Thursday, May 31, 2012

Beberapa Soalan Tentang Qada' Solat Yang Tertinggal

Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya pernah tertinggal solat lebih kurang 120 hari. Itu anggaran saya. Jadi saya ada beberapa soalan :-

1.Jika belum solat Taubat, adakah solat qada' saya diterima? dan bilakah masa2 yang boleh saya lakukan solat Taubat?
2.Adakah benar jika selagi saya belum ganti solat saya, dosa meninggalkan solat akan bertambah? Walaupun saya sudah berniat untuk menggantikan solat2 itu?

Tolong jawab secepat mungkin. جزاك الله خير

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Sebaik-baiknya kita perlu melakukan solat taubat terlebih dahulu bagi menyucikan dan meohon keampunan dari Allah atas segala dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Selepas melakukan solat taubat maka kerjakanlah solat qadha' pada bila-bila masa
Solat qadha' boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seelok-eloknya dilakukan selepas selesai menunaikan solat fardhu. Contohnya: Solat qadha' zohor dilakukan sebaik sahaja selesai menunaikan solat fardhu zohor.
Tidak bererti tidak menggantikan solat yang ditinggalkan itu dosa akan bertambah. Apa yang lebih penting ialah taubat dan kembali ke jalan Allah serta melakukan kewajipan amal ibadah yang lain.

Baju Jenama Arak

Soalan

assalamuaikum...saya nak bertanya ustaz, apakah hukum seseorang islam memakai baju berlambangkan jenama arak seperti Carlsberg.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Haram memakai pakaian yang mempunyai lambang arak kerana ia sebahagian dari memgiklan baranagn tersebut.

Perkahwinan Dengan Janda

Soalan

assalamualaikum..saya seorang duda umur 28 tahun,saya ada berkawan dengan seorang janda umu 39 tahun,saya sayang dan cintakan pada dia,dan anak dia pun sayangkan saya,saya selesa dengan anaknya,saya merangcang untuk bernikah secara kecil-kecilan,apa pendapat ustaz?

Jawapan

Waalaikumussalam wrt. wbt
Terima kasih kerana menghubungi Jakim untuk kemusykilan agama.
Sekiranya  saudara sudah bersedia untuk kembali memikul tanggungjawab sebagai suami  dan  berpuas hati bahawa janda tersebut  sesuai untuk dijadikan pasangan hidup, maka teruskanlah niat suci untuk membina rumahtangga. Lebih baik lagi sekiranya mendapat restu daripada keluarga kedua-dua belah pihak. Jadikan pengalaman lepas sebagai panduan untuk melayari bahtera rumahtangga dengan aman dan harmoni. Soal besar atau kecil majlis nikah tersebut  tidak menjadi persoalan, yang  penting semuanya berjalan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh hukum Islam. Wallahua'lam

Perdagangan Emas

Soalan

assalamualaikum.
apakah hukum membuka akaun simpanan emas ( Gold savings account). dimana saya boleh membeli dan menjual emas tanpa melihat emas itu secara fizikal? semua transaksi akan tertera didalam buku akaun saya.
Terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Hukum melabur di dalam akaun pelaburan emas di bank perlu dilihat kepada dua keadaan di mana pelabur perlu memastikan bank tersebut benar-benar memiliki dan boleh membenarkan pengeluaran emas dalam bentuk fizikal dan juga bank tersebut mempunyai bukti atau membuka buku akaun pelaburan emas.Setelah itu, sekiranya pihak bank tersebut menawan seperti keadaan di atas maka wajib ke atas pelabur untuk membayar zakat emas apabila sudah cukup haulnya iaitu 85 gram.
Oleh yang demikian pelaburan emas di maybank dan juga publik bank tidak patuh syarak. Antara pelaburan bank yang patuh syarak adalah:
1. Kuwait Finance House
2. Al-Rajhi Bank
Wallahua'lam

Tentang Daqa Solat Isyak Akibat Tertidur

Soalan

assalamulaikum ustaz & ustazah. Saya ingin bertanya tentang solat. Saya tertidur dan terlupa solat isyak. apabila saya sedar dari tidur, sudah masuk waktu subuh. Bagiamana saya boleh qada solat isyak yang tertinggal. Harap pihak ustaz dapat menjelaskan kemusykilan tersebut, adakah saya boleh qada solat isyak pada waktu isyak seterusnya. Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Allah akan mengangkat catatan hambanya dalam tiga keadaan:
1. Orang gila sehingga dia sedar
2. Orang yang tidur sehingga tersedar dari tidurnya
3. Kanak-kanak yang belum mumaiiz
Oleh kerana solat itu bukan sengaja ditinggalkan maka ia terlepas dari dosa. Walaubagaimanapun saudara boleh qadha' solat tersebut pada bila-bila waktu selepas sahaja menunaikan solat fardhu seperti selepas solat fardhu zohor, tunaikanlah solat qadha' itu.

Soalan Mengenai Puasa Sunat

Soalan

Assalamualaikum....adakah sah puasa sunat seseorang yang mengeluarkan mani sebelum subuh tetapi mandi wajib sesudah subuh?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Mengenai puasa sunat, niat tidak disyaratkan pada waktu malam dan tidak perlu ditentukan. Dalilnya ialah:
" Pada suatu hari Nabi sawbersabda kepadanya: Apakah kamu mempunyai makanan tengahari? jawabnya: Tidak. Sabda Baginda. " Kalau begitu aku berpuasa".
Berdasarkan dalil tersebut, mandi wajib dituntut untuk disegarakan kemudian terus melaksanakan niat.

Mandi Wajib Tanpa Wuduk

Soalan

Assalamualaikum. Tak apa ke kalau kita mandi wajib macam biasa dengan sempurna tapi kita tak wuduk. Adakah sah mandi wajib?

Jawapan

waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Mengambil wudhuk kemudian mandi wajib itu merupaka perkara sunat sahaja. Maka mandi wajib tetap sah.

Perkara Batal Puasa

Soalan

Adakah sah puasa jika ketika mandi wajib selepas subuh dgn memasukkan air dalam telinga, mengorek pusat,serta membersih kemaluan sehingga masuk air dalam rongga lubang tersebut...

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Waktu puasa itu ialah dari waktu imsak sehinggalah berkumandangnya azan maghrib.
Memasukkan air ke dalam  rongga yang  terbuka seperti mulut , hidung, telinga, lubang qubul dan dubur adalah membatalkan puasa. Ketika mandi wajib, air sepatutnya akan melalui ke seluruh anggota badan bukan memasukkan air ke dalam setiap rongga.
Jika ia masuk tanpa disedari maka puasa tidak batal.
Mengorek pusat tidak membatalkan puasa kerana ia rongga yang tertutup

Tuesday, May 29, 2012

Puasa Ganti Bulan Ramadhan Dan Solat


Soalan

Assalamualaikum.terdapat beberapa persoalan yang saya ajukan. 1. adakah sah solat itu jika anak rambut keluar sehingga habis solat tanpa sengaja?dan jika solat hanya memakai tudung tetapi tidak menutupi dada.2.adakah sah puasa bulan ramadhan jika seseorang itu tidak mandi wajib sepanjang hari tetapi ada berniat puasa? 3. ketika siang dan puasa ramadhan dan tidak pasti samaada air mani atau air mazi ,keputihan yang keluar,kemudian tidak mandi wajib.adakah sah puasa itu?perlukah saya menqadanya.tk

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Syarat sah solat ialah menutup aurat, ia merupakan syarat sah solat yang ketiga. Apabila selesai solat dan didapati masih ada helaian rambut maka solat itu hendaklah dikerjakan semula.
Maksud menutup aurat ialah menutup keseluruhan anggota badan kecuali muka dan tapak tangan. Sah solat sekiranya tudung yang dipakai itu masih menutup aurat kerana syarat-syarat sah solat ialah menutup aurat. Sekiranya baju yang dipakai itu tidak mendedahkan anggota badan maka solat itu tetap sah kerana telah cukup syarat sah.
Puasa itu wajib bagi yang berkemampuan dan bersih dari segala hadas besar. Bermakna, tidak sah seseorang sekiranya ia berpuasa namun masih belum membersihkan diri. Niat tidak dikira sah puasa.
Air mani yang keluar selalunya disebabkan adanya rangsangan dan ia akan disusuli dengan rasa penat atau letih.
Berbeza dengan air mazi, ia berbentuk sedikit pekat. Ia hanyalah najis dan hendaklah dibersihkan.
Al-Istimna' ialah mengeluarkan air mani dengan melakukan percumbuan dan sebagainya ataupun dengan menggunakan tangan. Sekiranya orang yang berpuasa sengaja melakukan maka batal puasanya. tetapi sekiranya ia berlaku diluar kawalannya, maka puasanya tidak batal. Ia adalah makruh yang hampir kepada haram.
Wallahua'lam

Sah Kah Puasa Sesorg?......

Soalan

Almlkum Ustaz sya berpuasa sunat Bln Rejab ada kh sah puasa sya dgn melafaz niat sahaja aku berpuasa sunat di bln Rejab d hari isnin kerana ALLAH ta'ala? Dan apa kh yg d maksud kn puasa putih( ia itu d kerja kn dlm 13,14 & 15 pada tiap2 bln ada kh kaum perempuan blh jgk mengerjakn nya? Wslm. Tksh.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Sesuatu amalan itu dikira sah apabila disertakan dengan niat.Tempat niat ini sebenarnya  di dalam hati .Jika kita berniat dengan  menggunakan apa bahasa sekalipun Allah tetap memahami dan menerimanya.
Tetapi kadang-kadang kita terkeliru antara niat dengan lafaz,sedangkan lafaz itu adalah lantunan suara yang kita lontarkan/keluarkan daripada mulut manakala niat ialah gerakan hati yang menyertai ketika terjemahan lafaz niat dilaksanakan.
Berbalik kepada lafaz niat yang diucapkan, semasa berpuasa di bulan rejab ini memang ia boleh diterima.Walau bagaimanapun yang lebih utama kena gunakan bahasa arab (jika sukar tidak menjadi kesalahan boleh gunakan apa jua bahasa).
Puasa putih itu ialah mengambil sempena fasa bulan mengambang  berdasarkan bulan Qamariyah.Ia terkhusus pada 13,14 dan 15 bulan Qomariyah.Justeru ulamak  fekah telah menggalakkan umat Islam supaya berpuasa.Jika kita berpuasa pada hari  tersebut  kita akan dapat pahala sunat.Puasa hari putih ini bukannya khusus untuk lelaki sahaja bahkan ia juga dituntutt kepada kaum wanita.Wallahu a'lam

Hukum Mandi Berbogel D Tempat Tertutup Semasa Berpuasa Ganti..

Soalan

assalamualaikum ustaz..saya sekarang berpuasa ganti..tapi saya keliru apakah hukum puasa saya apabila saya mandi berbogel di tempat tertutup?..apakah puasa saya masih sah ataupun makruh?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Syarat sah sesuatu puasa seseorang Islam  itu ialah ia berniat berpuasa dan  menahan diri daripada perkara-perkara  yang membatalkan puasa bermula sejak fajar menyinsing sehingga tenggelamnya  matahari.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan berkaitan dengan mandi dalam keadaan bogel di tempat yang tertutup? adakah puasa masih sah atau sebaliknya? Puasa anda tetap sah tetapi kurang pahala disebabkan anda ketika mandi  tidak menutup aurat.
Untuk pengetahuan anda ,ulamak dan para sarjana fekah telah membahaskan tentang hukum mandi dalam keadaan bogel ini ,mereka merumuskan hukumnya adalah  makruh.Ini kerana baginda saw  tidak pernah melakukan perbuatan sedemikian.Perkara ini berdasarkan bahawa dua malaikat yang tidak pernah berenggang dengan manusia dalam tempoh 24 jam  iaitu  Rakib dan atid .Dua malaikat inilah yang menjadi juru catat segala amalan dan perbuatan manusia tanpa tertinggal/tercicir.
Oleh kerana peranan dan amanah malaikat itulah menyebabkan baginda SAW  terdidik dengan akhlak  dan pekerti yang baik termasuk   ketika hendak buang aiar dan mandi kebiasaannya baginda akan memakai kain basahan.Berdasarkan  keadaan ini sesuailah sifat para rasul dan nabi  disebatikan  dengan  sifat maksum(terpelihara).
Justeru panel nasihatkan agar anda contohilah perbuatan baginda SAW dengan mencari kain basahan ketika hendak mandi,Ini kerana di samping menutup aurat anda dapat menokok nilai  tambah pahala puasa  yang terkurang semasa melaksanakan  puasa .Wallahu a'lam.

Hukum Bermain Muzik Gitar

Soalan

Salam saya ingin bertanya, apakah hukum bermain muzik gitar seperti di forum-forum yg banyak dilakukan sekarang..ada yg mengatakan bahawa alat bertali itu haram..dan ada sesetengah menghalalkan..jika kita menghalalkannya adakah boleh jatuh kufur..

Jawapan

Wa'alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Sebenarnya mengenai hukum bermain alat muzik yang bertali atau bertip seperti gitar dan lainnya tidak ada sebarang nas atau dalil yang jelas menyebut mengenai hukum memainkannya. Dan atas sebab itulah para ulama’ berbeza pendapat mengenainya (hukum main gitar).
Ada di antara mereka yang mengharamkannya sama sekali samada menyebabkan lalai ataupun tidak. Dan ada sebahagian yang lain pula yang mengharuskannya dengan syarat tidak memberi sebarang kemudaratan.
Selain itu, ada juga yang mengharuskan bermain alat muzik ini dengan syarat yang lebih terperinci:
1. Untuk sekadar hiburan sendiri sahaja.

2. Tidak bercampur dengan perkara-perkara yang diharamkan seperti penagihan dadah, percampuran di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram atau seumpamanya.

3. Tidak dijadikan sebagai sumber pendapatan.

4. Tidak menjadi lalai daripada melaksanakan segala kewajipan dan tidak menyebabkan orang lain jadi lalai.

Ringkasnya, jika anda ingin bermain alat muzik tersebut, maka pendapat terakhir ini adalah elok untuk anda ambil. Namun begitu, janganlah kerana terlalu asyik memainkannya sehingga menyebabkan anda lalai dan leka dengan hiburan tersebut sehingga terlupa segala kewajipan agama ataupun kewajipan-kewajipan yang lain. Malahan sudah tidak sempat untuk hadirkan diri ke surau dan masjid untuk menghadiri kuliah agama ataupun untuk bersolat jemaah.

Pesanan dari Panel, hiburan memang diharuskan di dalam Islam, tetapi ia  hanyalah untuk menghilangkan rasa jemu atau bosan dan bukannya dijadikan sebagai perkara yang penting dalam kehidupan seharian.

Oleh yang demikian, jika hanya berhibur tapi tak pernah hadir ke masjid dan surau untuk solat berjemaah dan menghadiri kuliah untuk belajar agama, maka inilah hiburan yang diharamkan oleh Islam. Wallahu ‘alam.

Peminum Dan Belum Bertaubat

Soalan

assalamualaikum. apa hukum orang yang minum arak dahulu,tapi sekarang dah insaf .belum sembahyang taubat tetapi hanya meningati tuhan dan berselawat selalu.? apa harus orang ini lakukan

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Hukum minum arah ialah haram dan tergolong dalam dosa-dosa  besar. Seorang hamba yang ingin beramal ibadah maka wajib baginya untuk bertaubat dengan taubat nasuha dan berjanji tidak mahu mengulangi perbuatan tersebut.
Membersihkan diri dari sebarang dosa adalah perlu agar segala pintu Rahmat terbuka luas buatnya dan amal ibadahnya ditermai Allah swt.

Cara Bersuci, Taharah Dan Syarat Sahnya

Soalan

Adakah hukum bersuci mesti ada lafaz niat @ niat dlm hati dah cukup @ bila cukup syaratnya( basuh sampai bersih guna air mutlaq hingga hilang bau rasa dan warna) dah kira sah bersuci.
Adakah masukkan pakaian terkena najis dlm washing machine hingga selesai basuhan yang diyakini bersih (hilang warna,rasa, bau) adakah ini dah cukup syarat sbg bersuci...perlu x berniat??

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Setiap perkara jika diiringi niat maka pahala ganjarannya.
Niat juga akan menjadi wajib atau rukun kepada ibadah seperti puasa, solat, zakat, haji, mandi hadas, wudhuk,
Tidak menjadi kesalahan jika berniat ketika membersihka kawasan yang terkena najis atau sebarang pakaian. Sekiranya tidak berniat,kawasan yang terkena najis dibersihkan ia tetap dikira bersih kerana sudah hilang bau, rasa dan warna.
Pakaian yang terkena najis hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dengan air mutlak kemudian baru dimasukkan ke dalam mesin basuh. Ini kerana jumlah air yang masuk ke dalam mesin basuh itu tidak menyucikan sebarang najis. Malah dibimbangi najis tersebut akan terkena dan merebak ke pakaian lain.

Bacaan Doa Qunut Dalam Solat Subuh

Soalan

assalamualaikum,bacaan doa qunut di dalam solat subuh,dimulakan dengan bacaan bismillah ataupun tidak

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
tidak perlu membaca Bismillah ketika bacaan doa qunut

Rumahtangga Soal Hubungan

Soalan

salam

bolehkah suami melakukan onani semasa isteri dalam pantang melahirkan anak?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Hukum onani adalah haram.Walaubagaimanapun jika dilakukan oleh isteri maka ia diharuskan

Solat Tanpa Memakai Kain Telekung

Soalan

saya ingin bertanya, apakah sah solat saya jika hanya memakai sarung telekung tanpa memakai tudung telekung?..ini kerana saya ada ternampak ustazah solat hanya bersarung telekung tanpa bertudung telekung dan masih memperlihatkan tapak tangan..

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Antara syarat-syarat sah solat ialah menutup aurat. Ini bermakna, walau dalam berpakaian apa sekalipun, asalkan memenuhi syarat menutup aurat (kecuali muka dan tangan) maka solat itu adalah sah.

Air Anggota Wuduk

Soalan

Assalamualaikum

Ustaz merujuk kepada soalan qn3xy

Jika darah beku keras akibat luka terdapat pada anggota wuduk/mandi wajib, perlukah dikupil terlebih dahulu? Adakah ia menghalang air sampai?

Syukran.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Kesan darah beku yang terdapat pada anggota tubuh tidak perlu dikupil kerana ia tidak menghalang air wudhuk

Musykil Dalam Solat

Soalan

bila solat hendak luruskan saf mengikut jari kaki atau tumit?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Apabila imam mengarahkan para makmum supaya luruskan saf,maka ketika itu kita hendaklah meluruskan saf supaya ia lebih kelihatan kemas,tersusun,bersistem dan indah dipandang mata.
Perintah supaya luruskan saf ini memang ajaran Islam sebab ia terkandung dalam hadis baginda SAW.Ini kerana luruskan saf adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat seperti yang dijelaskan oleh hadis Rasulullah SAW.
Kaedah atau cara yang paling mudah untuk luruskan saf ialah dengan menyamakan tumit para jemaah.Jika ini diikuti Insya'Allah, saf akan kelihatan lurus dan sama.Wallahu a'lam

Adakah Wajib Taat?

Soalan

Saya ialah seorang anak yatim sudah baligh.Emak saya sudak meninggal dunia.Dalam hal ini adakah saya perlu taat pada bapa saya dan jika ya atau tidak tolong jelaskan sebabnya?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Seorang anak  yang sah taraf adalah berkewajipan untuk taat kepada kedua ibubapanya.Dalam sebuah hadis baginda SAW ada menjelaskan tentang status kedua ibubapa yang bermaksud:
''Wahai Rasulullah kepada siapakah sepatutnya aku berbuat baik, lantas dijawab oleh baginda, kepada ibumu,kemudian selepas itu,lalu dijawab oleh baginda lagi kepada ibumu,kemudian selepas itu,terus baginda menjawab kepada ibumu dan kemudian baharulah kepada bapamu".
Berdasarkan hadis ini jelas kita perlu taat dan berbuat kebaikan kepada ibu kita termasuk juga kepada bapa kita selagi mana mereka tidak menyuruh kita  melakukan  kemaksiatan (maksud al-hadis).
Justeru sebagai anak, panel nasihatkan agar anda taat kepada bapa anda selagi mana beliau tidak mendorong @ menyuruh kita untuk melakukan maksiat.
Cuba anda fikirkan dengan akal yang waras, siapalah diri kita  yang sebenarnya?oleh kerana merekalah kita dapat lihat bulan dan matahari dan lahir sebagai insan  sempurna dan mulia di dunia ini.
Panel syorkan agar anda bermuhasabah banyak-banyak ,mudah-mudahan dengan berkat keredaan mereka, kita diluaskan rezki,dipermudahkan akhir hayat seterusnya dimendapat laluan VVIP di akhirat kelak.Wallahu a'alm.

Apakah Pandangan Islam

Soalan

1.Apa hukum apabila terlintas di hati saya tidak mahu berjimak dgn isteri saya lagi.Ini sering berlaku setiap kali kami bertengkar.Saya difahamkan apabila suami menyatakan dia tidak mahu berjumak dgn isterinya,jatuhlah talak.Apakah benar?
2.Apakah lafaz cerai taklik kekal.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
talak akan jatuh sekiranya si suami melafazkan cerai atau tala dengan lafaz yang sarih (jelas) atau lafaz kinayah (kiasan). Jika hanya sekadar niat ia tidak dikira jatuh talak termasuklah niat untuk tidak menggauli isteri.
Lafaz taklik kekal dan tidak boleh ditarik balik. Seperti " jika kamu keluar dari rumah maka tercerailah kita"
Jika si isteri keluar dari rumah tersebut maka tercerailah pasangan tersebut.
Wallahua'lam

Isteri Curang Dan Talak

Soalan

Assalamualaikum,sya ingin btnya soalan. Jka isteri curang, dan minta maaf dan bjanji tdk buat lgi n meminta utk terimanya kmbali.jwpn saya " sya fikirkn dulu samda trus kn atau putus".bolehkah isthikarah utk hal ini kerna tkut die ulangi nya lgi n adkah ini jth talak? . No2, saya memaksanya untuk bercakap benar adakah sdh tlanjur, dan saya ckp "baik awak ckp skarang sblm saya dpt tahu sendiri dan nnti saya tkkn terima awak lgi". Dan dia pun trus trg.adkah jth talak?sdngkn sy tdk bniat utk putus

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah
Talak tidak akan terjatuh selagi saudara tidak melafazkannya.
Saudara boleh mengambil masa untuk melakukan solat hajat dan solat istikharah sebagai memohon petunjuk dari Allah jalan penyelsaian yang terbaik buat keluarga saudara.
Panel menasihatkan agar saudara merujuk ke bahagian khidmat nasihat keluarga di pejabat agama Islam bagi mendapatkan nasihat dan pandangan

Aturcara Program

Soalan

Apakah hukum kalau saya jemput kumpulan k-pop yang seksi2 di majlis perkahwinan?

Jawapan

Assalamualaikum wrt. wbt
Di dalam Islam, perkahwinan adalah suatu tuntutan.  Manakala   mengadakan majlis perkahwinan pula adalah sunat. Ianya merupakan ibadat  dan diberi ganjaran pahala sekiranya dilaksanakan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syariat seperti  tidak ada hiburan yang melalaikan, menutup aurat, tidak ada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan  dan sebagainya.
Merujuk kepada persoalan saudara, hukum mengadakan majlis tersebut adalah haram kerana ia nyata bertentangan dengan syariat Islam. Wallahua'lam

Thursday, May 24, 2012

Wirid Dan Doa Selepas Solat Fardu

Soalan

Assalamualaikum tuan,
Saya ingin tahu wirid dan doa yang sebaiknya kita baca dan amalkan selepas menunaikan solat fardhu. Ini kerana ketika solat berjemaah di masjid, lain imam lain doanya. Mohon diperjelaskan tentang hal ini.
Sekian dan terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Sebenarnya kaedah berwirid satu dunia selepas habis solat itu hampir sama sahaja.Cuma kadang-kadang terdapat juga  imam-imam yang  menokok nambah supaya ia kelihatan panjang.
Di sini panel senaraikan yang paling asas, cuma harapan panel untuk yang lebih terperinci mohon anda cari buku-buku panduan wirid yang banyak terdapat di kedai-kedai buku.
1.Astagfirullahal azim 3 kali
2.Lailaha illallah wahdahula syarikalah lahumulku walahul hamdu yuhyi wayumid wahuwa ala kulli sai iin Qadir 7-10kali
3.Allahumma aajir ni minnar - 3 kali
4. Allahumma antas salam, waminkas salam. wailaika ya udus salam, fakhaiyina  rabbana bis salam, wa adkhil nal jannata bissalam,tabaraktabana wa zal jalali wa ikram
5.Fatihah -1 kali
6.Ayat Kursi
7.Sural al-ikhlas (Qul Huwallahu ahad ) 1 kali
8.Surah Al-Falaq - 1 kali
9.Surah al-Nas 1 Kali
10.Subhanallah -33 kali
11.Alhamdulillah -33 kali
12.Allahu akbar -33
13.Doa.
Panel harap anda mampu amalkan.Untuk lebih baik ,eluk anda cari guru untuk mengajar anda memperbetulkan tajwid dan sebutan huruf-huruf arab.Wallahu a'lam.

Aqidah Teman Sekerja

Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan,
Sy mpunyai seorg teman yg mmpunyai ilmu agama yang agak baik/lebih baik( belajar Tarekat) dari teman2 yg lain. x tggl solat tp minum arak.bila kami tegur minum arak haram disisi islam maka beliau jawab"x semestinya aku minum arak aku masuk neraka.hanya allah yg layak tentukan aku masuk syurga atau neraka"
Soalan sy - Bagaimanakah akidah beliau & cara terbaik menegur beliau?adakah beliau mempersendakan agama islam yg tercinta?

Jawapan


Waalaikumussalam,
Dalam kebanyakan kitab-kitab /buku-buku yang membahaskan tentang akidah,para sarjana dan alim ulamak dalam bidang usuluddin telah merumuskan bahawa akidah seseorang itu akan tergelincir/terpesong  disebabkan oleh 3 perkara, seperti berikut iaitu:
1.Perkataan-Mengatakan solat tidak wajib,hukum hudud adalah undang-undang lapuk termasuk juga yang mengatakan bahawa meminum arak ituadalah  halal.
2.Perbuatan-Meniru perbuatan agama lain dalam kegiatan harian ,contoh sembah matahari,membakar colok lalu membuat sembahan kepada patung @ tokong,mengisyaratkan tanda salib apabila berkunjung ke gereja bagi tujuan lawatan dan seumbamanya.
3.I'tikad-kepercayaan/pegangan keagamaan,kita percaya bahawa ada Tuhan selain daripada Allah,Kita percaya bahawa Allah tidak dapat melihat seseorang apabila kita berada dalam tugu atau rumah yang kukuh dan besar.
Berdasarkan kepada contoh yang panel kemukakan ini sekiranya kawan anda mempertikaikan tentang hukum meminum arak itu tidak boleh mengheret dirinya ke dalam neraka, sebenarnya anggapan beliau salah,Ini kerana akidah beliau telahpun tergelincir berdasarkan huraian panel di awal perbincangan kes ini.Perkara ini disebabkan oleh kerana hukum meminum arak itu memang jelas haram,Ia berdasarkan kepada  hukum Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 90 dan juga hadis baginda yang bermaksud:
"...Sesungguh arak,berjudi, bertenung nasib dan menyembah patung berhala itu adalah najis maka hendaklah kamu jauhi./ hindarkan..
Dan maksud sebuah hadis baginda SAW menyatakan:
...Sesungguhnya arak itu adalah sesuatu yang memabukkan,malah setiap perkara yang memabukkan itu  adalah haram hukumnya...
Rumusan berlandaskan dari  dua sumber ini  mengatakan adalah haram sesiapa  juga yang meminum arak lebih-lebih lagi mereka yang berugama Islam.Justeru panel sarankan agar rakan anda ini cepat-cepat/bersegera  bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.Beliau hendaklah berazam tidak akan mengulangi semula dan seterusnya menyesal di atas perbutan yang telah dilakukan selama ini.
Berbalik kepada soalan bagaimana hendak menegur rakan anda ini.Sebenarnya al-Quran telahpun menyediakan kaedah yang paling sesuai untuk diamalkan iaitu dengan menegur secara hikmah di samping memberi nasihat  sambil melahirkan rasa kasih sayang  yang mendalam sebagai seorang muslim.Panel yakin jika niat kita ikhlas,Insya’Allah akan mempermudahkan usaha kita untuk mendapatkan  natijah yang positif.Walllahu a’lam.

Adakah Perempuan Ada Air Mani?

Soalan

assalamualaikum...saya nak bertanya mengenai hukum puasa saya. saya sedang berpuasa. tetapi dalam waktu saya masih berpuasa, saya ternampak kawan saya meraba punggung orang lain. semasa saya ternampak itu, saya terasa ada sesuatu keluar dari faraj saya. saya tidaklah merasa terlalu ghairah tetapi ada rasa ghairah juga bertambah geli dengan kelakuan beliau. adakah itu air mani? bagaimanakah puasa saya?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Manusia normal yang Allah jadikan memang mempunyai  empat jenis air iaitu air mani.air wadi,air mazi dan air kencing.
Apabila seseorang itu sedang terangsang maka air mazi yang sifatnya jernih dan licin akan keluar melalui zakar ataupun faraj.Kaedah membersihkan memadai  dibasuh  sahaja.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan apakah yang keluar  itu air mani?,sebenarnya yang keluar itu hanyalah air mazi dan jika air tersebut keluar tidak membatalkan puasa anda sebaliknya ia dapat mengurangkan pahala puasa sahaja.
Justeru anda perlu membersihkanya  bagi tujuan untuk memudahkan anda menunaikan ibadat.
Perlu panel tegaskan  bahawa semasa anda  berpuasa elakkan daripada melihat aksi-aksi yang tidak senonoh,atau menonton filem porno termasuk membaca bahan-bahan lucah.Waallahu a'lam.

Pertayaan Apakah Hukum Kenduri Doa Selamat Didalam Silam Wajib? Sunat? Harus?

Soalan

kenduri doa selamat, apa hukum dlm islam?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Pengertian Ugama Islam itu  ialah agama  yang membawa kesejahteraan/keselamatan  di dunia dan akhirat.Justeru apa jua yang kita lakukan untuk membesarkan agama memang sangat-sangat dituntut.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan iaitu  mengadakan kenduri dan doa selamat , hukumnya  adalah sunat.Ini kerana di samping mengadakan kenduri kita juga  dapat menjamu makanan kepada jiran tetangga  dan orang-orang Islam.Perbuatan tersebut memang digalakkan oleh baginda saw.Malah turut dipraktikkan oleh para sahabat dan tabien dari dahulu sehingga sekarang.
Panel syorkan jika anda terdiri dari kalangan orang-orang yang berada eluklah doa selamat dan kenduri kesyukuran ini dibuat sekerap yang munkin.Ini bukannya tujuan untuk bermegah-megah atau riak tetapi untuk melahirkan kesyukuran atas nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada anda.Wallahu a'lam.

Terlepas Solat Zohor Dan Sudah Masuk Waktu Asar

Soalan

1) bagaimana caranya hendak menunaikan solat yang terlepas...contoh jika terlepas waktu zohor dan sudah masuk waktu asar... solat yang manakah yang patut didahulukan dulu ( zohor yang terlepas @ asar dahulu baru zohor)..dan apakah niatnya...

Jawapan

Waalaikussalam,
Menurut sabda Baginda SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:
Solat itu adalah tiang agama,sesiapa yang mendirikan solat seolah-olah dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah dia telah meruntuhkan agama."
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, Ketika masuk waktu asar ini bermakna tiada lagi waktu zohor.Justeru mengikut ulamak dan para sarjana ilmu fekah Islam mengatakan bahawa hendaklah didahulukan empunya waktu solat (iaitu waktu asar) kemudian baharulah didirikan pula  solat zohor yang terlepas waktu secara kada'.
Niat bagi kedua-dua solat tersebut adalah seperti berikut:
1.Niat Solat Asar
Usalli fardal asri arbaa rokaatin adaan lillahi Taala
Maksudnya: Sengaja aku menunaikan solat asar 4 rakaat kerana Allah Taala.
2.Solat Zohor Yang Tertingga/Terlepas
Usalli fardal Zuhri arbaa rokaatin Qodaan Lillahi Taala
Maksudnya: Sengaja aku qoda solat zohor empat rokaat  kerana Allah Taala.
Panel nasihatkan agar anda menjaga waktu solat dengan baik,ini kerana perintah mendirikan solat datangnya daripada perintah Allah SWT.Justeru dirikan solat tepat pada waktunya.Wallahu a'lam.

Mimpi Ingin Mengucup HAJJARATULASWAD....

Soalan

Assalamualaikum ustaz,saya nk tnya pendpat ustaz tntang mimpi ibu saya.Ibu saya bermmpi berdiri di dpn ka"bah dan ibu saya ingin mengucup HAJJARATULASWAD.Dan belum sempat ibu saya mengucup HAJJARATULASWAD ibu saya terjga dri tdur.Jadi saya nk tnya pndapt ustaz tntng mmpi ibu saya samada mainan tdur atau mmpi yg membawa kebaikkan kpd ibu saya...Mohon ustaz beri pndapat.TERIMA KASIH..

Jawapan

 
Waalaikumussalam,
Mimpi itu kadang-kadang merupakan mainan tidur seseorang.Sebenar mimpi itu boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu:
1.Mimpi baik dan
2.Mimpi kurang baik.
Bagi mendapatkan mimpi yang baik ini seseorang itu perlu sewaktu sebelum tidur memastikan dirinya dalam keadaan suci/bersih.Seeluk-eluknya sebelum tidur ia berwuduk,baca al-Quran,zikir ,tasbih dan berselawat.Sepanjang beliau tidur dirinya tidak akan diganggu oleh syaitan.Malah apa yang dimimpikan memang benar-benar berlaku dan menjurus ke arah kebaikan.
Berbanding jika beliau tidur tanpa berwuduk dan tidak membaca sebarang wirid,zikir,tasbih atau ayat-ayat  al-Quran sudah pasti mimpinya  akan diganggu oleh syaitan .Malah kebenaran mimpinya akan diragui dan dipertikaikan.
Berbalik kepada soalan,sebenarnya di depan kaabah syaitan tidak boleh menyerupai manusia dan mengganggu seseorang.Cuma apa yang penting panel inginkan kepastian adakah ibu anda telah tidur dengan berwuduk? Jika dia tidur dalam keadaan wuduk sudahpasti mimpi  tersebut  merupakan suatu petanda baik tambahan ia berlaku di depan kaabah.
Justeru jika ada rezki lebih panel syorkan agar ibu anda  pergi menunaikan umrah.Mudah-mudahan segala kebaikan yang digambarkan melalui mimpi itu akan terus berpanjangan di samping mendapat keberkatan dan rahmah  daripada Allah SWT.Wallahu a'lam.

Pakaian Pemberian Orang Bukan Islam

Soalan

saya ada s'org rakan bukan islam dan dia telah memberi pakaian yg telah dipakai olh mereka.Adakah saya perlu meyamak pakaian -pakaian itu??? saya telah meneliti bahawa semua pakai itu bersih....tetapi wujud perasaan was-was.....ustaz tolong jelaskan.....

Jawapan

Waalaikumussalam,
Dalam kaedah fekah Islam menjelas: Al-Yakin la yuzalu bissaqi
Bermaksud: Keyakinan itu tidak boleh ditewaskan oleh perasaan ragu
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,pemberian pakaian  oleh orang yang bukan berugama Islam kepada orang yang berugama Islam itu hukumnya harus diterima.Sekiranya pakaian itu telah bersih tidak perlu disamak kecuali jika semasa pemberian pakaian tersebut ia masih basah dan terdapat tanda-tanda /kesan-kesan yang mencurigakan umpamanya terkena kuah babi atau tahi anjing maka ketika itu bahrulah anda samak bagi tujuan untuk menyucikannya.
Oleh kerana anda masih berasa was-was,panel nasihatkan  adalah lebih baik  jika  anda samak  pakaian itu untuk menghilangkan keraguan tersebut.Perkara ini adalah berdasarkan kaedah fekah yang panel kemukakan di awal perbincangan ini.Wallahu a'lam.

Selepas Kematian

Soalan

Assalaimulaikum, saya baru kematian ibu, adakah benar rumah tidak boleh di kosong kan selama 40 hari oleh ahli keluarga.

Terimakasih.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Setelah diteliti dengan mendalam setakat ini tidak terdapat sebarang dalil yang kukuh untuk menthabitkan kenyataan anda  yang mengatakan bahawa rumah yang kematian ibu  tidak boleh dibiarkan kosong selama 40 hari.
Cuma apa yang banyak panel temui dalam artikel dan buku-buku berkaitan dengan pengurusan jenazah ialah ruh orang-orang  yang mati akan sentiasa berulang-alik di angkasa kembali ke rumah ahli keluarganya bagi tujuan untuk melihat /meninjau sama ada mereka reda dengan kematian tersebut atau tidak?Andaikata ahli keluarga sudah mampu menerima kenyataan kematian dan mereka reda dengan kematian tersebut maka ruh itu akan terbang ke langit untuk disimpan di luh mahfuz.
Malah menurut pandangan pengamal ilmu rawatan Islam, rumah yang ditinggalkan terlalu lama ia akan mengundang kedatangan makhluk halus termasuk jin,jembalang,polong,pontianak dan sejenis dengan nya untuk menjadikan rumah kosong itu sebagai tempat baru bagi kediaman mereka.
Justeru bagi memulihkan keadaan itu  perlulah ahli keluarga meninggalkan rumah kosong tersebut dengan membaca ayat-ayat  suci al-Quran terutama ayat kursi sama ada ketika mengunci dan membukanya kembali.Wallahu a'lam.

Tuesday, May 22, 2012

HUKUM MENGANTUNG GAMBAR ( GAMBAR AHLI KELUARGA, KAWAN KAWAN, PEMANDANGAN Dll )DI RUMAH

Soalan

Assalamualaikum Ustaz

Mohon penjelasan tentang hukum tentang mengantung gambar di dinding rumah. Dapat tahu dari kawan kawan yang perbuatan mengantung gambar di dinding rumah akan menyebabakan MALAIKAT TIDAK AKAN MASUK RUMAH .

Minta ustaz tolong jelaskan

Sekian terima kasih

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Kitab halal haram karangan yusuf Qardhawi ada menyatakan bahawa:
Gambar yang diambil dengan gambar / lukisan yang bukan berbentuk jisim adalah diharuskan.
Patung yang diukir dengan tangan adalah haram kerana berbentuk jisim.

Berhadas Besar/mandi Wajib

Soalan

ASSALAMUALAIKUM....saya nak tanya!!! apakah contoh berhadas besar???ustaz...terima kasih kerana ustaz telah jawab soalan saya....

Jawapan

Waalaikumussalam,
Sekiranya jika diteliti dalam kebanyakan kitab fiqh muktabar terlalu banyak contoh berhadas besar. Antaranya yang dapat panel senaraikan adalah seperti berikut:
1.Bersetubuh dengan pasangan yang sah
2.Mengeluarkan air mani dengan sengaja
3.Mandi wajib Selepas wiladah/bersalin/beranak
4.Mandi wajib Setelah kering darah haid/nifas
5.Mimpi bersetubuh sehingga mengeluarkan air mani
6.Memasukkan kemaluan ke dalam dubur,faraj walaupun tidak keluar mani tetapi kena juga mandi wajib..
7.Mandi wajib setelah masuk Islam
Panel yakin jika terdapat salah satu yang pernah anda alami,panel sarankan agar anda bersehera mandi wajib.Ini bertujuan bagi membolehkan anda menunaikan ibadah kepada Allah seperti solat fardu/sunat,baca al-Quran,zikir dan seumpamanya.Wallahu a'lam

Persandingan Serentak Antara Adik Beradik

Soalan

salam...boleh kah mengadakan majlis persandingan serentak antara adik (perempuan) dengan abg kandungnye bersama pasangan masing???benarkah ada pendapat mengatakan salah satu pasangan tersebut akan ditimpa masalah rumah tangga???

Jawapan

Waalaikumussalam,
Ugama  Islam sentiasa menggalakkan  umatnya supaya mengamalkan sikap  sederhana dan jimat cermat.Justeru secara tidak langsung ia melarang sama sekali  umatnya daripada mengamalkan perbuatan pembaziran kerana sifat pembaziran itu adalah amalan syaitan.Hal ini tidak terkecuali ketika mengadakan walimah/kenduri kahwin.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan bahawa tidak terdapat dalam mana-mana kitab hadith ataupun bab-bab yang membicarakan tentang perkahwinan yang melarang adik-beradik kandung daripada mengadakan majlis secara serentak termasuk bersanding.Mereka beranggapan jika diadakan serentak maka salah seorang  daripada pengantin tersebut akan ditimpa musibah.
Sebenarnya keadaan ini berlaku kerana mereka percaya dengan petua  yang diberikan  daripada orang tua-tua.Sedangkan petua tersebut bukannya suatu hukum yang pasti yang diambil sumbernya  daripada hadis dan  dan ayat-ayat al-Quran.Oleh hal yang sedemikian   dalam persoalan bersanding ini tidak terdapat sebarang nas dan ayat-ayat al-Quran yang melarang atau menegah  umat islam daripada melaksanakannya.
Perlu panel ingatkan berdasarkan hadis baginda saw yang bermaksud:
"Aku tinggalkan kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang betul-betul kepadannya kamu tidak akan sesat selama-lama iaitu kitab(al-Quran ) dan hadis baginda saw."
Justeru panel syorkan agar anda rujuklah kedua-duanya kerana ia merupakan sumber perlembagaan dan hukum Islam yang hakiki.Wallahu a'lam.

Kemusykilan Umrah

Soalan

Assalamualaikum. Saya ada beberapa soalan dan berharap dapat di jawab pihak Tuan.
1. Bolehkah kalau kita tawaf tapi tak pakai ihram jika tawaf itu bukan niat buat umrah dan sekadar tawaf.
2. Larangan ihram adakah sepanjang berada di mekah atau larangan tersebut tamat selepas habis bercukur?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Jika tawaf tersebut adalah tawaf sunat seperti tawaf qudum dan tawaf wida’, ia boleh dilakukan dengan memakai baju biasa sahaja (tanpa perlu memakai ihram).

2.         Larangan di dalam ihram hanya kepada mereka yang sedang berihram (haji atau umrah). Apabila mereka telah bertahalul (bercukur), maka segala perkara yang dilarang semasa berihram telah tamat.
Wallahu 'alam.

Dugaan & Hukuman Besar

Soalan

Assalamualaikum wbt,ustaz. Sy ada dugaan besar dlm diri saya. Pertama, barang 1 komponen robot dalam set itu merupakan hak milik sklh hilang dlm bilik asrama sy... lps itu hilang pula kamera sy.... Nasib baik masa itu sibuk ulangkaji utk ujian lusa. kalau tidak tak tahulah apa jdi. sy rasa tkut sampai x boleh tidur kerana tkut kalau nkmt peluang ditarik balik.Apa sy perlu lakukan untuk jmpa brng hlang & adakah ini brpnca dugaan yg Allah nak beri sblm dpt kejayaan besar atau hkuman dri Allah?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Setiap dugaan atau ujian yang diberi Allah swt itu ada hikmah disebaliknya.Dan hikmah itu tiada siapa yang dapat mengetahuinya. Barang yang hilang itu adakalanya ia bukan rezeki kita dan bukan milik kita. yang termampu untuk dilakukan ialah memelihara dengan baik dan berdoa agar sentiasa dipelihara Allah swt.

Sambungan Perniagaan Berasaskan Komputer Game

Soalan

asslmualaikum...sya mmpunyai stu software azan...
bila msuk wktunya..scra automatiknya dia akn azan dgn sndrinya...
adkah dgn cra ini sya x prlu mnegur plnggan sya yg islm utk solat??
dn bgaimana cara lain utk mngelak mreka drp lalai?cc sya kdg2 dikunjungi olh plnggan bkn islam...
dn adkah duit2 yg sblm nh sya x thu halal ke hrm blh dignakan??

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Alah swt
Panel memuji niat dan usaha murni saudara dalam mewujudkan suasana sedemikian. Mendengar azan itu satu peringatan dan pahala. Walaubagaimanapun adalah lebih baik dan jika  tidak mendatangkan masalah ketika azan berkumandang ajaklah anak-anak atau pelanggan untuk menunaikan solat atau dicadangakan semua moniter berada dalam keadaan "pause". selama 5-10 minit. Itu adalah usaha saudara untuk mendapatkan rezeki yang diberkati Allah swt.
Waktu zohor adalah waktu rehat, yang tinggal hanyalah waktu asar maka tidak menjadi kesalahan besar dan beban kepada pelanggan untuk mematuhi peraturan yang anda laksanakan.
Bagi yang bukan Islam mereka tidak terikat dengan perkara ini. Selepasa waktu azan dilaungkan, anda boleh menyediaka software yang akan terpampang di moniter beberapa hadis Nabi Muhammad yang memberi peringatan dan unsur-unsur nasihat kepada pelanggan.
InsyaAllah dengan usaha murni ini, perniagaan saudara akan mendapat berkat dan dipermudahkan.
wallahua'lam

Solat Berjemaah Dikalangan Wanita

Soalan

slm ustaz??

klu ada 2 pompuan nak solat berjemaah imam dan makmum sedang kan ada lelaki yyg lain yg layak jd imam sah solat depa kah??

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara/ri yang dirahmati Allah swt
Solat tetap dikira sah, sekiranya cukup syarat dan rukun solat.

Puasa Tanpa Minta Izin Suami

Soalan

Assalamualaikum..suami tidak pernah memberi nafkah zahir lebih dari 4 bulan kerana tidak bekerja dan nafkah batin hampir 2 thn wpun masih sebumbung wpun diminta.alasanny penat wpun tidak bkerja.soalan sy, jika sy ingin melakukan puasa sunat perlukah sy minta keizinan suami?jika sy melakukan juga,adakah puasa sy diterima Allah?
Bagaimana pula jika suami tidak tinggal sebumbung, perlu pinta keizinan juga untuk berpuasa samada puasa ganti or sunat.Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Puasa wajib seperti puasa ganti, puasa nazar tidak perlu meminta keizinan dari suami kerana ia bersangkutan dengan perkara wajib yang menjadi perintah Allah swt.
Puasa sunat adalah perkara yang dituntut untuk dilakukan. Walau dalam keadaan apa sekalipun jika tinggal sebumbung adalah menjadi kewajipan kepada si isteri untuk memaklumkan atau meminta keizinan dari suami untuk melakukan puasa sunat. Ini kerana mentaati perintah suami adalah  wajib dari berpuasa sunat.
Sekiranya suami telah melakukan atau membaca  lafaz taklik kepada isteri sejurus selepas akad nikah dahulu,  berkenaan tidak memberi nafkah batin lebih dari 3 bulan maka puan boleh terus merujuk kes ini dengan segera ke mahkamah syariah yang berhampiran untuk maklumat yang lebih lanjut.
Wallahua'lam

Air Mani Atau Mazi

Soalan

assalamualaikum,saya pernah menontoncerita melayu dan beberapa cerita korea tp tidak lucah.tiba-tiba saya rasa macam ade cecair yang keluar.nak kata teransang sangat- sangat tak lah.then,saya pun solat macam biase tanpa perasaan ragu-ragu tapi basuh dulu cecair tersebut sampai bersih sblum solat.lepas sebulan saya pun ade terbaca buku fiqh wanita yang mengatakan air mazi boleh brtukar jdi air mani jikalau terangsang.apa pndpt ustaz/ustazah berkenaan msalah ini dan perlukah saya qada semula solat

Jawapan

Waalaikumussalam,
Berdasarkan kepada pandangan ulamak fekah melalui alat sulit lelaki terdapat 4 jenis air iaitu:
1.Air Kencing
2.Air Mani
3.Air Mazi
4.Air Wadi
Seseorang manusia remaja dan dewasa yang normal akan  teransang ketika mana ia sedang  membaca buku @ melihat gambar  lucah @ aksi atau sesebuah  filem porna maka ketika itu alat sulitnya akan mengeluarkan cecair berbentuk  air yang dikenali sebagai  air mazi (warnanya jernih dan licin).Bila keaadaan ini berlaku cara yang paling sesuai untuk menyucikannya ialah dengan membasuhnya dengan menggunakan air mutlak.Kemudian berwuduklah  seterusnya melaksanakan ibadah kepada Allah SWT.
Perlu panel tegaskan  bahawa air mani akan terkeluar daripada alat kelamin seseorang apabila anda  benar-benar rasa terangsang dan mencapai klimik.Mani tersebut akan  keluar dalam keadaan terpancut dengan rasa lazat yang tidak dapat diterjemahkan dengan perkataan dan sifatnya seumpama gel/bergetah.
Cara membersihkan ialah dengan mengangkat hadas besar/mandi wajib.Jika ia betul-betul keluar maka hendaklah anda dengan segera mandi wajib,jika tidak segala amalan dan  ibadat anda  tidak akan diterima kerana diri anda masih dalam keadaan hadas besar. Berdasarkan soalan yang anda kemukakan anda tidak perlu kada'  semula solat yang telah anda lakukan.Wallahu a'lam.

Saturday, May 19, 2012

Beriman Kepada Allah

Soalan

Assalammualaikum....seandainya seseorang ni pernah melakukan zina dan berterusan melakukan zina...tetapi dia msih menunaikan solat 5 waktu...adakah solat dan sgala ibadanya itu sah?mohon jelaskan bgaimana keadaan iman seseorang itu?adakah dia dari golongan yang hipokrit ataupun jahil?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Sesungguhnya solat itu menghindarkan kita dari melakukan sebarang maksiat atar perkara mungkar yang dibenci oleh Allah swt.
Jika solat itu dilaksanakan dengan keadaan yang sempurna penuh keikhlasan kepada Allah nescaya pintu hatinya terbuka dan memahami mana yang baik dan mana yang buruk.
Sah solat seseorang sekiranya ia dilaksanakan dengan cukup rukun dan syarat sah solat. Namun hal berkaitan solatnya diterima Allah atau tidak itu adalah hak Allah swt.
Iman setiap hamba Allah bertambah dan berkurang, sebagai hambaNya kita perlu sentiasa bertaubat dan memohon petunjuk agar hati sentiasa terpaut untuk membuat setiap kebaikan di dunia sebagai bekalan untuk ke akhirat. Soal hipokrit tidak timbul, kerana Allah Maha berkuasa dan mengetahui setiap apa yang terlintas di dalam hati setiap hambanya.
wallahua'lam

Aurat Anak Angkat Lelaki

Soalan

As salam. Suami mempunyai seorang anak angkat lelaki (yang merupakan anak luar nikah yang tiada hubungan kekeluargaan lansung) semasa beliau bersama dengan bekas isterinya dulu kerana ketiadaan anak dan kini anak tersebut berumur 9 tahun. Setelah saya berkahwin dengannya, saya kini mengandung dan akan melahirkan anak pada hujung tahun ini. Bagaimanakah batas aurat di antara saya, anak saya dan anak angkat? Bila anak angkat ini telah dewasa nanti macamana? Harap dapat dibantu. Terima kasih.

Jawapan

Dalam persoalan ini, aurat anda dan anak anda (jika perempuan) dengan anak angkat suami anda adalah sebagaimana aurat anda di hadapan lelaki yang bukan mahram. Ringkasnya, perlu tutup seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Wallahu 'alam.

Seseorang Yanng Telah Murtad

Soalan

Assalamualaikum. Macam mana kita nak tahu seseorang tu murtad?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara/ri yang dirahmati Allah
Seandainya seseorang Muslim mengingkari atau menyeleweng dari ajaran al-Quran dan Sunnah, akan menyebabkan imannya rosak atau binasa.
Antara tanda yang boleh dilihat seseorang itu terkeluar dari agama ialah dengan terang ia mengaku bahawa dia tidak lagi berpegang dengan ajaran Islam,  atau menyembah selain dari Allah swt, melaksanakan gaya hidup yang tidak berlandaskan syariat Islam yang sebenar seperti tidak mengerjakan amalan wajib atau amal ibadah seperti yang dituntut. Dalam masa yang sama mengeji dan tidak menghormati ajaran Islam.
Panel turut menyarakan kepada saudara untuk mendapatkan sebuah buku bertajuk " 40 perkara yang membatalkan iman menurut al-quran dan sunnah"  Diharapkan buku ini sedikit sebanyak dapat membantu saudara untuk mendapatkan informasi yang lebih lengkap berkaitan isu terbatalnya iman.

Pertanyaan Tentang Mahram

Soalan

Assalamualaikum,
Saya ada soalan berkaitan mahram yang saya keliru. Boleh saya tahu pakcik saudara suami (adik-beradik ayah mentua yang lelaki dan adik-beradik mak mentua yang lelaki mahram dengan kita @ haram untuk salam ye). Manakala macam mana pula sebelah ibu bapa saya pakcik saudara (suami kepada makcik saya - adik perempuan ayah dan suami kepada makcik saya - adik perempuan mak mahram atau tidak)
Dan semua anak lelaki kepada adik-beradik ayah saya dan ibu saya mahram atau tidak...tq.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan mahram ini, bagi anda yang bertanya (perempuan), berikut adalah ringkasan yang boleh anda jadikan panduan:
1.         Adik-beradik lelaki kepada bapa mentua anda dan juga adik-beradik lelaki kepada ibu mentua anda tidak mempunyai hubungan mahram dengan anda.

2.         Suami kepada makcik (adik-beradik perempuan ayah dan emak anda) juga bukan mahram anda.

3.         Anak lelaki kepada pakcik dan makcik anda (adik-beradik emak dan ayah anda - sepupu) juga tidak mempunyai hubungan muhrim dengan anda.

Ringkasnya, bersalaman (tanpa lapik) dengan mereka semua (di atas) akan menyebabkan wudhu’ anda terbatal. Wallahu 'alam.

Perkahwinan Melalui Maya

Soalan

Assalamualaikum w.b.t...di sini saya ingin bertanya tentang bagaimana perkahwinan yang di lakukan melalui maya(kamera video),apakah hukumnya beserta dalil?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum pernikahan melalui maya adalah diakui sah di dalam Islam.
Dalilnya adalah berasaskan kepada keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh majlis muzakarah jawatankuasa fatwa kebangsaan. Berikut adalah keputusan fatwa tersebut:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-97 yang bersidang pada 15-17 Disember 2011 telah membincangkan
mengenai Hukum Akad Nikah Menerusi Sidang Video (Video Conference). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa para fuqaha’ bersepakat mensyaratkan bahawa bagi memastikan
sesuatu akad nikah itu sah, ia hendaklah dilakukan dalam satu majlis (ittihad al-majlis) supaya semuanya terlibat secara langsung semasa pelaksanaan ijab
dan qabul.

Sehubungan itu, memandangkan akad nikah menerusi sidang video telah memenuhi syarat Ittihad al-Majlis kerana ia dikelaskan sebagai Ittihad al-Majazi, Muzakarah
bersetuju memutuskan bahawa adalah harus melakukan akad nikah menerusi sidang video dengan syarat-syarat seperti yang berikut :
1. Hendaklah majlis ini berlangsung ditahap al-yakin bukan al-zhan.
2. Tidak ada unsur penipuan (al-gharar) dan keraguan.
3. Cukup semua rukun dan syarat-syarat sah nikah menurut hukum syarak.
4. Digalakkan wali sendiri yang mengakad-nikahkan pasangan.
5. Terdapat halangan untuk melakukan akad nikah di tempat yang ditentukan kerana berjauhan seperti berada di luar negara dan sukar bagi kedua-dua belah
pihak berada dalam satu majlis yang sama disebabkan sakit, banjir dan sebagainya.
6. Tertakluk kepada semua peraturan dan undang-undang (seperti Enakmen Keluarga Islam Negeri-negeri) yang sedang berkuatkuasa.
Wallahu 'alam.

Bernikah Dalam Keadaan Mengandung.

Soalan

Assalamualaikum, ADAKAH SAH PERNIKAHAH , JIKA BERNIKAH DALAM KEADAAN MENGANDUNG LUAR NIKAH YANG TELAH PUN BERUSIA 5BULAN, ADAKAH HUBUNGAN KAMI SUAMI ISTERI SELAMA INI DIKATAKAN MAKSIAT?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
1. wanita yang mengandung diceraikan oleh suaminya atau kematian suaminya maka dia dilarang untuk berkhawin kerana ada tempoh iddah.
2. Bagi wanita yang mengandung bukan dari hasil perkahwinan yang sah berdasarkan hukum syarak, boleh bernikah.
Zina merupakan dosa besar dan wajiblah keatasnya taubat dengan taubat nasuha. Kembali ke jalan yang benar dan di redhai Allah dan berusahalah membina kerluarga bahagia.
Perbanyakkan amal ibadah dan sentiasa berdoa agar dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah  pintu taubat itu sentiasa terbuka dan yakinlah bahawa Allah itu maha pengampun.

Aurat Antara Wanita Dan Ipar (lelaki) Yang Tggl Serumah

Soalan

salam...sblum ini sy seorang yg free hair dan stelah itu sy bru mula mahu blajar utk mnutup aurat dgn smpurna dan dgn itu sya sudah mula memakai hijab.antara aurat sya dgn abg ipar sya..sbelum sy berhijab,abg ipar sya tinggal serumah dgn kami sekeluarga.abg ipar sy tggl di sini sblum sy berhijab dan telah berhijab.ini sudah mnjadi kbiasaan kpd sy tdk b'jilbab sms brada didlm rumah ktika adanya dia.adakah bdosa besar sy tdk mnitik berat tntg aurat slpas sy berhijab?

Jawapan

Wassalam, hukum menutup aurat adalah diwajibkan ke atas setiap mukalaf (aqil baligh dan berakal) apabila bersama dengan orang yang bukan mahram.
Oleh sebab hubungan anda dengan abang ipar adalah hubungan yang bukan mahram, ini bermakna anda wajib memakai tudung/hijab ketika bersama  dengannya.
Oleh yang demikian, anda perlu mengubah kebiasaan    dengan memakai tudung apabila dia ada bersama di dalam rumah. Jika tidak, ia bermakna anda telah mendedahkan aurat anda kepadanya dan sudah pastilah anda akan menerima dosa atas perbuatan tersebut.
Semoga anda terus istiqamah dengan perubahan yang anda alami dan terus berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke masa. Wallahu 'alam.

Samak Dan Sembahyang

Soalan

assalamualaikum. saya nak tanya, bulan lepas saya ada pegang seekor anak anjing. dan anak anjing tersebut ada menjilat kaki dan leher saya. selepas daripada itu saya tidak samak sehingga sekarang. adakah sehingga waktu sekarang najis itu wujud lagi? dan sembahyang saya yang saya kerjakan sekarang adakah sah?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam isu najis mughallazah ini, menurut pendapat daripada Mazhab Syafi'i ia hanya akan menjadi suci apabila dilakukan sertu padanya. Jika sertu tidak dilakukan, tempat tersebut adalah masih dihukumkan najis lagi.
Walau bagaimanapun, menurut pandangan daripada tiga mazhab yang lain (Maliki, Hanafi dan Hanbali) tempat yang dijilat oleh anak anjing tersebut sudah menjadi suci apabila dibasuh dengan menggunakan air mutlaq biasa sahaja (tidak perlu guna air tanah).
Akan tetapi, jika anda merasa ragu-ragu dan was was mengenai status kesucian leher, pipi dan tangan anda yang pernah memegang anjing pada bulan lepas dan sehingga ke hari ini masih belum dilakukan sertu lagi, eloklah anda lakukannya dengan mengambil sedikit tanah untuk membuat air tanah dan sapukannya pada bahagian tubuh yang telah terkena jilatan tersebut, kemudian bilas kawasan tersebut dengan air paip biasa sebanyak 6 kali basuhan lagi.
Ringkasnya, setelah melakukan proses sertu, tubuh anda yang najis telah menjadi suci kembali.
Mengenai solat yang anda dirikan selama tempoh tersebut, tidak perlu untuk diqadha’ semula. Ia adalah sah. Wallahu 'alam.

Ingin Kepastian

Soalan

adakah wajib suami akikahkan untuk isteri yang masih hidup, semasa kecil kedua ibu dan bapanya tidak mampu utk membuat akikah.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Panel ingin memperbetulkan tentang hukum melaksanakan akikah bagi bayi orang-orang Islam.Hukum membuat akikah itu bukannya wajib TETAPI SUNAT MUAKKAD (YANG SANGAT-SANGAT DITUNTUT)bagi ibu bapa atau penjaga bayi itu yang mempunyai kemampuan dari segi kewangan.
Masa yang dituntut ialah pada hari ke 7 kelahiran anak,jika tidak mampu dibuat pada hari ke 14,jika tidak mampu hendaklah dibuat pada hari ke 21 dan begitulah seterusnya sehinggalah  anak tersebut sampai umur baligh.Selepas daripada itu tuntutan  hukum sunnat tersebut telah gugur  daripada tanggungjawab  kedua ibubapa dan ia berpindah kepada anak itu sendiri.
Soalnya  sekarang jika anak tersebut telah mempunyai kerja dan pendapatan sendiri bolehlah ia melaksanakan akikah untuk  dirinya sendiri .
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan,oleh kerana bapa si isteri tidak mampu untuk membuat akikah untuknya semasa kecil disebabkan ketidakmampuan kedua-dua ibubapa MAKA sekarang tuntutan itu telah berpindah kepada anak itu sendiri dan bukan kepada suami  (walaupun beliau telah berkahwin).
Perlu panel diingatkan bahawa  amalan ini hanya sunat sahaja dan bukannya wajib iaitu buat dapat pahala dan jika ditinggalkan tidak dapat pahala sunat yang telah diperkenalkan oleh baginda saw.Wallahu a'lam.

Pertanyaan Mengenai Talak

Soalan

saya ingin bertanyakan kepada ustaz..adakah jatuh talak jika suami bertanyakan "ko nak bercerai ke"?ketika itu kami sedang bertengkar..harap dapat ustaz menjawab dengan jelas..terima kasih...

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Kata-kata tersebut adalah pertanyaan suami tersebut kepada isterinya untuk bertanyakan sama ada dirinya hendak diceraikan ataupun tidak dan bukannya menceraikan isterinya.
Walau bagaimanapun, untuk kepastian sila rujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk pengesahan mengenainya. Wallahu 'alam.

Mencukur Rambut Anak Tanpa Menimbang

Soalan

saya pernah membotakan anak saya ketika usia 3 bulan, tanpa mengadakan masjlis cukur jambul, adakah rambut tersebut perlu ditimbang dan adakah dikira sama seperti cukur jambul.

Jawapan

Waalaikumussalam,
Menurut hukum fekah sunat mencukur rambut anak pada hari ke 7 kelahirannya.Pada hari tersebut hendaklah  ibubapa yang mampu dari sudut kewangan untuk mengadakan akikah  dan mengadakan kenduri sebagai tanda kesyukuran di atas pemberian rezki (anak) oleh Allah SWT.Malah pada hari itu juga digalakkan untuk memberi nama bayi tersebut.Di samping mencukur rambut kemudian ditimbang seterusnya di nilai dengan harga perak semasa.Kesemuanya ini bertujuan untuk mengikut sunnah yang telah diperkenalkan oleh baginda saw.
Berbalik kepada cukur rambut adalah untuk membuang rambut lama yang tumbuh semasa di alam rahim ibu untuk digantikan dengan rambut yang baru tumbuh hasil daripada cukur rambut  pada hari akikah tersebut.
Antara hikmat yang dapat dirumuskan ekoran daripada cukur rambut bayi tersebut ialah  bagi menjamin agar anak tersebut dapat  membesar dengan sempurna dan seterusnya menjadi manusia yang cerdas dan pintar serta menghindarkan daripada sebarang penyakit yang berpunca di atas kepala.
Untuk pengetahuan anda,  panel tegaskan bahawa cukur rambut  adalah saranan nabi Muhammad SAW iaitu apabila dibuat dapat pahala sunat.Manakala  potong jambul adalah perbuatan yang diperkenalkan oleh masyarakat melayu, di mana masyarakat melayu akan cuba gunting sedikit  rambut bayi tanpa membotakkan rambut, iaitu mereka masih mengekalkan rambut lama sehinggalah ke akhir hayat.
Justeru panel syorkan agar kita ikut betul-betul amalan sunnah yang telah ditinggalkan oleh nabi bagi meraih ganjaran pahala sunnat seperti yang dituntut oleh syarak.Wallahu a'lam.

Doa Dalam Solat

Soalan

Assalamualaikum ustaz. saya ingin bertanya samaada bolihkan seseorang itu berdoa dalam bahasa melayu ketika sujud atau sebelum salam?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, dalam hal ini seseorang yang sedang mengerjakan solat dibolehkan untuk berdoa di dalam bahasa apa sekalipun dengan syarat tidak diucapkan secara terang (hanya disebut di dalam hati sahaja). Jika terucap melebihi dua huruf, solat yang dikerjakan adalah terbatal. Wallahu 'alam.

Wednesday, May 16, 2012

Dipaksa Melakukan Seks

Soalan

Adakah dipaksa melakukan seks secara paksa atau tanpa kerelaan dikira berzina?

Jawapan

Di dalam agama Islam, terdapat tiga perkara apabila terjadi atau dihadapi oleh seseorang muslim itu pada diriNya, dia tidak dikira berdosa, iaitu:
1.         Tersilap.
2.         Terlupa.
3.         Terpaksa/dipaksa.

Hal ini ada dinyatakan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam di dalam sabdanya yang bermaksud:
"Umat Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan dosa atau diampunkan
sekiranya melakukan perkara dalam keadaan tersilap, dalam keadaan terlupa dan dalam keadaan terpaksa."
(Muttafaq ‘Alaih)

Oleh itu, jika seseorang wanita itu dipaksa untuk melakukan kerja-kerja seks tanpa kerelaannya, maka wanita tersebut tidak berdosa dan perbuatan tersebut tidak dikira sebagai perbuatan zina.
Walau bagaimanapun, sekiranya wanita tersebut merasai kenikmatan dan beliau merasai kepuasan dengan perbuatan seks tersebut, maka pada waktu ini dia tidak termasuk di dalam tiga golongan yang dinyatakan di dalam hadis tersebut. Ringkasnya, dia turut menanggung dosa melakukan perbuatan seks tersebut sekalipun pada asalnya dia dipaksa untuk melakukannya. Wallahu 'alam.

Menentukan Arah Kiblat

Soalan

Dlm setahun ada dua kali matahari berada di atas Kaabah. Pada ketika itu kita boleh semak kedudukan kiblat kita di rumah dengan bantuan bayang-bayang sesuatu objek yg lurus tegak. Tolong beri tarikh-tarikh tersebut dan masanya.

Jawapan

Peristiwa tersebut, iaitu “Istiwa’ Utama” matahari di Ka’abah (istiwa a'dzam) terjadi sebanyak dua kali dalam satu tahun, iaitu pada tarikh:
1.       28 Mei pukul 5:16 petang (waktu Malaysia) dan
2.       16 Julai pukul 5:28 petang (waktu Malaysia).

Demikianlah Hebatnya serta Agongnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang menciptakan alam ini untuk manusia dan ciptaannya cukup menepati dan memenuhi segala keperluan hamba-hambanya untuk beribadat kepadanya. Sesungguhnya Dialah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengasihani. Wallahu 'alam

Tuesday, May 15, 2012

Ketika Mengambil Wuduk

Soalan

Asalamualaikum apa kah hukum bagi org yang mengambil wuduk ketika dia sedang bogel?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Mengambil wudhuk ketika dalam keadaan tidak berpakaian adalah sah.

PENGHITAMAN RAMBUT UBAN

Soalan

Asalamualaikum, saya telah beli Gervas Max Dark Brown colour utk hitam rambut uban dan dikotaknya ada logo halal. ia macam ubat gigi dan sikat selama 15 mint dan lepas itu cuci dgn air. Tolong nasihat saya krna ia bukan shampoo

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah
Bahan yang boleh digunakan untuk mewarnakan rambut hanyalah inai sahaja yang dihalalkan  dalam Islam. Selain dari itu ia tidak dibenarkan.
Walaupun produk tersebut telah mendapat sijil halal itu hanyalah dari segi kandungan sahaja.
Hukum mewarnakan rambut adalah haram melainkan menggunkan inai sahaja.
Wallahua'lam

Sumpah Demi Cinta

Soalan

sy telah brkawan dgn seorang gadis smasa blajar dulu.dan semasa brkawan kami telah mmbeli sepasang cincin dan semasa menyarungkannya,kami telah sama sama bersumpah di atas nama Allah yang kami akan setia kpada prhubungan kami itu.lpas brapa ketika dia tlah memutuskan hubungan walaupun sy tlah byk kx mengingatkan dirinya ttg sumpah itu

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Bersumpah dengan menggunakan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi, Watallahi dan seterusnya menyebut perkara yang disumpah itu adalah sah dan sesiapa yang melanggar sumpah tersebut akan dikenakan kaffarah iaitu
1. Memberi makan kepada 10 orang miskin
2. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin
3. Berpuasa 3 hari yang berturut-turut.
Hal berkaitan jodoh merupakan urusan Allah swt. Oleh yang demikian saudara terlepas daripada membayar kaffarah sumpah tersebut kerana iainya tidak berpunca dari saudara.
Wallahua'lam

Kahwin Tanpa Restu

Soalan

saya ingin berkahwin dengan lelaki yang saya cintai tetapi mendapat tentangan daripada ibu bapa saya. semua keluarga pihak lelaki merestui perhubungan ini.saya mengajak ibu bapa saya bermusyawarah tentang hal ini tetapi mereka menolak sekeras-kerasnya. saya ada membuat solat istikharah dan telah mendapat petunjuk lelaki itu dalam mimpi saya. apabila keluarga lelaki ingin mengajak ibu bapa saya berbincang,ibu bapa saya enggan langsung berjumpa dengan mereka.apa yang patut saya buat?saya bingung..

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Islam telah meggariskan panduan dalam pemilihan jodoh, seorang wanita juga berhak dalam menentukan siapa bakal suaminya. Dalam hal yang dihadapi jika benar-benar lelaki itu dirasakan layak menjadi suami seperti tidak meninggalkan puasa, solat atau sebagainya maka mintalah bantuan dari orang lain seperti bapa saudara, datuk atau mana-mana saudara yang rapat dengan ibu bapa saudari agar dapat membantu saudari.
Solat hajat berterusan tanpa putus asa dalam memohon agar dilembutkan hati ibu bapa saudari dalam menerima bakal suami saudari.
Sekiranya semua ini gagal,  perkara ini boleh terus dirujuk ke pejabat agama Islam yang berhampiran bagi mendapatkan perintah wali enggan, sekiranya bapa saudari tidak mahu menjadi wali.
Walaubagaimanapun, panel tetap menasihatkan agar saudari berusaha bersama bakal suami   untuk mengambil hati ibu bapa seterusnya restu dalam mendirikan rumah tangga.
Wallahua'lam

KEMUSKILAN PEMBAHAGIAN PUSAKA

Soalan

SALAM .Ustaz

Mohon pandangan USTAZ mengenai masalah pembahagian tanah pusaka peninggalan arwah ibunda kami, yang mana telah berlarutan melebihi 15 tahun yang masih belum selesai.

Kami 6 beradik ( 4 lelaki 2 perempuan) adalah anak yatim yang dibesarkan oleh ibu setelah kematian bapa semenjak kami kecil.

Sebelum kematiannya, arwah ibu ada membeli tanah bersebelahan tanah miliknya dengan harga yang tidak diketahui oleh anak-anaknya, dengan bantuan wang anak sulung dan anak perempuan (ke

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
panel menasihatkan agar saudara boleh merujuk perkara ini dengan segera ke mahkamah syariah untuk mendapatkan sijil faraid. Melalui sijil tersebut Insya Allah ia dapat membantu saudara dan ahli keluarga yang layak untuk mendapatkan bahagian masing-masing ke atas harta tersebut.

Monday, May 14, 2012

Hukum Menderma Dan Menerima Mani Orang Lain

Soalan

Adakah hukum berzina boleh dikenakan ke atas mereka?

1) Seorang lelaki menderma maninya kepada perempuan lain yang bukan isterinya dan perempuan itu mengandung.
2) Seorang wanita mengandung hasil daripada mani yang didermakan oleh lelaki yang bukan suaminya.

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Hukuman zina sebagaiman menurut al-Quran dan hadis ialah sebatan sehingga 100 kali. Kesalahan ini boleh disabitkan sekiranya ianya benar-benar berzina iaitu memasukkan anggota sulit lelaki ke dalam anggota sulit wanita yang bukan muhrim (tidak berkahwin)
Haram hukumnya sekiranya mana-mana wanita yang menerima derma air mani yang bukan dari suaminya.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-5 yang bersidang pada 16-17 Nov 1982 telah membincangkan Bayi Tabung Uji. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Bayi Tabung Uji dari benih suami isteri yang dicantumkan secara "terhormat" adalah sah di sisi Islam. Sebaliknya benih yang diambil dari bukan suami isteri yang sah bayi tabung itu adalah tidak sah.
     
