Soalan
Salam. suami lafaz "adik, aku ceraikan kakak kau" di depan isteri &
kemudian lafaz lagi sekali di depan isteri "aku ceraikan kau" adakah
sudah jatuh talak 2???
Jawapan
Waalaikumusalam,
Menurut hukum fekah dan pandangan para sarjana dalam bidang ini merumuskan bahawa Kedua-dua lafaz tersebut adalah jatuh talak.Perkara ini berdasarakan sabda baginda saw bermaksud:
"Tiga perkara yang tidak boleh dibuat main @ dipersendakan akan menjadi sungguh-sungguh iaitu,nikah,cerai dan rujuk".
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini Pentadbiran Hal Ehwal Islam di Negara ini telah memutuskan bahawa bagi menentukan kesahihah 2 perkara ini (jika berlaku perceraian dan rujuk di luar mahkamah) ia hendaklah diputuskan oleh Mahkamah syariah yang berhampiran dengan tempat tinggal anda.
Justeru panel sarankan agar anda bersegera berjumpa dengan pihak mahkamah syariah yang berdekatan dengan tempat tinggal anda untuk pengesahan cerai serta direkodkan jumlah perceraian tersebut.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment