hanafi katanya “ Dan KUFUR orang yang mengithbatkan “makan” bagi Allah taala, Jika dia berkata Allah di langit, sekiranya dia berniat untuk menyatakan sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis maka tidak kufur, tetapi jika maksudkan “makan” maka kufur”.
Lihatlah Firman Allah adalah jelas Allah dimana-mana, termasuk langit dan Arash, Begitu juga hadis sahih begitu juga kata-kata Saidina Ali adalah jelas oleh itu sesiapa yang mengikuti salaf wajib beriman dengan semua ayat Al-Quran termasuk yang menyatakan “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Bagaimana keadaannya hanya Allah yang tahu.

2)- Tentang sifat Allah.
Ia boleh ditakwil dan boleh dikekalkan. Ada tempat yang wajib di takwil berdasarkan apa yang Rasullah s.a.w dan para sahabat memahaminya iaitu Firman Allah “segala sesuatu diatasnya hancur dan yang kekal hanyalah “wajah” tuhanmu yang mempunyai keagungan dan kemuliaan”  Perkataan “wajah” itu difahami oleh Rasullah s.a.w dan para sahabat sebagai zat bukan hanya “wajah” tanpa di takwil. Jika tanpa takwil mungkin ada yang mamahami bahawa semua yang selain “wajah” adalah hancur termasuk “yad” dan “rijl” yang ada pada Allah dan disebut di dalam Hadis dan Al-Quran. Jika ini yang difahami maka ianya akan membawa kepada KEKUFURAN. Rasullah s.a.w dan para sahabat memahami “wajah” itu adalah zat Allah dalilnya ketika turun Firman Allah “Palingkanlah “wajah” kamu ke arah Masjidil Haram” Rasullah s.a.w terus berpaling dengan segenap tubuhnya bukan sekadar wajahnya sahaja. Sebab rasullah s.a.w faham bahawa “wajah”  bermaksud zat. Dan semua para sahabat tidak bertanya Rasullah s.a.w kenapa tidak “wajah” sahaja?. Sebagaimana fahaman sebahagian manusia hari ini yang menyatakan wajah hanyalah wajah sahaja.
Jesteru itu kita wajib beriman dengan apa yang datang dari Allah dan nabinya jangan kita ikut ulamak dalam perkara yang jelas bercanggah dengan nas syarak , beriman secara membabi buta tanpa dalil yang pasti bahkan bercanggah dengan nas yang sorih. Contohnya apabila manusia kata tuhan di langit adakah kita hendak menolak firman Allah “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Jika sekadar percaya Allah di langit dan menolak dua firman Allah itu, adakah dia masih seorang Islam? Yang mana pilihan kita pandangan manusia atau Al-Quran?. Ulamak mentakwilkan yang di maksudkan dengan langit itu ialah lambang ketinggian dan kemuliaan. Bukannya percaya sebahagian nas dan menolak nas yang lain. Ikutlah mana-mana pandangan ulamak yang tidak bercanggah dengan nas samaada dengan takwil atau hakiki, jika bercanggah WAJIB ditinggalkan.

3)- Akidah As-Syairiyyah dan Isu sampai pahala selepas mati
Aqidah al-Asy'ariyah adalah pegangan yang banyak di pegang oleh masyarakat di Malaysia hampir 100% muslim di Malaysia. Akidah ini adalah benar dan ulamak tidak mengkufurkannya. Ayat Al-Quran jelas tentang Allah ada di mana-mana. Menolak ayat ini adalah kufur sebab kita manusia beriman wajib 100% beriman dengan Al-Quran.
Berkenaan Imam Mekah atau mufti Mekah ustaz percaya dia seorang yang beriman dan bagaimana kepercayaan nya itu atau apa mazhabnya ustaz tidak tahu.Tetapi ustaz yakin Imam dan Mufti Mekah pasti tidak menolak ayat Al-Quran "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah"  atau ayat-ayat lain seumpamanya. Samaada dia mentakwil dengan ilmu Allah atau dia kekalkan dengan wajah Allah kesemua ijtihat tersebut adalah benar.
Jika sekiranya Imam Mekah atau Madinah mentakwilkan ayat "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah" dengan ilmu, maka ianya adalah sama dengan takwilan seperti yang di takwil oleh sebahagian mutaakhirin dengan mentakwilkan "Tangan / Yad" dengan kekuasaan dan sebagainya lagi. Mentakwilkan apa-apa sifat Allah dengan sesuatu yang sesuai dengan penggunaan bahasa Arab tidak akan menyebabkan sesaorang itu kufur kepada Allah! Yang menjadi kufur ialah contohnya apabila sesaorang dibacakan kepadanya ayat "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah" maka dia menolak ayat itu dan menyatakan Allah tetap dilangit (dan dalam masa yang sama menolak nas Al-Quran yang sahih tersebut, Ini kufur secara ittifaq ulamak).
Sebab itulah seorang yang alim mereka tidak akan membangkang apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat al-quran sebab mereka tahu itu adalah benar dan muktamad. Yang jadi masaalah ialah masyarakat awam yang mengikut akidah secara membabi buta. Semaga Allah mengampuni mereka atas kejahilan mereka. Kita hanya menyeru mereka kepada Nas Al-Quran sahaja.
Dibawah adalah pendapat Imam As-Syafie tentang Allah dan tempat:
Imam al-Syafi‘iyy rahimahullah yang wafat pada 204 Hijriyyah pernah berkata:

“Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta’ala telah wujud

dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan

Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka

tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada

pertukaran pada sifat-Nya”.

Kenyataan Imam al-Syafi‘iyy tadi dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Murtadha az-Zabidyy di dalam kitab beliau berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin juzuk kedua, mukasurat 36 Dar al-Kutub al ‘Ilmiyyah.
Nabi Bersabda "Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya benar akan dapat dua pahala, Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya silap akan dapat satu pahala" Dari hadis sahih ini jelas menunjukkan Ijtihad tidak akan memasukkan sesaorang ke dalam neraka.
Selain itu saudara tidak berhak untuk memaksa orang lain supaya ikut dengan ijtihad yang dipegang oleh orang lain (atau ijtihad yang dipegang saudara sendiri). Sebab itulah ulamak menyatakan "Ijtihad tidak boleh membatalkan ijtihad yang lain". Selama mana berpegang dengan Al-Quraan dan hadis maka mereka adalah benar.
Contoh Ijtihad yang lain adalah seumpama ulamak yang berijtihad bahawa pahala baca quraan  atau tahlil sampai kepada si mati dalilny seperti berikut:
1)- Firman Allah “Dan golongan yang datang kemudian selepas itu berkata “Ya Allah tuhan kami ampunilah kami dan saudara kami yang beriman sebelum kami.....” Jika doa yang diajar oleh Allah di dalam al-Quraan ini boleh memberi manfaat untuk si mati, inikan pula bacaan Al-Quran untuk saudara muslim yang lain.
2)- Nabi mengerat pelepah tamar dan di pacak dikubur. Jika zikir dari pelepah tamar memberi manfaat inikan pula bacaan Al-Quraan dari seorang muslim kepada saudara muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah.
3)- Nabi bersabda "Mintalah keampunan untuk saudara kamu, sesungguhnya dia sekarang sedang disoal (oleh malaikat)" jika minta ampun dan doa dari orang asing boleh memberi manfaat untuk si mati walaupun bukan dari amalannya, inikan pula bacaan Al-Quraan dari seorang muslim kepada saudara muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah.
4)- Perbuatan Salaf antaranya Aisah Ummul Mukminin membebaskan hamba untuk saudaranya yang mati.
5)- 4 mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menyatakan boleh seorang muslim membuat haji utk muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah. Berdasarkan ijtihad empat Imam mazhab ini yang diambil dari nas hadis adalah jelas bahawa pahala akan diperolehi oleh si mati. Begitu juga dengan membaca Al-Quran atau tahlil dan sebagainya untuk si mati.
Banyak lagi hujah-hujah lain selain dari dalil di atas. Adapun ayat-ayat Al-Quraan / hadis yang saudara nyatakan itu adalah secara umum sahaja sebagaimana takwilan oleh sebahagian ulamak. Contoh yang hampir sama hadis 10 orang yang dijamin syurga. Sebenarnya bukan hanya 10 orang yang dijamin syurga, ramai yang di jamin syurga oleh nabi s.a.w. Cuma 10 orang itu hanyalah yang disebut dalam satu hadis secara sekaligus. Sebab itulah kefahaman yang mendalam berkaitan hadis dan Al-Quran adalah amat diperlukan. Jesteru menggali dalil-dalil syariah adalah amat penting.
Dalam hadis Qudsi Allah bersabda " Aku mengikut sangkaan hambaku terhadapku, Maka hendaklah bersangka baik terhadapku". Berdasarkan hujah-hujah yang banyak ustaz bersangka Allah akan menyampaikan pahala tersebut. Ini adalah sebahagian dari kemurahan sifatnya. tiada yang mustahil baginya.
Jika saudara bersangka Allah tidak akan menyampaikan pahala dengan hujah-hujah saudara, saya yakin dan pasti Allah akan melayan saudara sebagaimana sangkaan saudara itu sebagaimana hadis sahih di atas. Semoga keyakin/ sangkaan saudara akan dikabulkan Allah untuk diri saudara. Amin ya Rabbal Alamin.

4) – Berkenaan Bidaah, perhatikan hadis dan ayat Al-Quran di dalamnya berkaitan Bidaah. (Bezakan antara nas dan bukan nas)
Apa yang saudara sebutkan itu hanyalah kata-kata manusia atau seorang ulamak. (Isu ini timbul dari pertanyaan : Bukan tak ada dalil yg menghalang bacaan yassin mlm jumaat tapi tak ada sunnah(tiada contoh dari nabi walaupun dipandang baik kerana baca quraan).itulah sebabnya perlu dijauhkan.Fahaman maksud bidaah oleh ulamak sunnah(salaf) seperti ibnu taimiyyah,imam as-syathibi,imam al-hafizh ibnu rajab al-hanbali ,imam sufyan ats-tsaury adalah berlainan dari apa yg ustaz jelaskan.) Jawapannya : Apa yang saudara sebutkan itu hanyalah kata-kata manusia atau seorang ulamak Kenapa saudara tak ambil takrif bidaah (pengertiannya atau pembahagiannya) di sisi Imam Syafie atau Imam Nawawi atau Ibn Hajar Al-Asqalani atau Ibn Hajar Al-Haitami atau Imam Al-Ghazali atau Imam Izzuddin bin Abd Salam dan ramai lagi imam-imam yang lain?.... atau kata-kata Saidina Umar sendiri (antara salaf / solafussoleh yang paling hebat)? Kenapa?
Walau apa pun, semua kata-kata atau pandangan atau ijtihad manusia boleh diterima (Jika bertepatan dengan nas) dan boleh di tolak (Jika menyalahi nas) kecuali Al-Quran dan Hadis. jesteru itu saya menyeru saudara agar kembali kepada al-quran dan hadis nabi s.a.w.
Adakah contoh nabi dan para sahabat membaca Al-Quran yang ada baris dan ada titik? Adakah membaca Al-quran satu maksiat atau satu Ibadat? Kenapa saudara tidak solat di atas pasir sebab itulah contoh yang ada dari Nabi s.a.w?. Bukankah ada yang berhujah tidak boleh guna tasbih ketika berzikir sebab Ibn Umar ada melarangnya sebab bidaah? Jika hujah ini di ikuti maka sudah pasti Ibn Umar akan lebih marah orang meletakkan baris dan titik pada Al-Quraan!!!. Meletakkan titik dan baris pada Al-Quran dalam ungkapan lain ialah menconteng Al-Quran dengan sesuatu yang lain yang bukan dari Al-Quran. Sebab itulah terdapat fatwa ulamak tentang hukum menulis / menconteng / menanda sesuatu pada Al-Quran. Ibn Umar sudah pasti amat marah sesiapa yang sanggup menconteng Al-Quran, menconteng kitab suci yang paling mulia, kitab yang tidak ada tandingannya, yang merupakan sumber hukum utama ummat Islam. Ini kerana Ibn Umar boleh membaca Al-Quran dengan sempurna tanpa diletakkan baris dan titik (tanpa sebarang contengan), begitu juga Salman Al-Farisi seorang ajam seperti saya dan saudara mampu membaca Al-Quran dengan baik tanpa baris dan titik! (disinilah penting nya belajar), begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Jesteru itu membuat sebarang catatan / penulisan pada Al-Quran adalah satu bidaah yang amat besar dan tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan Ibn Umar. Persoalannya: Mampukah saudara membaca Al-Quraan tanpa baris dan titik? bolehkah saudara bezakan antara huruf "ba" "ta" “tha” “nun” "ya" begitu juga “jim” “ha” “kha”  dll? Tidak ada contoh dari Nabi s.a.w adalah hujah yang lemah untuk menjadikannya sebagai larangan dan untuk dipegang apabila kita memahami hadis-hadis sahih di bawah. Terlalu banyak perkara yang tidak pernah dilakukan oleh nabi s.a.w yang mana kita lakukannya dalam kehidupan kita seharian. Larangan terhasil di sisi syarak apabila ada tegahan dari Al-Quran atau hadis nabi s.a.w berdasrkan nas yang sahih. Kenapa kita tidak berzina, mencuri, minum arak, makan babi, bangkai, berjudi, tidak dibenarkan kahwin lebih dari empat bagi yang mampu dll? Semuanya kerana ada larangan dan dalil yang sorih dari nas syarak dan bukan kerana Nabi meninggalkannya dan tidak melakukannya!.
Mengulas lanjut pengharaman menconteng Al-Quran dengan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh sahabat begitu juga pengharaman menggunakan tasbih di atas maka sudah tentu meletakkan baris dan titik pada Al-Quran adalah satu bidaah yang jelas dilarang oleh Ibn Umar walaupun manusia mengganggapnya sebagai baik. Ibn Umar tidak perlu kepada baris dan titik untuk membaca Al-Quraan jesteru itu kenapa perlu diletakkannya?. Sebab ianya tidak pernah dilakukan oleh nabi dan tidak ada sunnah pada perbuatan itu. Yang ada hanyalah Nabi memerintahkan suruh belajar dalam hadis yang banyak. Antaranya contohnya bagaimana tawanan perang Badar di tawarkan pembebasan jika mengajar 10 orang anak orang Islam sehingga pandai membaca dan menulis (termasuk pandai membaca Al-Quran yang tanpa baris dan titik). Jesteru, kita juga perlu belajar sebagaimana mereka belajar, jika mereka boleh kenapa kita tidak boleh?.
Jesteru demi menyesuaikan hujah ini dengan pandangan saudara di atas adakah kita perlu menyatakan bahawa kita ummat Islam hari ini perlu meninggalkan pembacaan Al-Quran yang ada baris dan titik? (sebab tiada sunnah! Dan Ibn Umar pun tak buat! Menggunakan tasbih untuk berzikir pun Ibn Umar Marah, Inikan pula menconteng Al-Quran!). Adakah membaca Al-Quran yang ada baris dan titik adalah satu bidaah yang sesat dan akan masuk neraka apabila membacanya? (sebab semua bidaah adalah sesat dan akan masuk neraka!). Walaupun ianya di anggap baik oleh semua ummat manusia di atas muka bumi ini? (Ianya baik kerana memudahkan pembacaan Al-Quran, Sebenarnya kita masih boleh membaca Al-Quran walaupun tiada baris dan titik seumpama kita boleh membaca surah Al-Fatihah sahaja atau boleh juga membaca ayat-ayat lazim walaupun di buang baris dan titik. Ini menunjukkan kita boleh melakukannya dan tidak perlu kepada baris dan titik Cuma perlu lebih lagi pembelajarannya untuk diluaskan pembacaannya sebagaimana yang pernah dibuat oleh Salman Al-Farisi salah seorang yang bukan Arab dari sahabat nabi atau anak-anak sahabat yang lain. Walaupun titik dan baris itu baik kita perlu menolaknya!) Dan walaupun tidak ada larangan dari nabi s.a.w untuk kita lakukanya sebab tidak bercanggah dengan nas syarak!, yang penting tiada sunnah!. Kita mesti mempertahankan nya dengan “tidak boleh”??. Adakah ini sikap pilihan kita???
Adakah takrif Bidaah yang lebih penting atau nas Al-Quran dan Hadis??? yang mana pilihan saudara?? sila fahami nas-nas dibawah dengan dada yang lapang tanpa taksub kepada yang lain kecuali Al-Quran dan Sunnah sahaja.
Pendapat saudara ada kekurangannya dan ianya bertentangan dengan nas yang sahih.
Nabi S.A.W bersabda ertinya "setiap perkara bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT akan masuk neraka" hadis ini adalah sebuah hadis yang umum ertinya. Hadis ini dikhususkan dengan beberapa hadis lain antaranya "kamu lebih mengentahui tentang urusan dunia kamu" Ini mengecualikan urusan dunia dari bidaah. Begitu juga hadis ini dikhususkan dengan hadis sahih yang lain iaitu nabi s.a.w bersabda maksudnya "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku" apabila dihimpunkan hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa hanya Bidaah yang bercanggah denagan Al-Quran dan Hadis sahaja yang dilarang, manakala bidaah yang tidak bercanggah bercangah dengan Al-Quran dan hadis adalah dibolehkan berdasarkan nas dari hadis sahih. Dengan erti kata yang lain hadis bidaah akan memberi makna seperti berikut
"Setiap perkara bidaah adalah SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis), dan setiap yang SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis) akan masuk neraka" Dalam keadaan seperti inilah baharulah kita akan mendapat erti hadis bidaah dengan sempurna.
Jestru itulah bidaah seperti membaca yasin malam jumaat, menyambut maulid rasul dan lain-lain adalah dibolehkan dan di izinkan oleh syarak kerana ianya tidak dilarang oleh nabi S.A.W atau ditegah di dalam Al-Quran. Sila rerungkan perkataan SESAT dalam dua hadis sahih di atas tersebut dan himpunkan ertinya untuk mendapatkan makna hadis yang betul.
manakala hujah saudara tentang Ibnu Umar berkata:Setiap bidaah adalah sesat meskipun manusia memandangnya baik. - riwayat al-lalika-i dlm syarah ushuul i'tiqaad ASWJ(no126),Ibnu baththah al-ukbari dalam al-ibanah(no 205),lihat ilmu ushuulil bidaah(hal 92) adalah terlalu mudah untuk di jawab kerana Saidina Umar dalam Riwayat Bukhari satu riwayat tertinggi dalam Ilmu hadis dimana Saidina Umar berkata "INILAH SEBAIK-BAIK BIDAAH". Oleh itu kata-kata ibn umar dan kata-kata lain seumpamanya hendaklah ditakwil seperti berikut "Setiap bidaah adalah sesat (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis), meskipun manusia memandangnya baik" .Pada ketika ini baharulah kata-kata tersebut tidak bercanggah dengan nas-nas hukum, hadis sahih dan athar lain yang sahih. Kenapa kita perlu mempertahankan pendapat kita yang salah sedangkan jelas ianya bercanggah dengan hadis-hadis yang sahih?. Adakah pendapat kita yang penting atau hadis sahih?.
Hadis "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku" adalah berkaitan dengan urusan ibadat bukannya dengan urusan dunia semata-mata. Kerana "karinah" yang ada di dalam hadis tersebut iaitu Al-Quran dan Hadis adalah berkaitan dengan urusan ibadat. Jesteru itu ini jelas menunjukkan pendapat saudara adalah amat silap dan bertentangan dengan hadis sahih. Saya menyeru saudara dan golongan lain yang seumpama saudara supaya kembali kepada nas Al-Quran dan hadis sahih.
Jika ada yang menyatakan bahawa kata-kata Saidina Umar dan Imam Syafie tentang bidaah hanyalah dari segi bahasa sahaja, maka mereka telah silap sebab tidak ada “karinah” dalam kenyataan ke dua-dua nya yang menunjukkan penggunaannya adalah dari segi bahasa sahaja. Saidina Umar atau Imam Syafie pun tidak menyatakan ianya hanyalah dari segi bahasa sahaja. Oleh itu yang tinggal hanyalah pada asal penggunaan perkataan nya  iaitu istilah sahaja. Ini sesuai dengan keterangan dua hadis bidaah dia atas atau yang lain seumpamanya yang difahami oleh Saidina Umar dan Imam Syafie. Yang memahami nas hadis-hadis dengan baik dan sempurna. Inilah yang difahami oleh Imam yang ramai termasuk Imam Ibn Hajar Al-Asqalani yang mentafsirnya dalam kitab Fathul Bari.
Kaedah Fiqh menyatakan "Apa yang ditinggalkan oleh nabi tidak menandakan ianya haram".(“At-tarku la yadullu ala at-tahrim”).
Cuba saudara renungkan Firman Allah AL-MAIDAH 101
{101} Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur'an, tentulah akan diterangkan kepadamu. Allah maafkan kamu dari perkara-perkara itu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
Ringkasnya ayat ini menyatakan bahawa ada perkara yang ditinggalkan oleh Allah dan nabi untuk kita semua. Dan di dalam perkara inilah terletaknya ijtihad untuk umat ini. Secara umumnya ianya adalah dibenarkan dan di maafkan oleh Allah. Asbabbunnuzul ayat ini juga berkaitan pertanyaan tentang haji, dan haji adalah satu ibadat dari Allah.
Di dalam perkara yang tidak mempunyai nas yang jelas ulamak menggunakan pelbagai perkara untuk mengeluarkan sesuatu hukum samaada diambil dari pengertian umum al-quran dan hadis, ijmak, kias, istihsan dan sebagainya lagi. Ini sesuai dengan kedudukan ulamak yang dinyatakan oleh nabi s.a.w “Ulamak adalah pewaris para nabi”.
Kita perlu memperbetulkan fahaman kita agar selari dengan al-Quran dan hadis, ini akan menjamin kita dan keselamatan kita di dunia dan akhirat sebagaimana janji nabi S.A.W.
Kita perlu faham dalam syariaat ada tiga bahagian yang paling utama 1)- Apa yang nabi suruh wajib kita buat 2)- Apa yang nabi larang, haram dibuat. 3)- Apa yang nabi tinggalkan (Nabi tak suruh dan nabi tak larang). Di dalam perkara yang ketiga inilah ada bidaah Hasanah Dan Bidaah Dhalalah. Pembahagian ini di sebut dalam hadis-hadis dan nas yang banyak antaranya Nabi bersabda "TINGGALKAN APA YANG AKU TINGGALKAN UNTUK KAMU, sesungguhnya telah musnah kaum sebelum kamu dengan sebab banyak bertanya mereka itu terhadap nabi mereka. Apabila aku perintahkan kamu dengan sesuatu maka lakukanlah mengikut kemampuan kamu, apabila aku larang maka tinggalkan". Bahagian yang ketiga ini (Nabi tak suruh dan nabi tak larang) juga disebut sebagai "Almaskut Anha" iaitu apa yang ditinggalkan oleh nabi. Dalam hadis sahih jelas dinyatakan siapa yang betul ijtihadnya akan dapat dua pahala manakala yang silap akan dapat satu pahala. Nabi tidak menyatakan siapa yang silap dalam ijtihad masuk neraka. Masuk neraka hanyalah dengan sebab melakukan maksiat atau bidaah yang bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah. Manakala bidaah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran adalah dibenarkan oleh nas syarak yang banyak.
Imam syafie sendiri menyatakan Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu 1)-Bidaah yang sesat / dicela iaitu yg bercanggah quraan dan hadis  2)- Bidaah yang di bolehkan / terpuji iaitu yg menepati nas Al-Quraan dan hadis. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang bersabda "Kamu TIDAK AKAN SESAT SELAMA-LAMANYA, selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah" . Imam Syafie memahami bahawa hadis bidaah "Setiap bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT masuk neraka" dikhususkan dengan hadis Nabi Bersabda "Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah". Perkaitan antara dua hadis ini adalah jelas. Sila renung perkataan SESAT dalam kedua-dua hadis di atas, satu hadis menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan SESAT dalam satu hadis lagi. Dari dua hadis di atas adalah jelas bahawa bidaah yang SESAT adalah yang bercanggah dgn Al-Quran dan Hadis, manakala bidaah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis adalah TIDAK SESAT. Ini juga di fahami oleh Imam Izzuddin dan Imam Nawawi dan sebagainya yang membahagikan bidaah kepada 5 bahagian. Kefahaman Imam syafie ini adalah amat jauh berbeza bahkan bertentangan dengan pendapat yang menyatakan semua bidaah adalah sesat yang merupakan kefahaman yang "nakis" (kefahaman tidak mendalam) tentang hadis nabi s.a.w.
Apabila kita menghayati hadis sahih "Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah"  maka kita akan dapati rasullah s.a.w menggunakan lafaz "LAN" yang memberi erti "kamu selama-lamanya tidak akan sesat". Orang yang mempelajari bahasa arab akan faham tentang perbezaan antara "LAN" dengan " LA" dengan mudah. Jesteru itu apabila sesaorang menyatakan perbuatan seperti membaca YASIN tiap-tiap malam jumaat adalah haram maka kita perlu bertanya mereka kembali dimanakah dalil nabi menyatakan bahawa baca Yasin tiap-tiap malam jumaat adalah haram? Perlu diingat bahawa halal dan haram adalah milik Allah oleh itu jangan kita menjadi seorang pendusta kepada Allah s.w.a. tanpa dalil yang sahih. Pendustaan terhadap Allah s.w.a adalah amat berat hukumannya. Berdusta terhadap Nabi s.a.w sudah cukup untuk melayakkan sesaorang menempah neraka Allah dengan pasti. Sabda Nabi s.a.w “Sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka tempatnya adalah di dalam neraka”. Allah melarang kita menyatakan halal dan haram di dalam perkara yang tidak dinyatakannya sedemikian atau tanpa dalil dari Allah dan Rasulnya, ianya adalah sebagai satu pembohongan terhadap Allah tuhan sekelian alam, tentang perkara ini Allah berfirman:
"Jangan kamu katakan apa diucapkan oleh lidah kamu yang dusta, ini halal dan ini haram, untuk melakukan pembohongan terhadap (agama)Allah dengan pendustaan. sesungguhnya mereka yang melakukan pendustaan terhadap Allah tidak akan berjaya"
Ringkasnya pendapat saudara tentang bidaah adalah bercanggah dengan nas yang sahih. Jesteru itu saya mencadangkan saudara meninggalkan fahaman yang bercanggah dengan nas yang sahih dan kembali kepada nas yang betul untuk keselamatan dunia dan akhirat serta tidak berdusta terhadap Allah dan Rasulnya.
dibawah ustaz bawakan tanda-tanda golongan yang melampau dalam pembawaan mereka dan ajarannya
Ajaran yang di bawanya itu banyak membawa masaalah kepada penduduk Malaysia yang telah sebati dengan mengamalkan mazhab syafie. Mereka tidak "berlapang dada" dalam masaalah khilafiah, dan meletakkan perkara khilaf di tempat usul. Dan nak memaksa orang ramai ikut kehendak mereka.  Ada di kalangan mereka melakukan perkara berikut:
1)- Bacaan ketika solat mereka membaca al-fatihah tanpa "Bismillah" termasuk pada solat Jumaat. Ini adalah perbuatan yang dah melampau dalam kalangan masyarakat Syafie dan pemerintah yang mengamalkan Mazhab Syafie. Jika mereka tinggal di India, Pakistan dll bolehlah buat demikian. sebab tak baca "Bismillah" hukumnya batal solat. Imam Syafie berpendapat Bismillah sebahagian dari fatihah. Ini boleh dianggap menentang pemerintah secara terang-terangan dan boleh menimbulkan fitnah di tengah-tengah masyarakat. Sedangkan mereka mendakwa mereka taat kepada pemerintah???
2)- Mengharamkan baca Yasin Malam Jumaat, sedangkan Nabi s.a.w pun tak mengharamkan perbuatan itu. Dan tidak ada hadia Nabi mengharamkan ummatnya membaca Yasin pada bila-bila masa termasuk pada malam Jumaat sahaja.
3)-Tidak solat Qbliah sebelum Magrib, sedangkan ikut Mazhab Syafie ada solat sunat sebelumnya.
4)-Tidak solat Qbliah sebelum Jumaat, sedangkan ikut Mazhab Syafie ada solat sunat sebelumnya.
5)- Tak baca Qunut
6)- Maulud Nabi dinggap bidaah sedangkan dalam kitab “IKTIDOK ASSIROT ALMUSTAQIM” (MENGIKUT JALAN YANG LURUS) KARANGAN IBN TAIMIYYAH MUKA SURAT 269 menyatakan maulid di bolehkan dan boleh pahala besar.  Ini bertentangan dengan fahaman golongan yang mendakwa mengikut Ibn Taimiyyah dalam masaalah bidaah.
7)- Tak baca talkin, tahlil dan sebagainya.
Masaalahnya ialah golongan seumpama ini meraka tidak menerima hujah ulamak lain walaupun hujah itu benar, mereka hanya kekal dalam fahaman Mereka sahaja walaupun pendapat mereka adalah lemah atau mempunyai hujah yang tidak merangkumi hadis-hadis sahih secara sempurna seperti kefahaman mereka tentang hadis bidaah yang akan dibincangkan nanti. Mereka akan tetap mempertahankan pendapat yang lemah itu (Alangkah ganjilnya sikap mereka ini! sikap yang ditunjikkan ini bukannya sikap seorang muslim yang baik sebagaimana Firman Allah "Mereka yang mendengar perkataan-perkataan lalu mereka mengikut perkataan yang paling baik"). Sedangkan Ibn Taimiah sendiri pun umpamanya dalam bukunya Iqtidak As-Sirat Al-Mustaqim membolehkan merayakan Maulud Nabi yang dianggap oleh mereka sebagai bidaaah, sesat dan masuk neraka. Adakah mereka hendak menuduh Ibn Taimiyyah (Guru mereka) dengan tuduhan ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka?. Jika mereka menggap guru yang  mereka sanjung sebagai ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka (kerana membenarkan maulid) kenapa mereka menggunakan hujah dari seorang yang mereka anggap sebagai ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka untuk mempertahankan pandangan mereka? dan banyak mengambil hujah/fatwa dari guru yang mengikut tuduhan mereka adalah ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka?  Di bawah ini ustaz sertakan perbahasan ASWJ dan isu yang timbul yang berkaitan dengan apa yang mereka bawa dan kesilapan fahaman mereka tersebut. Selain dari itu JAKIM telah mengharamkan buku-buku yang ditulis oleh mereka kerana terdapat pelbagai penyelewengan ilmiah yang dilakukan dan boleh menjerumus kepada kesesatan. Makruh diterjemah sebagai haram, tidak dapat membezakan antara karahah tahrimiyyah dalam mazhab Syafie dengan mazhab Hanafi dll. Justeru Jadilah golongan yang "Mereka yang mendengar perkataan-perkataan lalu mereka mengikut perkataan yang paling baik"

Mana Lebih Afdal Solat Trawih Berjamaah Dirumah Bersama Anak Dan Isteri Atau Berjamaah Dimasjid.

Soalan

assalamualaikum....mana lebih afdal saya solat trawih berjamaah dengan isteri dan anak-anak dirumah atau saya solat trawih berjamaah dimasjid/disurau....

Jawapan

Yang lebih afdhal adalah di Masjid berdasarkan apa yang Saidina Umar buat iaitu selepas zaman nabi s.a.w. dan para sahabat yang lain tidak menentangnya. (Mereka bersetuju).

Samak Dan Sertu

Soalan

asslamualaikum ya ustz, sy k tnye, apakah perbezaan antara samak dan sertu. saya kurang faham perbezaan diantara dua perkara ini. bahkan saya juga tidak pernah mendengar perkataan sertu itu sendiri

Jawapan

Samak ada dua makna 1)- Samak kulit - untuk dibuat kasut dll 2)- Sertu. Jesteru disinilah kekeliruannya. Sertu adalah cucian dgn 7 kali air dan salah satu darinya dengan tanah.

Kesan Tanah Tapak Kaki Anjing Yang Sudah Kering

Soalan

assalammualaikum ustaz/ustazah,saya mempunyai masalah dimana saya mengesyaki kereta saya telah dimasuki oleh anjing ketika berada di bengkel untuk baikpulih dan terdapat kesan tanah tapak kaki anjing yang sudah kering.adakah saya perlu samak kawasan yang terdapat kesan tapak kaki anjing tersebut dan sekiranya perlu disamak bgaimana saya hendak samak kerana dalam kereta tidak boleh dicuci dengan air..

Jawapan

Ianya tak perlu di samak sebab kering. Cukup di bersihkan cara biasa sahaja yang sesuai dengan kereta seperti vakum dll.

Mendengar Bacaan Al Quran(mp3) Sampai Tertidur

Soalan

Assalamualaikum ustaz,
sy seorang yg baru memeluk islam.sy sangat berminat untuk membaca dan mendengar bacaan alquran.tapi sy tk pandai lagi nk membaca Alquran.pertanyaan sy ustaz:
1.apakah hukumnya mendengar bacan Al quran sambil berbaring dan sampai tertidur? dan apakah hukumnya jikalau sy sengaja mendengar bacaan Al quran tapi dlm keadaan tk berwudhu?
2.dan apakah sy mendapat pahala daripada membaca Al quran terjemahan?(utk pengetahuan, sy membaca dlm keadaan berwudhu dn menghadap kiblat)

Jawapan

1. Ianya adalah dibolehkan. jikalau sengaja mendengar bacaan Al quran tapi dlm keadaan tk berwudhuk juga dibolehkan.
2.  Ya dapat pahalanya.

Pertunangan Paksa..

Soalan

As salam, sy prnh bertny pd ustaz ttg pertunangan yg paksa oleh kakak ipar rakan sy,stlh sebulan mrk bertunang tnp rela, terbongkar 1 rahsia dimana lelaki trsbut punyai hbgn sulit dgn wanita berumur(janda) dimana ppuan tersebut adalah bos ditmpt kerja lelaki tersebut..
Pengakuan dibuat sndr oleh wanita tersebut...
Slps 3hari mendiam dr,lelaki tersebut kmbli merayu pada k.iparnya agar pertunangannya tak diputuskan..
Kawan sy sedang tertekan..apa yg ptt buat

Jawapan

Dalam urusan ini nabi bersabda "Pilihlah dimana kamu hendak meletakkan mani kamu" iaitu Nabi menyarankan pemilihan di buat untuk bakal suami / isteri untuk anak-anak di masa hadapan. Jika pihak perempuan tak setuju pertunangan ini boleh di putuskan, lebih-lebih lagi terdapat sebab yang dibenarkan oleh syarak. Kakak ipar tak boleh memaksa untuk diteruskan

Puasa Batal Atau Tidak

Soalan

Assalamualaikum.. pada bulan puasa dimalam hari melakukan hubungan sehingga terlewat bangun ( tertidur ) sampai kepagi untuk mandi hadas. Bolehkah meneruskan puasa keesokan hari itu..? Terima kasih.

Jawapan

Ya saudara boleh meneruskan puasa tersebut. Yang penting laksanakan semua kewajipan termasuk solat subuh.

Pelbagai Soalan

Soalan

Assalamualaikum Ustaz,
Saya ada 3 soalan,
1. Bolehkh saya melewatkn mandi wajib setelah bersama dgn isteri pd malamnya?dan bilakh masa plg lewat dibolehkn mandi dalam bulan puasa?

2. Perlukh kita mengaminkan doa masa khatib baca doa dlm khutbah kedua?Ada yg kata x blh & ada yg kata blh?Mana 1 yg betul ustaz?

3. Apakah hukum pegang Al-Quran dgn pakai sarung tangan / berlapik sesuatu semasa pegang Al-Quran?

Pohon penjelasan ustaz.

Jawapan

1. Boleh dilewatkan sehingga untuk solat subuh.
2. Ya perlu ianya sunat, dan termasuk di tempat yang mustajab doa. Doa utk mukmin dan mukminat adalah rukun khutbah.
3. Dibolehkan pegang Al-Quran dgn pakai sarung tangan / berlapik sesuatu semasa pegang Al-Quran, ini adalah antara adab yang baik tetapi hendaklah dalam keadaan berwudhuk.

Sedekah Atas Nama Arwah

Soalan

Ustaz,soalan saya:
1) bolehkah saya bersedekah atas nama ayah saya yg telah meninggal dunia?Adakah ada akad tertentu atau hanya niatkan saja dalam hati?
2) Persatuan yg ingin saya bagi sedekah tu ada bagi no akaun bank.Persatuan tu diyakini dan juga berdaftar. bolehkah saya hanya transfer duit secara online atau bank-in shj?Bolehkah sedekah menggunakan cara ini disedekahkan atas nama arwah?

Jawapan

1. Ya boleh bersedekah atas nama arwah yg telah meninggal dunia dan tidak ada akad tertentu hanya niatkan saja dalam hati
2. Ya boleh ransfer duit secara online atau bank-in untuk disedekahkan atas nama arwah.
Dalilnya sabda Nabi s.a.w 3 perkara yang memberi manfaat selepas mati antaranya "Doa anak yang soleh". Dikiaskan dengan doa itu dengan amalan kebajikan yang lain untuk ibu bapa. Juga sokongan dari beberapa hadis yang lain juga.
Adapun jika sedekah dari bukan anaknya juga dapat pahala di sisi ASWJ bersama ini ustaz serta kan perbahasan ASWJ untuk menambahkan ilmu dalam hal yang berkaitan  - lihat no 3
ASWJ adalah satu lafaz yang berasal dari satu hadis dimana nabi S.A.W menyatakan bahawa umatnya akan berpecah kepada lebih 70 kumpulan, semua masuk neraka kecuali satu. Para sahabat bertanya "siapakah mereka?" Jawab baginda "Mereka yang mengikut aku dan sahabatku" dari hadis inilah keluarnya perkataan ASWJ. Sunnah merujuk kepada Nabi S.A.W manakala Jemaah merujuk Para Sahabat yang ramai. Jesteru sesiapa yang mengikut nabi dan sahabat akan selamat juga yang mengikut ulamak yang bersifat sebagai pewaris nabi.
Daripada hadis di atas jelaslah bahawa hanya golongan yang mengikuti al-quran, hadis serta apa yang dibawa oleh para sahabat akan selamat dari api neraka. Jesteru itulah ramai kumpulan dikalangan umat Islam mendakwa mereka ASWJ. Namun hakikatnya hanya golongan yang berpegang dengan al-Quran dan hadis sebagaimana pegangan para sahabat akan selamat. Secara ringkasnya sesiapa yang mengikuti manhaj al-quran dan hadis akan selamat di dunia dan akhirat sebagaimana janji nabi S.A.W ".....kamu sekali-kali tidak akan sesat selama berpegang dengan keduanya, kitab Allah dan sunnahku"
Apa yang berlaku dikalangan umat Islam ialah perbezaan pandangan/ tafsiran / kefahaman di dalam pentafsiran hadis nabi S.A.W dan nas al-Quran, INI TIDAK MENJEJASKAN MEREKA SEBAGAI ASWJ. Masaalah yang lebih kronik berlaku apabila satu kumpulan umat Islam mendakwa mereka ASWJ dan menafikan yang lain, ini jelas menunjukkan kedangkalan kefahaman mereka tentang perkara tersebut. Lebih-lebih lagi apabila ditambah dengan ketaksuban kepada kumpulan masing-masing serta masih memegang dengan "benang basah" walaupun jelas dalil-dalil syarak dan hadis tidak menyebelahi mereka.
Banyak athar-athar selain hadis dan al-Quran yang mungkin tidak dikatahui oleh orang awam yang jalil dan tidak mendalami agama sehingga menyatakan sesuatu yang tidak benar tentang salafus soleh yang awal. Ustaz mencadangkan saudara cuba memahami contoh hadis di bawah dan fahami ertinya dengan dada yang terbuka untuk mendapatkan kebenaran walaupun ianya mungkin tidak sesuai dengan fahaman/ kepercayaan /arahan atau kehendak mana-mana individu sekalipun di atas mukabumi ini.
Benar kata saudara bahawa kita wajib ikut Firman Allah dan Sabda Nabinya di sini saya bawakan bebarapa Isu mengenainya

1)- Dimanakah Allah
Jawapannya Allah ada dimana-mana (Tidak bertempat dengan tempat yang khusus) termasuk di atas langit, di atas Aaras dll sebab ayat Al-quraan jelas menyatakan “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Sesiapa yang menolak ayat ini hukumnya kufur dan murtad dari agama Allah.
Nabi bertsabda “Adalah Allah dan tidak ada sesuatupun selainnya” – Bukhari
Jelas di dalam hadis ini menyatakan Allah wujud secara Qadim sebelum adanya langit atau aras atau makhluk atau tempat. Allah yang mencipta tem[at dan Allah tidak memerlukan tempat.
Berkata Imam Baihaqi dalam kitabnya “Asmaa’ was sifat”  : Berhujah sebahagian sahabat kami pada menafikan tempat bagi Allah dengan dalil sabda Nabi “Engkaulah Allah tuhan yang zahir dan tidak ada atasmu sesuatu,  Engkaulah Allah tuhan yang batin dan tidak ada sebelummu sesuatu” Apabila tiada atasnya sesuatu dan sebelumnya sesuatu maka ini beerti tiada “makan” baginya. Hadis ini juga menolak Jihah bagi Allah.
Berkata Saidina Ali “Adalah Allah telah wujud (secara Azali) dan tidak ada “makan” baginya, dan Allah sekarang berada sebagaimana keadaannya dahulu” Diriwayat oleh Abu Mansur Al-Bagdadi.
Berkata Syeikh Zainuddin As-Shahir Ibn Nujaim Al-Hanafi katanya “ Dan KUFUR orang yang mengithbatkan “makan” bagi Allah taala, Jika dia berkata Allah di langit, sekiranya dia berniat untuk menyatakan sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis maka tidak kufur, tetapi jika maksudkan “makan” maka kufur”.
Lihatlah Firman Allah adalah jelas Allah dimana-mana, termasuk langit dan Arash, Begitu juga hadis sahih begitu juga kata-kata Saidina Ali adalah jelas oleh itu sesiapa yang mengikuti salaf wajib beriman dengan semua ayat Al-Quran termasuk yang menyatakan “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Bagaimana keadaannya hanya Allah yang tahu.

2)- Tentang sifat Allah.
Ia boleh ditakwil dan boleh dikekalkan. Ada tempat yang wajib di takwil berdasarkan apa yang Rasullah s.a.w dan para sahabat memahaminya iaitu Firman Allah “segala sesuatu diatasnya hancur dan yang kekal hanyalah “wajah” tuhanmu yang mempunyai keagungan dan kemuliaan”  Perkataan “wajah” itu difahami oleh Rasullah s.a.w dan para sahabat sebagai zat bukan hanya “wajah” tanpa di takwil. Jika tanpa takwil mungkin ada yang mamahami bahawa semua yang selain “wajah” adalah hancur termasuk “yad” dan “rijl” yang ada pada Allah dan disebut di dalam Hadis dan Al-Quran. Jika ini yang difahami maka ianya akan membawa kepada KEKUFURAN. Rasullah s.a.w dan para sahabat memahami “wajah” itu adalah zat Allah dalilnya ketika turun Firman Allah “Palingkanlah “wajah” kamu ke arah Masjidil Haram” Rasullah s.a.w terus berpaling dengan segenap tubuhnya bukan sekadar wajahnya sahaja. Sebab rasullah s.a.w faham bahawa “wajah”  bermaksud zat. Dan semua para sahabat tidak bertanya Rasullah s.a.w kenapa tidak “wajah” sahaja?. Sebagaimana fahaman sebahagian manusia hari ini yang menyatakan wajah hanyalah wajah sahaja.
Jesteru itu kita wajib beriman dengan apa yang datang dari Allah dan nabinya jangan kita ikut ulamak dalam perkara yang jelas bercanggah dengan nas syarak , beriman secara membabi buta tanpa dalil yang pasti bahkan bercanggah dengan nas yang sorih. Contohnya apabila manusia kata tuhan di langit adakah kita hendak menolak firman Allah “Dimana sahaja kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah” dan “Kami lebih hampir denganmu dari urat darah kamu sendiri”. Jika sekadar percaya Allah di langit dan menolak dua firman Allah itu, adakah dia masih seorang Islam? Yang mana pilihan kita pandangan manusia atau Al-Quran?. Ulamak mentakwilkan yang di maksudkan dengan langit itu ialah lambang ketinggian dan kemuliaan. Bukannya percaya sebahagian nas dan menolak nas yang lain. Ikutlah mana-mana pandangan ulamak yang tidak bercanggah dengan nas samaada dengan takwil atau hakiki, jika bercanggah WAJIB ditinggalkan.

3)- Akidah As-Syairiyyah dan Isu sampai pahala selepas mati
Aqidah al-Asy'ariyah adalah pegangan yang banyak di pegang oleh masyarakat di Malaysia hampir 100% muslim di Malaysia. Akidah ini adalah benar dan ulamak tidak mengkufurkannya. Ayat Al-Quran jelas tentang Allah ada di mana-mana. Menolak ayat ini adalah kufur sebab kita manusia beriman wajib 100% beriman dengan Al-Quran.
Berkenaan Imam Mekah atau mufti Mekah ustaz percaya dia seorang yang beriman dan bagaimana kepercayaan nya itu atau apa mazhabnya ustaz tidak tahu.Tetapi ustaz yakin Imam dan Mufti Mekah pasti tidak menolak ayat Al-Quran "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah"  atau ayat-ayat lain seumpamanya. Samaada dia mentakwil dengan ilmu Allah atau dia kekalkan dengan wajah Allah kesemua ijtihat tersebut adalah benar.
Jika sekiranya Imam Mekah atau Madinah mentakwilkan ayat "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah" dengan ilmu, maka ianya adalah sama dengan takwilan seperti yang di takwil oleh sebahagian mutaakhirin dengan mentakwilkan "Tangan / Yad" dengan kekuasaan dan sebagainya lagi. Mentakwilkan apa-apa sifat Allah dengan sesuatu yang sesuai dengan penggunaan bahasa Arab tidak akan menyebabkan sesaorang itu kufur kepada Allah! Yang menjadi kufur ialah contohnya apabila sesaorang dibacakan kepadanya ayat "Dimana kamu berpaling kamu akan mengadap wajah Allah" maka dia menolak ayat itu dan menyatakan Allah tetap dilangit (dan dalam masa yang sama menolak nas Al-Quran yang sahih tersebut, Ini kufur secara ittifaq ulamak).
Sebab itulah seorang yang alim mereka tidak akan membangkang apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat al-quran sebab mereka tahu itu adalah benar dan muktamad. Yang jadi masaalah ialah masyarakat awam yang mengikut akidah secara membabi buta. Semaga Allah mengampuni mereka atas kejahilan mereka. Kita hanya menyeru mereka kepada Nas Al-Quran sahaja.
Dibawah adalah pendapat Imam As-Syafie tentang Allah dan tempat:
Imam al-Syafi‘iyy rahimahullah yang wafat pada 204 Hijriyyah pernah berkata:

“Dalil bahawa Allah wujud tanpa tempat adalah Allah Ta’ala telah wujud

dan tempat pula belum wujud, kemudian Allah mencipta tempat dan

Allah tetap pada sifat-Nya yang azali sebelum terciptanya tempat, maka

tidak harus berlaku perubahan pada zat-Nya dan begitu juga tiada

pertukaran pada sifat-Nya”.

