Thursday, November 15, 2012

Lafaz Cerai Awak Bukan Isteri Saya

Soalan

salam ustaz,

Apabila dalam keadaan bergaduh, suami berkata awak bukan isteri saya.. Adakah jatuh talak ke atas saya dan adakan sah talak?

tkasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam hal ini, talaq tidak akan terjatuh ke atas diri anda melainkan suami anda berniat untuk menceraikan anda semasa beliau melafazkan kata-kata tersebut.
Walau bagaimanapun, Panel menasihatkan supaya anda dan suami merujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk mengetahui status sebenar kata-kata tersebut sama ada ia menyebabkan terjatuhnya talaq ke atas anda ataupun tidak. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment