Thursday, November 8, 2012

Amanah Menjaga Org Tua.

Soalan

asalammualaikum.. saya ingin mengaju kan satu soalan.
suami sy kini sedang sakit angin ahmar yg agak teruk,tidak boleh berjalan hanya terlantar di katil.. jadi sy mengambil keputusan utk mengambil nurse utk menjaga beliau setiap hari,kerana kami tidak mampu utk menjaga nya sepanjang hari.. pengambilan nurse pun hanya utk beberapa jam saja.. pembayaran gaji tersebut menguna kan wang suami saya..soalan sy apa kah boleh jika sy mengupah adek sy utk menjaga suami sy dgn menguna kan wang suami saya

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
anda boleh berbuat demikian dengan syarat yang menjaganya juga adalah seorang lelaki dan telah mendapat persetujuan darinya (suami anda).
Hal ini adalah kerana ia berkaitan dengan hukum penjagaan aurat di dalam Islam dan juga hak menggunakan wang suami anda bagi tujuan membayar upah kepada nurse dan juga adik anda yang ditugaskan untuk menjaga dirinya disepanjang ketiadaan anda di rumah. Wallahu 'alam

No comments:

Post a Comment