Kenyataan Imam al-Syafi‘iyy tadi dinyatakan oleh Imam al-Hafiz Murtadha az-Zabidyy di dalam kitab beliau berjudul Ithaf al-Sadah al-Muttaqin juzuk kedua, mukasurat 36 Dar al-Kutub al ‘Ilmiyyah.
Nabi Bersabda "Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya benar akan dapat dua pahala, Sesiapa yang berijtihad, lalu ijtihadnya silap akan dapat satu pahala" Dari hadis sahih ini jelas menunjukkan Ijtihad tidak akan memasukkan sesaorang ke dalam neraka.
Selain itu saudara tidak berhak untuk memaksa orang lain supaya ikut dengan ijtihad yang dipegang oleh orang lain (atau ijtihad yang dipegang saudara sendiri). Sebab itulah ulamak menyatakan "Ijtihad tidak boleh membatalkan ijtihad yang lain". Selama mana berpegang dengan Al-Quraan dan hadis maka mereka adalah benar.
Contoh Ijtihad yang lain adalah seumpama ulamak yang berijtihad bahawa pahala baca quraan  atau tahlil sampai kepada si mati dalilny seperti berikut:
1)- Firman Allah “Dan golongan yang datang kemudian selepas itu berkata “Ya Allah tuhan kami ampunilah kami dan saudara kami yang beriman sebelum kami.....” Jika doa yang diajar oleh Allah di dalam al-Quraan ini boleh memberi manfaat untuk si mati, inikan pula bacaan Al-Quran untuk saudara muslim yang lain.
2)- Nabi mengerat pelepah tamar dan di pacak dikubur. Jika zikir dari pelepah tamar memberi manfaat inikan pula bacaan Al-Quraan dari seorang muslim kepada saudara muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah.
3)- Nabi bersabda "Mintalah keampunan untuk saudara kamu, sesungguhnya dia sekarang sedang disoal (oleh malaikat)" jika minta ampun dan doa dari orang asing boleh memberi manfaat untuk si mati walaupun bukan dari amalannya, inikan pula bacaan Al-Quraan dari seorang muslim kepada saudara muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah.
4)- Perbuatan Salaf antaranya Aisah Ummul Mukminin membebaskan hamba untuk saudaranya yang mati.
5)- 4 mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali menyatakan boleh seorang muslim membuat haji utk muslim yang lain walaupun tiada pertalian darah. Berdasarkan ijtihad empat Imam mazhab ini yang diambil dari nas hadis adalah jelas bahawa pahala akan diperolehi oleh si mati. Begitu juga dengan membaca Al-Quran atau tahlil dan sebagainya untuk si mati.
Banyak lagi hujah-hujah lain selain dari dalil di atas. Adapun ayat-ayat Al-Quraan / hadis yang saudara nyatakan itu adalah secara umum sahaja sebagaimana takwilan oleh sebahagian ulamak. Contoh yang hampir sama hadis 10 orang yang dijamin syurga. Sebenarnya bukan hanya 10 orang yang dijamin syurga, ramai yang di jamin syurga oleh nabi s.a.w. Cuma 10 orang itu hanyalah yang disebut dalam satu hadis secara sekaligus. Sebab itulah kefahaman yang mendalam berkaitan hadis dan Al-Quran adalah amat diperlukan. Jesteru menggali dalil-dalil syariah adalah amat penting.
Dalam hadis Qudsi Allah bersabda " Aku mengikut sangkaan hambaku terhadapku, Maka hendaklah bersangka baik terhadapku". Berdasarkan hujah-hujah yang banyak ustaz bersangka Allah akan menyampaikan pahala tersebut. Ini adalah sebahagian dari kemurahan sifatnya. tiada yang mustahil baginya.
Jika saudara bersangka Allah tidak akan menyampaikan pahala dengan hujah-hujah saudara, saya yakin dan pasti Allah akan melayan saudara sebagaimana sangkaan saudara itu sebagaimana hadis sahih di atas. Semoga keyakin/ sangkaan saudara akan dikabulkan Allah untuk diri saudara. Amin ya Rabbal Alamin.

