Soalan
assalamualaikum ustaz, ibu saya baru meninggal manakala ayah saya telah
meninggal pada tahun 2000.soalan saya, arwah ibu telah membeli rumahnya
dan meletakkan nama rumah atas nama saya semasa arwah ayah masih hidup
kerana untuk menggelak dari cukai kerana membeli rumah secara cash, dan
semasa hidup arwah ibu ada mengatakan jika beliau wafat rumah tersebut
akan menjadi milik saya,adakah perlu saya membahagi harta arwah jika ada
adik beradik yg menuntut.apa hukumnya?
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, dalam persoalan ini, anda terlebih dahulu perlu mendapatkan pengesahan mengenai status rumah tersebut.Jika benar ibu arwah anda telah memberinya kepada anda, sila dapatkan sebarang dokumen yang boleh membuktikannya.
Walau bagaimanapun, dalam menguruskan persoalan harta pusaka ini adalah dinasihatkan supaya anda dan ahli waris yang lain berhubung dengan Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk menyelesaikannya.
Sila bawa segala perkara yang berkaitan dengan harta yang ditinggalkan oleh ibu anda agar ia lebih mudah untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berhak menerimanya. Wallahu 'alam
No comments:
Post a Comment