Wednesday, November 21, 2012

Isu Tulisan "In Shaa Allah"

Soalan

Assalamualaikum,saya ingin bertanya mengenai isu ejaan In Sha Allah dalam ejaan rumi...ada sesetengah pihak tulis macam ini (InsyaAllah) dan Dr Zakir Naik berkata ejaan yang sepatutnya seperti ini (In Sha Allah),jadi saya cuma ingin bertanya adakah salah dari segi hukum jika dieja dalam tulisan rumi seperti itu kerana sekarang agak heboh pertikaian tentang isu ini...terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam isu ini, adalah tidak menjadi kesalahan kepada sesiapa untuk mengeja kalimah tersebut menggunakan tulisan rumi dan dengan cara mana sekalipun. Hal ini adalah kerana ia bukanlah salah satu daripada ayat suci al-Quran al-Karim.
Oleh itu, kalimah tersebut tidak terikat dengan cara mana sekalipun sama ada hendak mengikut cara yang dicadangkan oleh Dr. Zakir Naik ataupun cara yang disyorkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Walaupun begitu, bagi masyarakat Islam di Malaysia adalah lebih disyorkan supaya menggunakan kaedah yang telah diputuskan oleh pihak DBP kerana ia lebih mendatangkan manafat yang lebih baik kepada masyarakat Islam tempatan khususnya di dalam perpaduan. Wallahu 'alam.


No comments:

Post a Comment