4) – Berkenaan Bidaah, perhatikan hadis dan ayat Al-Quran di dalamnya berkaitan Bidaah. (Bezakan antara nas dan bukan nas)
Apa yang saudara sebutkan itu hanyalah kata-kata manusia atau seorang ulamak. (Isu ini timbul dari pertanyaan : Bukan tak ada dalil yg menghalang bacaan yassin mlm jumaat tapi tak ada sunnah(tiada contoh dari nabi walaupun dipandang baik kerana baca quraan).itulah sebabnya perlu dijauhkan.Fahaman maksud bidaah oleh ulamak sunnah(salaf) seperti ibnu taimiyyah,imam as-syathibi,imam al-hafizh ibnu rajab al-hanbali ,imam sufyan ats-tsaury adalah berlainan dari apa yg ustaz jelaskan.) Jawapannya : Apa yang saudara sebutkan itu hanyalah kata-kata manusia atau seorang ulamak Kenapa saudara tak ambil takrif bidaah (pengertiannya atau pembahagiannya) di sisi Imam Syafie atau Imam Nawawi atau Ibn Hajar Al-Asqalani atau Ibn Hajar Al-Haitami atau Imam Al-Ghazali atau Imam Izzuddin bin Abd Salam dan ramai lagi imam-imam yang lain?.... atau kata-kata Saidina Umar sendiri (antara salaf / solafussoleh yang paling hebat)? Kenapa?
Walau apa pun, semua kata-kata atau pandangan atau ijtihad manusia boleh diterima (Jika bertepatan dengan nas) dan boleh di tolak (Jika menyalahi nas) kecuali Al-Quran dan Hadis. jesteru itu saya menyeru saudara agar kembali kepada al-quran dan hadis nabi s.a.w.
Adakah contoh nabi dan para sahabat membaca Al-Quran yang ada baris dan ada titik? Adakah membaca Al-quran satu maksiat atau satu Ibadat? Kenapa saudara tidak solat di atas pasir sebab itulah contoh yang ada dari Nabi s.a.w?. Bukankah ada yang berhujah tidak boleh guna tasbih ketika berzikir sebab Ibn Umar ada melarangnya sebab bidaah? Jika hujah ini di ikuti maka sudah pasti Ibn Umar akan lebih marah orang meletakkan baris dan titik pada Al-Quraan!!!. Meletakkan titik dan baris pada Al-Quran dalam ungkapan lain ialah menconteng Al-Quran dengan sesuatu yang lain yang bukan dari Al-Quran. Sebab itulah terdapat fatwa ulamak tentang hukum menulis / menconteng / menanda sesuatu pada Al-Quran. Ibn Umar sudah pasti amat marah sesiapa yang sanggup menconteng Al-Quran, menconteng kitab suci yang paling mulia, kitab yang tidak ada tandingannya, yang merupakan sumber hukum utama ummat Islam. Ini kerana Ibn Umar boleh membaca Al-Quran dengan sempurna tanpa diletakkan baris dan titik (tanpa sebarang contengan), begitu juga Salman Al-Farisi seorang ajam seperti saya dan saudara mampu membaca Al-Quran dengan baik tanpa baris dan titik! (disinilah penting nya belajar), begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Jesteru itu membuat sebarang catatan / penulisan pada Al-Quran adalah satu bidaah yang amat besar dan tidak pernah dilakukan oleh Nabi dan Ibn Umar. Persoalannya: Mampukah saudara membaca Al-Quraan tanpa baris dan titik? bolehkah saudara bezakan antara huruf "ba" "ta" “tha” “nun” "ya" begitu juga “jim” “ha” “kha”  dll? Tidak ada contoh dari Nabi s.a.w adalah hujah yang lemah untuk menjadikannya sebagai larangan dan untuk dipegang apabila kita memahami hadis-hadis sahih di bawah. Terlalu banyak perkara yang tidak pernah dilakukan oleh nabi s.a.w yang mana kita lakukannya dalam kehidupan kita seharian. Larangan terhasil di sisi syarak apabila ada tegahan dari Al-Quran atau hadis nabi s.a.w berdasrkan nas yang sahih. Kenapa kita tidak berzina, mencuri, minum arak, makan babi, bangkai, berjudi, tidak dibenarkan kahwin lebih dari empat bagi yang mampu dll? Semuanya kerana ada larangan dan dalil yang sorih dari nas syarak dan bukan kerana Nabi meninggalkannya dan tidak melakukannya!.
Mengulas lanjut pengharaman menconteng Al-Quran dengan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh sahabat begitu juga pengharaman menggunakan tasbih di atas maka sudah tentu meletakkan baris dan titik pada Al-Quran adalah satu bidaah yang jelas dilarang oleh Ibn Umar walaupun manusia mengganggapnya sebagai baik. Ibn Umar tidak perlu kepada baris dan titik untuk membaca Al-Quraan jesteru itu kenapa perlu diletakkannya?. Sebab ianya tidak pernah dilakukan oleh nabi dan tidak ada sunnah pada perbuatan itu. Yang ada hanyalah Nabi memerintahkan suruh belajar dalam hadis yang banyak. Antaranya contohnya bagaimana tawanan perang Badar di tawarkan pembebasan jika mengajar 10 orang anak orang Islam sehingga pandai membaca dan menulis (termasuk pandai membaca Al-Quran yang tanpa baris dan titik). Jesteru, kita juga perlu belajar sebagaimana mereka belajar, jika mereka boleh kenapa kita tidak boleh?.
Jesteru demi menyesuaikan hujah ini dengan pandangan saudara di atas adakah kita perlu menyatakan bahawa kita ummat Islam hari ini perlu meninggalkan pembacaan Al-Quran yang ada baris dan titik? (sebab tiada sunnah! Dan Ibn Umar pun tak buat! Menggunakan tasbih untuk berzikir pun Ibn Umar Marah, Inikan pula menconteng Al-Quran!). Adakah membaca Al-Quran yang ada baris dan titik adalah satu bidaah yang sesat dan akan masuk neraka apabila membacanya? (sebab semua bidaah adalah sesat dan akan masuk neraka!). Walaupun ianya di anggap baik oleh semua ummat manusia di atas muka bumi ini? (Ianya baik kerana memudahkan pembacaan Al-Quran, Sebenarnya kita masih boleh membaca Al-Quran walaupun tiada baris dan titik seumpama kita boleh membaca surah Al-Fatihah sahaja atau boleh juga membaca ayat-ayat lazim walaupun di buang baris dan titik. Ini menunjukkan kita boleh melakukannya dan tidak perlu kepada baris dan titik Cuma perlu lebih lagi pembelajarannya untuk diluaskan pembacaannya sebagaimana yang pernah dibuat oleh Salman Al-Farisi salah seorang yang bukan Arab dari sahabat nabi atau anak-anak sahabat yang lain. Walaupun titik dan baris itu baik kita perlu menolaknya!) Dan walaupun tidak ada larangan dari nabi s.a.w untuk kita lakukanya sebab tidak bercanggah dengan nas syarak!, yang penting tiada sunnah!. Kita mesti mempertahankan nya dengan “tidak boleh”??. Adakah ini sikap pilihan kita???
Adakah takrif Bidaah yang lebih penting atau nas Al-Quran dan Hadis??? yang mana pilihan saudara?? sila fahami nas-nas dibawah dengan dada yang lapang tanpa taksub kepada yang lain kecuali Al-Quran dan Sunnah sahaja.
Pendapat saudara ada kekurangannya dan ianya bertentangan dengan nas yang sahih.
Nabi S.A.W bersabda ertinya "setiap perkara bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT akan masuk neraka" hadis ini adalah sebuah hadis yang umum ertinya. Hadis ini dikhususkan dengan beberapa hadis lain antaranya "kamu lebih mengentahui tentang urusan dunia kamu" Ini mengecualikan urusan dunia dari bidaah. Begitu juga hadis ini dikhususkan dengan hadis sahih yang lain iaitu nabi s.a.w bersabda maksudnya "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku" apabila dihimpunkan hadis-hadis ini jelas menunjukkan bahawa hanya Bidaah yang bercanggah denagan Al-Quran dan Hadis sahaja yang dilarang, manakala bidaah yang tidak bercanggah bercangah dengan Al-Quran dan hadis adalah dibolehkan berdasarkan nas dari hadis sahih. Dengan erti kata yang lain hadis bidaah akan memberi makna seperti berikut
"Setiap perkara bidaah adalah SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis), dan setiap yang SESAT (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis) akan masuk neraka" Dalam keadaan seperti inilah baharulah kita akan mendapat erti hadis bidaah dengan sempurna.
Jestru itulah bidaah seperti membaca yasin malam jumaat, menyambut maulid rasul dan lain-lain adalah dibolehkan dan di izinkan oleh syarak kerana ianya tidak dilarang oleh nabi S.A.W atau ditegah di dalam Al-Quran. Sila rerungkan perkataan SESAT dalam dua hadis sahih di atas tersebut dan himpunkan ertinya untuk mendapatkan makna hadis yang betul.
manakala hujah saudara tentang Ibnu Umar berkata:Setiap bidaah adalah sesat meskipun manusia memandangnya baik. - riwayat al-lalika-i dlm syarah ushuul i'tiqaad ASWJ(no126),Ibnu baththah al-ukbari dalam al-ibanah(no 205),lihat ilmu ushuulil bidaah(hal 92) adalah terlalu mudah untuk di jawab kerana Saidina Umar dalam Riwayat Bukhari satu riwayat tertinggi dalam Ilmu hadis dimana Saidina Umar berkata "INILAH SEBAIK-BAIK BIDAAH". Oleh itu kata-kata ibn umar dan kata-kata lain seumpamanya hendaklah ditakwil seperti berikut "Setiap bidaah adalah sesat (iaitu yang bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis), meskipun manusia memandangnya baik" .Pada ketika ini baharulah kata-kata tersebut tidak bercanggah dengan nas-nas hukum, hadis sahih dan athar lain yang sahih. Kenapa kita perlu mempertahankan pendapat kita yang salah sedangkan jelas ianya bercanggah dengan hadis-hadis yang sahih?. Adakah pendapat kita yang penting atau hadis sahih?.
Hadis "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, Kamu tidak akan SESAT selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu kitab Allah dan sunnahku" adalah berkaitan dengan urusan ibadat bukannya dengan urusan dunia semata-mata. Kerana "karinah" yang ada di dalam hadis tersebut iaitu Al-Quran dan Hadis adalah berkaitan dengan urusan ibadat. Jesteru itu ini jelas menunjukkan pendapat saudara adalah amat silap dan bertentangan dengan hadis sahih. Saya menyeru saudara dan golongan lain yang seumpama saudara supaya kembali kepada nas Al-Quran dan hadis sahih.
Jika ada yang menyatakan bahawa kata-kata Saidina Umar dan Imam Syafie tentang bidaah hanyalah dari segi bahasa sahaja, maka mereka telah silap sebab tidak ada “karinah” dalam kenyataan ke dua-dua nya yang menunjukkan penggunaannya adalah dari segi bahasa sahaja. Saidina Umar atau Imam Syafie pun tidak menyatakan ianya hanyalah dari segi bahasa sahaja. Oleh itu yang tinggal hanyalah pada asal penggunaan perkataan nya  iaitu istilah sahaja. Ini sesuai dengan keterangan dua hadis bidaah dia atas atau yang lain seumpamanya yang difahami oleh Saidina Umar dan Imam Syafie. Yang memahami nas hadis-hadis dengan baik dan sempurna. Inilah yang difahami oleh Imam yang ramai termasuk Imam Ibn Hajar Al-Asqalani yang mentafsirnya dalam kitab Fathul Bari.
Kaedah Fiqh menyatakan "Apa yang ditinggalkan oleh nabi tidak menandakan ianya haram".(“At-tarku la yadullu ala at-tahrim”).
Cuba saudara renungkan Firman Allah AL-MAIDAH 101
{101} Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Qur'an, tentulah akan diterangkan kepadamu. Allah maafkan kamu dari perkara-perkara itu; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.
Ringkasnya ayat ini menyatakan bahawa ada perkara yang ditinggalkan oleh Allah dan nabi untuk kita semua. Dan di dalam perkara inilah terletaknya ijtihad untuk umat ini. Secara umumnya ianya adalah dibenarkan dan di maafkan oleh Allah. Asbabbunnuzul ayat ini juga berkaitan pertanyaan tentang haji, dan haji adalah satu ibadat dari Allah.
Di dalam perkara yang tidak mempunyai nas yang jelas ulamak menggunakan pelbagai perkara untuk mengeluarkan sesuatu hukum samaada diambil dari pengertian umum al-quran dan hadis, ijmak, kias, istihsan dan sebagainya lagi. Ini sesuai dengan kedudukan ulamak yang dinyatakan oleh nabi s.a.w “Ulamak adalah pewaris para nabi”.
Kita perlu memperbetulkan fahaman kita agar selari dengan al-Quran dan hadis, ini akan menjamin kita dan keselamatan kita di dunia dan akhirat sebagaimana janji nabi S.A.W.
Kita perlu faham dalam syariaat ada tiga bahagian yang paling utama 1)- Apa yang nabi suruh wajib kita buat 2)- Apa yang nabi larang, haram dibuat. 3)- Apa yang nabi tinggalkan (Nabi tak suruh dan nabi tak larang). Di dalam perkara yang ketiga inilah ada bidaah Hasanah Dan Bidaah Dhalalah. Pembahagian ini di sebut dalam hadis-hadis dan nas yang banyak antaranya Nabi bersabda "TINGGALKAN APA YANG AKU TINGGALKAN UNTUK KAMU, sesungguhnya telah musnah kaum sebelum kamu dengan sebab banyak bertanya mereka itu terhadap nabi mereka. Apabila aku perintahkan kamu dengan sesuatu maka lakukanlah mengikut kemampuan kamu, apabila aku larang maka tinggalkan". Bahagian yang ketiga ini (Nabi tak suruh dan nabi tak larang) juga disebut sebagai "Almaskut Anha" iaitu apa yang ditinggalkan oleh nabi. Dalam hadis sahih jelas dinyatakan siapa yang betul ijtihadnya akan dapat dua pahala manakala yang silap akan dapat satu pahala. Nabi tidak menyatakan siapa yang silap dalam ijtihad masuk neraka. Masuk neraka hanyalah dengan sebab melakukan maksiat atau bidaah yang bercanggah dengan Al-Quran dan sunnah. Manakala bidaah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran adalah dibenarkan oleh nas syarak yang banyak.
Imam syafie sendiri menyatakan Bidaah itu terbahagi kepada dua iaitu 1)-Bidaah yang sesat / dicela iaitu yg bercanggah quraan dan hadis  2)- Bidaah yang di bolehkan / terpuji iaitu yg menepati nas Al-Quraan dan hadis. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang bersabda "Kamu TIDAK AKAN SESAT SELAMA-LAMANYA, selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah" . Imam Syafie memahami bahawa hadis bidaah "Setiap bidaah adalah SESAT, dan setiap yang SESAT masuk neraka" dikhususkan dengan hadis Nabi Bersabda "Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah". Perkaitan antara dua hadis ini adalah jelas. Sila renung perkataan SESAT dalam kedua-dua hadis di atas, satu hadis menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan SESAT dalam satu hadis lagi. Dari dua hadis di atas adalah jelas bahawa bidaah yang SESAT adalah yang bercanggah dgn Al-Quran dan Hadis, manakala bidaah yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadis adalah TIDAK SESAT. Ini juga di fahami oleh Imam Izzuddin dan Imam Nawawi dan sebagainya yang membahagikan bidaah kepada 5 bahagian. Kefahaman Imam syafie ini adalah amat jauh berbeza bahkan bertentangan dengan pendapat yang menyatakan semua bidaah adalah sesat yang merupakan kefahaman yang "nakis" (kefahaman tidak mendalam) tentang hadis nabi s.a.w.
Apabila kita menghayati hadis sahih "Kamu TIDAK AKAN SESAT selama mana kamu berpegang dengan Al-Quran dan Sunnah"  maka kita akan dapati rasullah s.a.w menggunakan lafaz "LAN" yang memberi erti "kamu selama-lamanya tidak akan sesat". Orang yang mempelajari bahasa arab akan faham tentang perbezaan antara "LAN" dengan " LA" dengan mudah. Jesteru itu apabila sesaorang menyatakan perbuatan seperti membaca YASIN tiap-tiap malam jumaat adalah haram maka kita perlu bertanya mereka kembali dimanakah dalil nabi menyatakan bahawa baca Yasin tiap-tiap malam jumaat adalah haram? Perlu diingat bahawa halal dan haram adalah milik Allah oleh itu jangan kita menjadi seorang pendusta kepada Allah s.w.a. tanpa dalil yang sahih. Pendustaan terhadap Allah s.w.a adalah amat berat hukumannya. Berdusta terhadap Nabi s.a.w sudah cukup untuk melayakkan sesaorang menempah neraka Allah dengan pasti. Sabda Nabi s.a.w “Sesiapa yang berdusta terhadapku dengan sengaja, maka tempatnya adalah di dalam neraka”. Allah melarang kita menyatakan halal dan haram di dalam perkara yang tidak dinyatakannya sedemikian atau tanpa dalil dari Allah dan Rasulnya, ianya adalah sebagai satu pembohongan terhadap Allah tuhan sekelian alam, tentang perkara ini Allah berfirman:
"Jangan kamu katakan apa diucapkan oleh lidah kamu yang dusta, ini halal dan ini haram, untuk melakukan pembohongan terhadap (agama)Allah dengan pendustaan. sesungguhnya mereka yang melakukan pendustaan terhadap Allah tidak akan berjaya"
Ringkasnya pendapat saudara tentang bidaah adalah bercanggah dengan nas yang sahih. Jesteru itu saya mencadangkan saudara meninggalkan fahaman yang bercanggah dengan nas yang sahih dan kembali kepada nas yang betul untuk keselamatan dunia dan akhirat serta tidak berdusta terhadap Allah dan Rasulnya.

Dibawah ustaz bawakan tanda-tanda golongan yang melampau dalam pembawaan mereka dan ajarannya
Ajaran yang di bawanya itu banyak membawa masaalah kepada penduduk Malaysia yang telah sebati dengan mengamalkan mazhab syafie. Mereka tidak "berlapang dada" dalam masaalah khilafiah, dan meletakkan perkara khilaf di tempat usul. Dan nak memaksa orang ramai ikut kehendak mereka. Tetapi mereka tak nak ikut pendapat ulamak yang lain walaupun benar.  Ada di kalangan mereka melakukan perkara berikut:
1)- Bacaan ketika solat mereka membaca al-fatihah tanpa "Bismillah" termasuk pada solat Jumaat. Ini adalah perbuatan yang dah melampau dalam kalangan masyarakat Syafie dan pemerintah yang mengamalkan Mazhab Syafie. Jika mereka tinggal di India, Pakistan dll bolehlah buat demikian. sebab tak baca "Bismillah" hukumnya batal solat. Imam Syafie berpendapat Bismillah sebahagian dari fatihah. Ini boleh dianggap menentang pemerintah secara terang-terangan dan boleh menimbulkan fitnah di tengah-tengah masyarakat. Sedangkan mereka mendakwa mereka taat kepada pemerintah???
2)- Mengharamkan baca Yasin Malam Jumaat, sedangkan Nabi s.a.w pun tak pernah mengharamkan perbuatan itu. Dan tidak ada hadis Nabi mengharamkan ummatnya membaca Yasin pada bila-bila masa termasuk untuk membaca Yasin pada malam Jumaat sahaja. Jika Nabi tidak mengharamkannya (tiada hadis yang mengharamkannya) bagaimana mereka boleh kata ianya haram?  Siapakah ikutan mereka?
3)-Tidak solat Qbliah sebelum Magrib, sedangkan ikut Mazhab Syafie ada solat sunat sebelumnya.
4)-Tidak solat Qbliah sebelum Jumaat, sedangkan ikut Mazhab Syafie ada solat sunat sebelumnya.
5)- Tak baca Qunut
6)- Maulud Nabi dinggap bidaah sedangkan dalam kitab “IKTIDOK ASSIROT ALMUSTAQIM” (MENGIKUT JALAN YANG LURUS) KARANGAN IBN TAIMIYYAH MUKA SURAT 269 menyatakan maulid di bolehkan dan boleh pahala besar.  Ini bertentangan dengan fahaman golongan yang mendakwa mengikut Ibn Taimiyyah dalam masaalah bidaah.
7)- Mengharamkan penggunaan tasbih ketika berzikir dan menyatakan ianya termasuk dalam bidaah yang sesat di sisi golongan ini, sedangkan dalam Mazhab Syafie mengharuskannya.
8)- Tak baca talkin, tahlil dan sebagainya.
Lebih menarik mereka menyatakan tahlil dilarang oleh Imam Syafie, sedangkan di zaman Imam Syafie tiada tahlil. Imam Syafie hidup pada kurun ke-2 hijrah sedangkan tahlil di buat oleh ulamak Yaman pada kurun ke-4 hijrah. Oleh itu hujah mereka bahawa Imam Syafie mengharamkan tahlil adalah satu pembohongan yang nyata.
Masaalahnya ialah golongan seumpama ini meraka tidak menerima hujah ulamak lain walaupun hujah itu benar, mereka hanya kekal dalam fahaman Mereka sahaja walaupun pendapat mereka adalah lemah atau mempunyai hujah yang tidak merangkumi hadis-hadis sahih secara sempurna seperti kefahaman mereka tentang hadis bidaah yang akan dibincangkan nanti. Mereka akan tetap mempertahankan pendapat yang lemah itu (Alangkah ganjilnya sikap mereka ini! sikap yang ditunjikkan ini bukannya sikap seorang muslim yang baik sebagaimana Firman Allah "Mereka yang mendengar perkataan-perkataan lalu mereka mengikut perkataan yang paling baik"). Sedangkan Ibn Taimiah sendiri pun umpamanya dalam bukunya Iqtidak As-Sirat Al-Mustaqim membolehkan merayakan Maulud Nabi yang dianggap oleh mereka sebagai bidaaah, sesat dan masuk neraka. Adakah mereka hendak menuduh Ibn Taimiyyah (Guru mereka) dengan tuduhan ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka?. Jika mereka menggap guru yang  mereka sanjung sebagai ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka (kerana membenarkan maulid) kenapa mereka menggunakan hujah dari seorang yang mereka anggap sebagai ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka untuk mempertahankan pandangan mereka? dan banyak mengambil hujah/fatwa dari guru yang mengikut tuduhan mereka adalah ahli bidaah, ahli sesat dan ahli neraka? Selain dari itu JAKIM telah mengharamkan buku-buku yang ditulis oleh mereka kerana terdapat pelbagai penyelewengan ilmiah yang dilakukan dan boleh menjerumus kepada kesesatan. Makruh diterjemah sebagai haram, tidak dapat membezakan antara karahah tahrimiyyah dalam mazhab Syafie dengan mazhab Hanafi dll. Justeru Jadilah golongan yang "Mereka yang mendengar perkataan-perkataan lalu mereka mengikut perkataan yang paling baik"

Basuh Pakaian Yang Terkena Air Mani

Soalan

assalamualaikum. Bolehkah saya membasuhpakain yang terkena air mani menggunakan mesin basuh bersama baju yang lain.

Jawapan

Ya dibolehkan sebab air mani bukannya najis. Kita hanya perlu asingkan pakaian yang najis sahaja atau basuh dahulu najis sebelum dimasukkan kedalam mesin basuh seperti baju budak yang terkena kencing.

Bolehkah Seorang Bukan Muslim Membuat Doa Atau Solat?

Soalan

Adakah bersolat dan juga berdoa hanya untuk Muslimin dan Muslimat saja? Jika seseorang berpegang teguh dengan ajaran Islam dan juga menurut hukum-hukum Islam tetapi belum lagi daftar Pengislaman, bolehkah orang sedemikian bersolat dan berdoa??

Jawapan

Ya boleh, bahkan menjadi kewajipannya untuk melakukan ibadat apabila telah mengucapkan dua kalimah shahadah. Adapun pendaftaran adalah dari segi kewajipan di sisi undang -undang. Ia juga perlu dilakukan ini boleh mengelakkan dari berlaku salah faham jika berlaku kematian dll perkara.

Friday, July 27, 2012

Sedut Gas Ketika Berpuasa

Soalan

saya ingin bertanya sedut gas ketika berpuasa adakah batal?walaupun keadaan yg memudaratkan sekali tetap dikira batal?

Jawapan

 Dalam masalah ini, jika gas yang dimaksudkan adalah penggunaan inhaler, maka menyedut gas yang terdapat pada inhaler tersebut akan membatalkan puasa. Hal ini disebabkan ada sesuatu bendasing yang akan masuk ke dalam rongga leher pesakit hinggalah ke paru-parunya,  dan ini akan menyebabkan puasanya terbatal. Wallahu 'alam.

Kemusykilan Masyarakat

Soalan

salam..selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-Mubarak.sebelum saya menanyakan soalan..saya minta maaf kepada semua..saya ada satu soalan boleh kah kita di pejabat menggunakan printer di pejabat membuat printing untuk kepentingan peribadi seperti kita nak print maklumat-maklumat berkenaan dengan informasi untuk umat Islam sebagai contoh kita print kelebihan kita bersedekah.kita nak print bukan untuk urusan pejabat tetapi untuk kepentingan peribadi sebagai ilmu ataupun perkongsian ilmu.syukrn

Jawapan

Wassalam, selamat berpuasa.
Mengenai persoalan ini, printer tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain daripada urusan pejabat. Ringkasnya, ia adalah amanah majikan kepada para pekerjanya untuk menggunakannya hanya bagi tujuan kerja-kerja di pejabat tersebut sahaja.
Jika hendak menggunakannya bagi tujuan yang lain, anda dinasihatkan supaya meninta izin daripada majikan. Wallahu 'alam.

Cara Mandi Wajib Bagi Seseorang Yang Patah Tangan

Soalan

Assalamualaikum.. Minggu lepas, adik perempuan saya telah terlibat dengan suatu kemalangan yang mengakibatkan beliau patah tangan dan ketika itu beliau sedang haid. Beberapa hari lepas, beliau selamat menjalani pembedahan. Doktor menasihatkan agar kawasan luka pembedahan tidak terkena sebarang air bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Sekarang, beliau telah suci daripada haid. Jadi bagaimanakah cara untuk beliau mandi wajib sedangkan luka tersebut tidak dibenarkan terkena air?

Jawapan

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,
Dalam situasi ini, adik perempuan anda perlu bertayammum sebagai ganti kepada mandi wajib. Setelah bertayamum, dia sudah boleh untuk mendirikan solat dan juga berpuasa seperti orang lain.
Setelah pulih daripada kecederaan tersebut, dia sudah tidak perlu untuk mandi wajib lagi. Wallahu 'alam.

Harta Wakaf Mengenai Tanah Masjid Dijadikan Tapak Komersial

Soalan

1. sekiranya ayah saya mewakaf kan tanah milik nya untuk dijadikan surau atau masjid, boleh kah kerajaan mendirikan tapak berkenaan selain dari masjid.? (sbb ada 1 kwn di kucing sarawak, pak cik sy telah wakafkan tanah tersebut untuk masjid tapi sekarang tapak tersebut dijadikan bangunan komersial3 tingkat dan di tapak yang sama, ditingkat 2 bngunan tersebut barulah ada surau itupun seperti bilik solah biasa seperti di shopping complex (apa kah hukumnya, dan boleh kah ia dilakukan?)

Jawapan

Dalam masalah yang berkaitan dengan persoalan waqaf, anda disarankan supaya merujuknya kepada JAWHAR (Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji). Sila hubungi talian 03 8883 7400 untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Anda juga boleh layari laman sesawang jawhar dialamat; www.jawhar.gov.my untuk dapatkan maklumat mengenai pengurusan waqaf di negara ini. Wallahu 'alam.

Thursday, July 26, 2012

Mencukur Bulu Kemaluan

Soalan

Assalamualaikum.. wajibkah mencukur bulu kemaluan dan bulu ketiak untuk mandi wajib?

Jawapan

Ianya adalah diharuskan dan di bolehkan kemudian ratakan air keseluruh tubuh.

Melambatkan Mandi Wajib Dalam Bulan Puasa (Urgent Request)

Soalan

Assalamualaikum ustaz, saya ingin bertanya memandangkan saya ini jahil berkenaan bab agama. Saya melambatkan mandi wajib kerana khuatir datang haid lagi dalam bulan puasa, justeru saya juga tidak berpuasa kerana saya berfikir jika tidak mandi wajib maka puasa adalah terbatal. Oleh demikian, apakah hukumnya dan apakah saya perlu lakukan?

Jawapan

Lambat mandi wajib adalah di bolehkan dan "mandi wajib" menjadi wajib jika hampir luput waktu. Jika telah luput waktu (contohnya subuh) dan belum mandi wajib maka berdosa sebab telah meninggalkan satu solat yang wajib. Tak mandi wajib masa berpuasa adalah di bolehkan dan tak batal puasanya. Contohnya dia bermimpi/bersama dan keluar mani dan tak mandi lagi sedangkan dia berpuasa maka sah puasa itu. Puan perlu teruskan berpuasa jika dah makan/minum maka wajib ganti puasa itu ianya adalah berdosa. Semoga dengan kejahilan itu akan di maafkan Allah dan bukan di sengajakan.

Nasib Orang Kafir Yang Baik

Soalan

Adakah orang kafir yg baik dan tidak pernah mendapat/mendengar seruan kepada Islam masuk neraka? Contoh, dia tinggal terasing di suatu kawasan yg tidak ada komunikasi dgn dunia luar. Tq

Jawapan

Mereka akan masuk syurga sebagaimana dalam hadis yang banyak.