  2. Bayi yang dilahirkan melalui tabung uji itu boleh menjadi wali dan berhak menerima harta pesaka dari keluarga yang berhak.
     
  3. Sekiranya benih dari suami atau isteri yang dikeluarkan dengan cara yang tidak bertentangan dengan Islam, maka ianya dikira sebagai cara terhormat.

Terbuka Aurat Ditiup Angin Kipas

Soalan

Kalau semasa solat, aurat berhampiran punggung terbuka sedikit kerana baju ditiup angin ketika sujud, sah ke batal solat jika saya tidak tutup balik baju saya sebab agak susah hendak tutup kerana saya sedang sujud. Terima kasih.

Jawapan

Dalam situasi ini, baju yang terbuka sehingga mendedahkan aurat perlu ditutup dengan kadar yang segera. Jika dibiarkan terbuka dalam tempoh yang agak lama, solat yang dikerjakan adalah terbatal. Hal ini adalah kerana menutup aurat adalah salah satu daripada syarat sah mengerjakan solat.
Oleh itu, baju, kain atau segala jenis pakaian yang dipakai semasa mengerjakan solat yang terbuka sehingga mendedahkan aurat perlu ditutup dalam kadar yang segera. Jika dibiarkan terbuka, ia membatalkan solat. Wallahu 'alam.

Hukum Memegang Tin Daging Babi

Soalan

Apa hukum memegang tin yang mengandungi diging babi terutamanya yang bekerja di pasaraya

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Hukum memegang tin yang berisi daging babi adalah harus kerana tidak bersentuhan  dengan daging babi tersebut.

Aqiqah Untuk Anak Lelaki

Soalan

Assalamualaikum..... Saya ingin bertanya sekiranya kita tidak berkemampuan membeli dua ekor kambing untuk aqiqah anak lelaki yang baru dilahirkan cukupkah dengan seekor kambing sahaja?

Harpa dapat penjelasan dari pihak tuan. Sekian terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Walaupun yang afdhal bagi anak lelaki adalah dua ekor kambing, namun seekor kambing juga adalah mencukupi untuk melaksanakan tuntutan Aqiqah tersebut.
Mudah-mudahan dengan terlaksananya Aqiqah untuknya, anak anda akan membesar dengan sempurna tanpa sebarang gangguan dan juga  terus dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
“Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama”.
(Hadith riwayat Abu Dawud, al-Turmidzi dan Ibnu Majah)

Semoga dengan terlaksananya Aqiqah tersebut juga sunah Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam dapat dihidupkan dan terus disuburkan di dalam masyarakat kita. Wallahu 'alam.

Bayar Fidyah Pada Suami

Soalan

assalamualaikum ustaz. saya ada kemusykilan agama sikit,. bolehkah isteri membayar fidyah pada suami yang faqir miskin sedangkan suami ada kemampuan sedikit memberi nafkah pada isteri? jika suami tersebut layak menerima zakat adakah dia dikalangan yang golongan yang layak menerima bayaran fidyah?

Jawapan

Wa’alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes seperti ini, isteri tersebut perlu membayar fidyah tersebut sama ada kepada Baitulmal ataupun Pusat Pungutan Zakat yang berdekatan dengannya.
Ringkasnya, dia tidak boleh membayar fidyah tersebut kepada suaminya sendiri. Wallahu ‘alam.

Sah Atau Tidak Sah?

Soalan

Assalamualaikum. Sah atau tidak ketika menunaikan solat air kencing terkeluar sedikit?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, solat yang didirikan adalah terbatal. Hal ini adalah kerana keadaan tersebut tidak memenuhi syarat sah mengerjakan solat, iaitu suci daripada sebarang bentuk najis dan hadas.
Oleh itu, dia perlu membersihkan terlebih dahulu pakaian dan dirinya daripada najis tersebut dan berwudhu' semula sebelum mengerjakan solat tersebut. Wallahu 'alam

Penceraian Melalui Taklik

Soalan

Assalamualaikum. satu hari saya marah melihat isteri saya keluar menyidai baju di balkoni rumah dengan tidak bertudung dan berbaju jarang. saya dah banyak kali tegur dan dia melawan 'dulu2 abg tak pernah tegur pon'. maka pada hari itu, saya telah terlepas cakap 'kalau nk cari lelaki lain, keluar la mcm tu lg.'
soalan nya:
1) adakah akan jatuh talak sekiranya dia keluar berpakaian mcm tu pada masa akan datang tak kira siang atau malam?
2) bagaimana saya nk tarik semula kata-kata saya itu?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Jika anda niatkan kata-kata tersebut dengan talaq/menceraikan isteri anda, maka talaq akan terjatuh sekiranya dia keluar dari rumah dengan berpakaian seperti itu.

2.         Kata-kata yang anda ucapkan tidak boleh ditarik semula. Ringkasnya, ia kekal sehingga perkara tersebut terjadi (ia adalah ta’liq).
Oleh itu, apabila terjadi dan terjatuhnya talaq (seperti yang anda niatkan), barulah tamat penguatkuasaan kata-kata tersebut.
Sila rujuk kepada Unit Runding Cara Keluarga di Pejabat Agama Daerah atau Mahkamah Syariah yang terdekat untuk dapatkan penjelasan lanjut mengenainya. Wallahu 'alam.

Kemusyikilan Talak

Soalan

Salam ustaz.. sy nk thu apakah situasi ini terjadi jth talak.. semasa pikiran sy gelabah ngn rungsin sngt psl jth talak, kepala sy terpikir yg bkn2 antaranya (bukan isteri aku lg,mun cerai doh,mun dh byk kali ckp yg blh jth talak dan mcm2 lg.. ) dan juga terpikir (doh waswas sngt kira 3)..semuanya dlm pemikiran n semasa tu tak terpikir lngsung psl bercerai ngn isteri..tapi sy musykil sy ada trcakap@ tdk "kira 3?" seolah2 bertya kmbali dr pemikiran sy.. ustaz tolong sy jawab kemusykilan ini,salam

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudara yang dirahmati Allah swt
Perkara talak tidak boleh dijadikan perkara mainan.
Talak akan jatuh sekiranya si suami telah menjatuhkan talak tersebut di hadapan isterinya secar jelas seperti aku ceraikan dikau, atau dengan  kiasan (kinayah) iaitu dengan niat benar-benar ingin bercerai seperti, baliklah kamu ke rumah ibu kamu.
Sekiranya ia hanya lintasan di dalam hati ia tidak dikira sebagai talak.
Panel menasihatkan agar perkara sebegini tidak difikirkan atau menjadi mainan di fikiran, kerana dibimbangi suatu hari nanti akan berlakunya pergolakan rumah tangga.

Menyiram Kubur Dengan Air Bacaan Tahlil

Soalan

apakah hukumnya menyiram kubur dengan air bacaan mahlis tahlil

Jawapan

Amalan menyiram air di atas kubur adalah satu amalan yang sunat. Hal ini adalah kerana Baginda Sallallahu 'Alaihi Wassalam pernah melakukannya sewaktu Baginda menziarahi pusara anakandanya Ibrahim.
Walau bagaimanapun, air yang digunakan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam adalah air biasa dan bukannya air tahlil ataupun air mawar.
Ringkasnya, menyiram air di atas kubur menggunakan air bacaan tahlil adalah tidak mempunyai sebarang dalil atau sandaran di dalam agama ini. Apa yang dibimbangkan takut terjatuh ke dalam perkara yang dilarang/haram.
Dari itu, bersamalah kita menjauhinya. Moga-moga diri kita dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'alam.

Friday, May 11, 2012

Mandi Wajib Serta Berwuduk Adakah Sah Atau Tidak

Soalan

smkum..ustaz..sy llaki..boleh ke mandi wajib pakai tuala dn tutup aurat..semasa mgmbil wuduk..slps tu sy buka tuala tersebut utk myrm air k slrh bdn bg meratakan air ke selrh aggota bdn smbil sentuh kmluan qubul dn dubur..tkt klu xkena..sah ke wuduk dn mndi wjb sy..wslm.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Wudhu’ dan mandi wajib anda adalah sah. Wallahu 'alam.

Berhadas Besar (Mani), Solat

Soalan

kalau sesorg tu x sedar yg dia dlm hadas besar.contoh dia bgn pagi seluar dia yg basah tu dah kering.pastu bila mlm bila time kemas2 baru dia sedar seluar dia ada kesan tompok bekas air mani.mcm mana solat dia the whole day?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Menurut pandangan para sarjana dan ahli  fekah mengatakan bahawa  jika anda  tidak sedar maka Allah maafkan segala perbuatan yang telah anda dilakukan.TETAPI PERLU DIINGAT jika anda buat-buat tidak tahu  sedangkan anda sendiri memang tahu maka anda kena buat semula amalan tersebut dalam keadaan kada'.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, SETELAH  andah mengetahuinya maka tindakan yang perlu anda lakukan ialah bersegera mandi wajib dan tunaikan semula solat terbaru anda laksanakan.manakala solat-solat  di awal pagi sehingga sebelum anda sedar tidak perlu diulangi/kada.Wallahu a'lam.

Mandi Wajib Pakai Kain

Soalan

smkum..ustaz..sy mndi wjib pkai kain..smbil mgmbl wuduk sblm mndi wajib..dan sy mgosok qubul dn dubur beralaskan kain..adakah wuduk sy sah..wslm

 Jawapan

Waalaikumussalam,
Syarat mandi wajib ialah  berniat  beserta dengan air  jirusan mandian bermula  dari atas kepala sehingga sampai ke serata tubuh badan walaupun sekali.Perlu juga panel tegaskan bahawa pastikan pada tubuh badan anda tiada benda-benda yang menghalang seperti gam gajah,cat,tatu dan seumpamanya.Jika anda  berasa yakin dengan  keadaan mandi anda itu telah memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan  maka sahlah mandi wajib anda tersebut.
Berbalik kepada soalan yang dikemukakan, anda mandi menggunakan kain basahan dan menggosok kubul dan dubur beralaskan kain basahan,mohon dipastikan agar air jirusan untuk membasuh /membilas kedua-dua tempat tersebut sampai.Sekiranya anda yakin ia telah dilakukan dengan baik dan sempurna maka mandi wajib anda dikira sah.
Jika anda masih-masih was-was tentang wuduk anda  sama ada batal atau tidak eluklah sebelum mengelap badan  anda boleh  mengambilnya  sekali lagi.Wallahu a'lam.

Thursday, May 10, 2012

Petunjuk Dalam Sembahyang Istiharah

Soalan

saya telah mendirikan solat istiharah untuk menentukan samaada lelaki ini adalah jodoh saya atau tidak..melalui pembacaan dan pemahaman saya setiap petunjuk itu akan diberikan oleh allah melaui mimpi...tetapi saya telah banyak kali melakukan solat tersebut tiada petunjuk yang saya dapat...tetapi saya akan rasa tenang sangat selepas saya melakukan solat tersebut...ketenangan yang susah nak saya gambarkan...adakah itu petunjuk dari allah dan lelaki itu adalah jodoh saya...sekian terima kasih

Jawapan

Solat Istiharah dilakukan adalah untuk memohon petunjuk dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala agar diberi hidayah di dalam membuat pilihan.
Walau bagaimanapun, Membincangkan persoalan petunjuk atau hidayah yang diberikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada mereka yang melakukan solat ini adalah tidak semestinya melalui mimpi. Ia juga boleh diberikan dalam bentuk yang lain. Antaranya seperti ketenangan hati dan gerakan hati yang tenang semasa membuat pilihan.
Oleh itu, ketenangan yang anda rasai selepas mengerjakan solat tersebut adalah kurniaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan pilihan yang anda buat mudah-mudahan didorong oleh rasa tenang yang anda alami hasil daripada permohonan yang anda buat ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Semoga lelaki tersebut akan membawa seribu makna di dalam hidup anda dan berbahagia hingga ke syurga, insya’ Allah. Wallahu 'alam.

Sujud Mana Yang Betul?

Soalan

sy ada buku mengenai kesalahan didalam solat, dlm buku tersebut ada menyebut; "Apabila salah seorang dpd kamu sujud, janganlah turun seperti turunnya unta. Tetapi hendaklah dia letakkan kedua tangannya sebelum kedua lututnya." Masalahnya sekarang sy ada menonton rancangan agama di tv yg mengajar ttg solat, ustaz tersebut kata turun lutut dulu baru tangan.. tak boleh turun tangan dulu sbb menyerupai unta. Mana satu betul?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Persoalan mengenai  sujud kadangkala sering diperdebatkan oleh orang-orang  Islam. Masing-masing ada pendapat  dan alasan tersendiri.Terdapat yang mengatakan kena turun tangan dulu dan ada yang mengatakan kena turun lutut dahulu.Hal ini terjadi/berpunca  kerana umat Islam ada 4  mazhab fekah  yang terkenal iaitu mazhab Hanafi,Maliki,Shafie dan Ahmad Hanbal.Kesemua kaedah dan cara sujud tersebut memang betul dan sah  ketika melaksanakan solat fardu dan juga solat sunat.
Sehubungan itu,menurut Mazhab Imam Shafie yang menjadi pegangan dan ikutan umat Islam di Malaysia dan Asia Tenggara telah mengamalkan sujud dengan cara menurunkan lutut terlebih dahulu kemudian diikuti dengan tangan sebelum sujud.Beliau melihat keadaan ini lebih tertib dan selesa berbanding dengan menurunkan 2 tangan kemudian diikuti lutut yang menjadi amalan sebahagian mazhab Imam Hanafi.
Berbalik kepada soalan jika turun tangan dahulu ketika sujud  itu menyerupai unta cuma  contoh semata--mata.Justeru panel berpendapat,eluk kita amalkan  sujud seperti yang disarankan oleh Mazhab Imam Shafie,ini kerana amalan tersebut telah menjadi sebati malah menjadi ikutan penduduk di negara ini sejak dahulu lagi.Wallahu a'lam

Zakat Wang Simpanan

Soalan

apakah wang simpanan di dalam BANK ISLAM telah dikeluarkan zakat ?

Jawapan

Waalaikumussalam,
Urusan perbankkan Islam, sama ada kaunter atau bank-bank yang mengurus niagakan operasinya secara syariah, pada dasarnya ia telah mengambil kira pengeluaran zakat perniagaan kepada bank tersebut  termasuk pendepositnya sekali.Hal ini tidak terkecuali dengan bank Islam yang sedang beroperasi di Malaysia.
Anda boleh melayari laman sesawang bank berkenaan untuk melihat sendiri laporan tahunan yang dikeluarkan oleh institusi bank berkaitan.
Sekiranya anda masih tidak berpuashati, panel galakkan agar anda berjumpa dan berbincang dengan pegawai perhubungan awam di  Bank Islam tersebut.Panel yakin segala kemusykilan dan masaalah yang membelenggu anda selama ini akan dapat dirungkai/dijelaskan secara terperinci.Wallahu a'lam

Persekitaran Kerja

Soalan

saya bekerja di salah satu unit yang berkaitan dengan anjing. adakah perlu saya menyamak semua peralatan dan persekitaran saya walaupun tidak bersentuh dengan haiwan itu?walaupun haiwan itu di kurung tetapi ada kala nya laluan yang saya gunakan juga di gunakan oleh haiwan itu untuk ke tempat lain.

Jawapan

Dalam hal ini, anda tidak perlu untuk melakukan sertu (samak) ke atas semua peralatan anda yang tidak bersentuhan dengan anjing tersebut.
Demikian juga dengan laluan yang dilalui oleh anjing tersebut untuk ke bahagian lain, jika ia berada di dalam keadaan yang kering dan anjing tersebut juga berada dalam keadaan yang sama, ia tidak dihukumkan najis.
Akan tetapi, jika laluan tersebut berada di dalam keadaan yang basah dan dilalui oleh anjing tersebut, hal ini akan menyebabkan lantai yang bersentuhan dengan kaki anjing tersebut menjadi najis.
Dari itu, anda perlu lebih berhati-hati di dalam menjaga diri dan anggota serta pakaian yang anda pakai daripada terkena najis anjing tersebut.
Sila sediakan tanah yang mencukupi untuk anda lakukan sertu ke bahagian tubuh atau pakaian yang bersentuhan dengan anjing tersebut.
Jika ia mendatangkan kesukaran kepada anda, Panel mencadangkan agar anda mencari kerjaya yang lain sebagai ganti. Wallahu 'alam.

Suami Bermain Judi Di Siber Cafe

Soalan

Assalamualaikum..saya mempunyai suami yang selalu menghabiskan duit gaji untuk bermain judi di siber cafe yg beroperasi secara haram.Selama 2 tahun dia tidak pernah memberi nafkah kepada saya sebaliknya menghabiskan duit gajinya di situ.Malah setiap kali takde duit dia akan minta duit saya secara paksa.Baru-baru ni, saya mengintip pergerakannnya dan ternyata setiap hari dia akan duduk berjam-jam dalam pusat judi tu.Persoalannya dimanakah tempat saya harus mengadu supaya dia diambil tindakan?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, terdapat dua tempat untuk anda membuat aduan mengenainya.
Pertama, bagi membenteras kewujudan pusat perjudian haram, anda perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan (majlis daerah/perbandaran).
Kedua, bagi membenteras masyarakat Islam yang turut mengunjungi pusat perjudian tersebut, anda perlu adukan kes ini kepada pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah yang berdekatan.
Semoga dengan usaha anda ini dapat menyekat dan membenteras masyarakat Islam setempat daripada terus terlibat dengan perjudian yang diharamkan di dalam Islam.
Panel doakan semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati usaha anda dan memberi taufiq dan hidayahnya kepada suami anda agar dia kembali insaf dan bertaubat serta meninggalkan perbuatan berjudi tersebut. Akhirnya, dia kembali menjadi suami yang bertanggungjawab kepada anak dan isterinya. Wallahu 'alam.

Air Mutlak Dan Wuduk

Soalan

Assalamualaikum

Nak tanya. Kalau tangan ada bau sambal/sos cili/bau minyak atar/bekas minyak atar kat anggota wuduk, sah tidak? Mengubah air wuduk atau tidak?

Terima Kasih

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Wudhu’ anda adalah sah kerana bau sambal, sos cili, minyak atar adalah kesan daripada benda yang tidak dihukumkan najis. Wallahu 'alam

ADAKAH HARI IBU HARAM

Soalan

ASSALAMU'ALAIKUM, ADA KAH BENAR HARI IBU TU HARAM,HARAP MENDAPAT PENJELASAN TERIMA KASIH

Jawapan

Hari ibu adalah satu hari yang dipilih di dalam setahun khusus untuk mengenang dan menghargai jasa dan pengorbanan seorang ibu.
Di dalam Islam, kaum ibu mendapat penghormatan dan tempat yang tinggi berbanding kaum ayah. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa hadis rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang menyatakan mengenai ketinggian darjat seorang ibu. Salah satu daripadanya, sabda rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, ada seorang anak lelaki bertemu dengan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam, lalu beliau bertanya kepada Baginda; “Wahai Rasulullah, siapakah dia orang yang paling berhak untuk saya buat baik?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Beliau bertanya lagi; “Kemudian siapa?”. Baginda menjawab, “Ibumu.” Kemudian beliau bertanya lagi; “Kemudian siapa?” Nabi menjawab, “Ibumu.” Beliau masih bertanya lagi; “Kemudian siapa lagi?”, Baginda menjawab: “Bapamu”.
(HADITH RIWAYAT Imam Al-Bukhari dan Muslim).

Selain daripada riwayat ini, terdapat sebuah hadis yang lain yang turut menggambarkan kemuliaan seorang ibu sehinggakan rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam meletakkan kedudukan syurga sebuah tempat yang penuh dengan nikmat balasan bagi seorang hamba yang taat Cuma berada di bawah tapak kaki seorang ibu.
Demikianlah kedudukan dan martabat yang begitu tinggi seorang ibu di dalam Syariat Islam.
Oleh itu, adalah tidak menjadi kesalahan kepada seorang Muslim untuk menyambut hari ibu dengan syarat ia tidak dikaitkan dengan mana-mana ajaran agama yang lain dan tetap menganggap ibunya sebagai seorang insan biasa dan menghormatinya tidak lebih daripada penghormatan seorang anak kepada seorang ibu.
Ringkasnya, hari ibu boleh disambut oleh masyarakat Islam. Wallahu 'alam.

Saham Dosa Dan Berkat

Soalan

Assalamualaikum

Jika kerja kita tolong pasang telefon/servis internet di tempat-tempat seperti Hair Saloon/Kedai Fesyen/etc, adakah kita terlibat sama dalam tolong menolong perkara dosa?

Bagaimana dengan gaji?

Sekian. Terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh, kerjaya anda sebagai pemasang telefon dan servis internet adalah tidak dilarang di dalam Islam. oleh itu, gaji yang anda perolehi setiap bulan adalah halal dan boleh dimanfaatkan seadanya. Wallahu 'alam

Wali Yang Sah Untuk Anak Yatim

Soalan

assalamualaikum... saya mempunyai anak perempuan yg ingin berkahwin tapi suami saya telah meninggal dunia. bapa mertua dan adik beradik lelaki arwah masih hidup tapi langsung x ambil tahu tentang anak saya disebabkan perebutan harta dan tidak mahu mengaku saudara kerana takut saya meminta mereka melunaskan hutang terhadap arwah. bolehkah anak saya menggunakan wali hakim.terima kasih.

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Oleh sebab suami anda telah meninggal dunia, peranan wali bagi anak perempuan anda akan diambil alih oleh Wali Hakim.
Sila ke Pejabat Agama Daerah yang berhampiran untuk membuat permohonan menggunakan Wali Hakim pada hari perkahwinan yang telah dirancang.
Semoga perkahwinan mereka dirahmati Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Wallahu 'alam.

Friday, May 4, 2012

Sertu Atau Tidak

Soalan

As salam ustaz
1. Cara utk sertu adakah dimulai dgn air tanah atau diakhiri oleh air tanah.semasa sertu adakah niat/bacaan tertentu atau boleh sekadar bismillah shja
2. Sekarang terdapat sabun taharah yg dibuat dr tanah.sahkan jika kita menggunakanya utk sertu
3. jika cara kita sertu untuk hilangkan najis berat ni silap atau tak cukup syaratnya.adakah ibadat kita spt solat diterima selagi tak melakukan sertu dgn sebetulnya

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Air tanah digunakan semasa basuhan kali pertama dan tiada sebarang bacaan semasa melakukannya. Namun, ia memerlukan niat untuk membersihkan najis tersebut. Jika tidak berniat untuk membersihkan najis yang terkena pada tempat itu, maka basuhan tersebut adalah seperti basuhan yang lain (bukan atas tujuan untuk menghilangkan najis mughallazah).

2.         Sabun toharah boleh digunakan untuk kerja-kerja pensertuan (sertu) dengan syarat kandungan tanah adalah melebihi daripada kandungan bahan-bahan yang lain (bahan kandungan di dalam sabun tersebut).

3.         Bagi anggota atau pakaian yang terkena najis mughallazah dan tidak dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan oleh Syara', maka anggota dan pakaian tersebut masih bernajis. Jika dibawa semasa mengerjakan solat, hal ini akan menyebabkan solat yang dikerjakan adalah tidak sah kerana tidak memenuhi syarat sah mengerjakan solat, iaitu bersih daripada najis dan hadas kecil dan besar. Oleh itu, segala tempat atau pakaian yang terkena najis ini perlu dibersihkan dengan kaedah yang telah ditentukan oleh Syara'.
Wallahu 'alam.

Hukum Sembelih Lembu Yang Ditembak

Soalan

Bolehkah kita menembak lembu terlebih dahulu sebelum disembelih?

Jawapan

Lembu tersebut boleh ditembak terlebih dahulu dengan syarat lembu tersebut sukar untuk dijinakkan dan ia mula mengganas apabila hendak menangkapnya.
Walau bagaimanapun, haiwan tersebut bukan ditembak dengan menggunakan peluru hidup, tetapi ia ditembak dengan menggunakan ubat pelali atas tujuan untuk melemahkannya sahaja.
Apabila ia telah mulai lemah, maka pada waktu ini tangkap dan uruskan penyembelihannya sebagaimana menyembelih lembu-lembu yang lain. Wallahu 'alam.