Soalan
saya nak tanye hukum daging aqiqah yang telah dimasak boleh tak disimpan untuk beberapa hari.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Hukum membuat akikah itu adalah sunat muakkad (yang sangat-sangat dituntut).Ia dibuat pada hari ke 7 kelahiran bayi,pada hari berkenaan sunat diberi nama,buat akikah dengan menyembelih dua ekor kambing bagi lelaki dan seekor bagi perempuan,cukur rambut bayi sampai botak sama ada bayi lelaki dan perempuan.Timbang berat rambut tersebut kemudian dinilai dengan harga emas @ perak semasa lalau wang@duitnya disedekahkan kepada fakir miskin @ bidan yang menguruskan ketika ibunya bersalain.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, setelah kambing disembelih untuk dibuat akikah seeluk-eluknya dimasak kemudian dibuat kenduri kesyukuran dengan menjemput orang ramai,jiran tetangga dan kaum kerabat datang.
Cara yang paling afdal jika dapat masakan itu dihabiskan sekali gus pada hari berkenaan.Ini bagi menjamin fadilah cepat diperolehi,jika dilambatkan ia termasuk sesuatu yang dimakruhkan.Lebih baik masakan tersebut disedekahkan kepada tetamu yang hadir daripada disimpan beberapa hari di rumah anda.Wallahu a'lam

No comments:
Post a Comment