Juru Nikah Tidak Bertauliah

Soalan

Suami saya telah berkahwin lagi tanpa pengetahuan saya lebih dari 2 thn & mempunyai seorang anak berumur 1 tahun.suami saya tidak berlaku adil kepada saya selama tempuh ini kerana saya & anak2 tinggal di johor beliau di KL.beliau hanya pulang sebulan sekali itu pn sabtu & aha saja.apakah anak yg lahir itu sah kerana mereka berkahwin secara sendiket yang saya tidak pasti samada juru nikahnya bertauliah.sehingga sekarang pn mereka masih belum ada surat nikah lagi.apakah perkahwinan mereka sah.

Jawapan

Jika perkahwinan itu menggunakan wali ayah perempuan dan cukup syarat yang lain adalah sah. Jika bukan ayah perempuan yang menjadi wali maka di sisi timbul masaalah. Banyak faktor samaada sah atau tidak tetapi kebanyakan kesilapan berlaku pada wali. Walau bagaimana pun jika tiada sijil nikah kebarangkalian nikahnya itu tidak sah adalah tinggi. Puan boleh buat aduan ke bahagian penguatkuasa KL untuk membuat serbuan dan dapat mengesahkannya.

Mandi Wajib Atau Mandi Junub?

Soalan

sama dgn soalan yg telah ditanya.. diakhir haid sy tlh melakukan onani..macm mne niatnye?adakah hnye perlu niat mandi wajib seprti biase atau niat lain...

ustz bagi jawapan seperti berikut:
"Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

sekiranya saya berniat "sahaja aku mandi daripada haid keatas diriku kerana Allah Taala' adakah sah?

Jawapan

Niat saudari itu pun sah. Jika di niat sahaja aku mandi daripada hadas besar keatas diriku kerana Allah Taala'pun sah juga.

Wednesday, July 25, 2012

Apakah Hukumnya Mencium Bayi Dibulan Puasa

Soalan

apakah batal puasa kita, sebab saya ada mendengar yang menyatakan tak boleh, boleh beri penjelasan tima kasih.

Jawapan

Hukum mencium bayi pada bulan puasa adalah diharuskan dan ia tidak menyebabkan terbatalnya puasa yang sedang dilakukan. Wallahu 'alam.

Mimipi? Perlu Ke Mandi Wajib?

Soalan

salam ustaz,saya pernah bermimpi orang kena rogol.dan ingin bertanyakan adakah mimpi sebegini kena mandi wajib?seingat saya x ada pula air yg mempunyai ciri2 air mani keluar.tapi ada berasa sakit di alat sulit.saya juga x merasakan nikmat.Perlu ke saya mandi wajib? saya seorang wanita. tq

Jawapan

Wassalam, jika mimpi tersebut tidak menyebabkan terkeluarnya air mani anda, maka ia tidak mewajibkan anda untuk melakukan mandi wajib.
Ringkasnya, mimpi yang tidak menyebabkan terkeluarnya air mani tidak menyebabkan perlunya mandi wajib. Wallahu 'alam.

SAHKAH MANDI WAJIB/HADAS

Soalan
Assalamualaikum..
sy kurang jelas maksud ustaz,"selama mana selepas itu air di ratakan keseluruh tubuh". Adakah mandi wajib sy sah selepas niat mandi hadas, sy meratakan air diikuti membersihkan lubang kemaluan dan lubang dubur di ikuti akhirnya ke kaki? maksudnya membersihkan lubang kemaluan dan dubur dipertengahan mandian, bukan di awal dan akhir mandian. Sah kah mandi wajib sy dan puasa sy dan solat sy sekarang ?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Mandi wajib yang anda lakukan adalah sah dengan syarat ia dilakukan dengan niat mandi wajib dan air diratakan ke keseluruhan badan.
Mengenai membersihkan kemaluan dan dubur, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa semasa mandi dilakukan. Ringkasnya, ia tidak disyaratkan untuk dilakukan sama ada pada permulaan ataupun akhir mandi wajib.
Dari itu, mandi wajib, puasa dan solat yang anda lakukan adalah sah dengan syarat ia dilakukan dengan menjaga segala rukun dan syarat sahnya. Wallahu 'alam.

Hadis Tidak Sahih

Soalan

Assalamualaikum...
Adakah smua hadis tntg kelebihan solat tarawih tu tak sahih atau mmg x wjud...mhon perjelasan..wallahualam..

Jawapan

Waalaikumussalam,
Hadis berkaitan kelebihan solat tarawikh pada setiap malam itu memang dikategorikan sebagai hadis daif (lemah).Hadis ini sesuai dijadikan sebagai motivasi atau galakkan /dorongan kepada umat Islam supaya mereka terus menerus mencari kebaikan bagi tujuan menambah amalan terutama pada bulan ramadan.
Untuk pengetahuan anda pada bulan puasa memang Allah telah menjanjikan untuk meningkatkan ganjaran pahala bagi mereka yang berpuasa di samping taat melaksanakan amalan tambahan sehingga Allah janjikan gandaan sampai 70 kali ganda,100 kali ganda,700 kali ganda dan hatta 1000 kali ganda.
Justeru panel nasihatkan jangan anda terlalu memikirkan sangat tentang  fadilat yang terdapat pada hadis daif tersebut sebaliknya tingkatkan  amalan anda dengan hati yang  ikhlas,insya' Allah, ganjaran yang  lebih daripada yang digambarkan melalui hadis daif tersebut akan anda perolehi.Wallahu a'lam.

Membaca Doa Untuk Hentikan Darah Haid Untuk Tujuan Berpuasa Dan Menunaikan Ibadah.

Soalan

saya mendapat tahu surah al-baqarah ayat 127 boleh menghentikan darah.bolehkah saya amalkan surah dari ayat tersebut untuk hentikan haid saya pada bulan ramadhan ini untuk berpuasa penuh dan dapat menunaikan ibadah sepenuhnya??bolehkah saya berbuat demikian mengikut islam.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Untuk amalkan ayat 127 daripada surah al-Baqarah itu, panel nasihatkan agar anda tidak mengamalkannya.Ini kerana maksud haid itu ialah merupakan darah kotor.Sifat haid ini  sentiasa keluar mengikut pusingan/kitaran seseorang perempuan yang normal pada setiap bulan.Sekiranya ia kekal disimpan dalam saluran peranakan wanita ia akan membawa kepada kemudaratan.Justeru biarkan ia keluar sebagaimana yang telah diatur oleh Allah SWT.Andaikata anda ubah sistem yang telah Allah aturkan  ini (kitaran haid) menyebabkan ia menjadi tidak tentu dan akhirnya gagal berfungsi sepenuhnya? Adakah anda mahu jika sistem kitaran haid anda jadi tidak menentu?.
Sebenarnya  kitaran dan tempoh haid  yang paling singkat bagi wanita normal  hanyalah  1 hari 1 malam (24 jam).Manakala yang lumrah wanita di Malaysia dalam lingkungan 7 hari tujuh malam.Dalam tempoh tersebut Allah beri cuti solat kepada wanita,takkan kita selaku umat Nabi Muhammad saw hendak menolaknya.takdir yang telah Allah aturkan. Semua itu mempunyai kebaikan dari segi  hikmat yang tersirat daripada yang tersurat.
Jadi panel nasihatkan agar anda kena akur dengan ketentuan sistem yang telah Allah  programkan kepada semua orang termasuk anda sendiri.Wallahu a'lam..

Terpegang Makanan Berintikan Babi

Soalan

Tolong saya ustaz..saya ada rakan sekerja berbangsa cina..beberapa minggu lepas dia mempelawa saya makan kuih yang diletakkan dalam bekas....ada 2 jenis kuih,yang pertama kuih tart nenas dan yang kedua kuih pau goreng..saya suka makan pau goreng..masa saya nak ambik kuih tu,tiba2 rakan cina saya ni beritahu yang pau goreng tu berintikan daging babi..saya cepat2 alihkan tangan saya..tetapi kuku saya sempat terkena pau goreng tu (yang bahagian luar,bukan bahagian dalam inti babi)..perlukah samak?

Jawapan

Saudari tak perlu samak dalam keadaan di atas. Sebab tiada sentuhan langsung.

Permasalahan Di Bulan Ramadan

Soalan

Assalamualaikum Ustaz.
1.Waktu siang hari (ramadan) seseorang belajar menghafaz doa berbuka puasa.,adakah puasanya boleh terbatal.
2.Waktu berbuka (contoh 7.34pm),jadi pada jam 7.32pm saya membaca doa berbuka puasa dulu dan tepat jam 7.34pm baru saya berbuka puasa...,boleh ke..
mohon penjelasan.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Puasanya adalah tidak terbatal.
2.         Anda boleh berbuat demikian.
Ringkasnya, membaca doa berbuka puasa tidak menyebabkan puasa yang dilakukan terbatal. Wallahu 'alam.

Status Ajaran Rasul Dahri Dan Salafi

Soalan

Assalamualaikum wbt

Pihak tuan yang dihormati.

Saya ingin bertanya berkaitan status ajaran Rasul Dahri yang disebarkan dan dijalankan di Malaysia ini.
Saya juga ingin bertanya status fahaman Salafi yang semakin galak disebarkan di Malaysia.

Mohon jawapan dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

Jawapan

Ajaran yang di bawanya itu banyak membawa masaalah kepada penduduk Malaysia yang telah sebati dengan mengamalkan mazhab syafie. Mereka tidak "berlapang dada" dalam masaalah khilafiah, dan meletakkan perkara khilaf di tempat usul. Dan nak memaksa orang ramai ikut kehendak mereka.  Ada di kalangan mereka melakukan perkara berikut:
1)- Bacaan ketika solat mereka membaca al-fatihah tanpa "Bismillah" termasuk pada solat Jumaat. Ini adalah perbuatan yang dah melampau dalam kalangan masyarakat Syafie dan pemerintah yang mengamalkan Mazhab Syafie. Jika mereka tinggal di India, Pakistan dll bolehlah buat demikian. sebab tak baca "Bismillah" hukumnya batal solat. Imam Syafie berpendapat Bismillah sebahagian dari fatihah. Ini boleh dianggap menentang pemerintah secara terang-terangan dan boleh menimbulkan fitnah di tengah-tengah masyarakat. Sedangkan mereka mendakwa mereka taat kepada pemerintah???
2)- Mengharamkan baca Yasin Malam Jumaat, sedangkan Nabi pun tak mengharamkan perbuatan itu.
3)-Tidak solat Qbliah sebelum Magrib, sedangkan ikut Mazhab Syafie ada solat sunat sebelumnya.
4)-Tidak solat Qbliah sebelum Jumaat, sedangkan ikut Mazhab Syafie ada solat sunat sebelumnya.
5)- Tak baca Qunut
6)- Maulud Nabi dinggap bidaah sedangkan dalam kitab “IKTIDOK ASSIROT ALMUSTAQIM” (MENGIKUT JALAN YANG LURUS) KARANGAN IBN TAIMIYYAH MUKA SURAT 269 menyatakan maulid di bolehkan dan boleh pahala besar.  Ini bertentangan dengan fahaman golongan yang mendakwa mengikut Ibn Taimiyyah dalam masaalah bidaah.
7)- Tak baca talkin, tahlil dan sebagainya.
Masaalahnya ialah golongan seumpama ini meraka tadak menerima hujah ulamak lain walaupun hujah itu benar, mereka hanya kekal dalam fahaman Mereka sahaja walaupun pendapat mereka adalah lemah. sedangkan Ibn Taimiah  Di bawah ini ustaz sertakan perbahasan ASWJ dan isu yang timbul yang berkaitan dengan apa yang mereka bawa dan kesilapan fahaman mereka tersebut.