Saturday, November 17, 2012

Suami Jatuhkn Talak Jika Isteri Pergi Kermh Ibubapa

Soalan

Assalamualaikum,saya ingin kepastian mengenai talak.Suami saya seorg yg cemburu,panas baran dan mudah syak wasangka terhdp saya.Baru2 ini kami ada bertengkar kerana syakwasangka,suami telefon saya dipejabat dan menyatakan"jika kau balik kerumah mak bapak kau, jatuh talak".Semenjak itu saya tidak balik ke rumah ibubapa saya.Bila keadaan reda saya bertanya adakah ucapan yg dilafazkan ditelefon tu dgn niat.Dia minta maaf dan menyatakan sbnrnya tanpa niat dan dlm keadaan marah.apakah situasi sy?

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
saudari yang dirahmati Allah swt
Lafaz tersebut ialah lafaz taklik. seperti yang sedia maklum lafaz taklik tidak boleh ditarik balik.
Cerai akan jatuh sekiranya anda dan suami pulang  ke kampung dan bertemu ibu bapa puan walau dengan keizinan suami.
Dalam hal ini puan dan suami perlu merujuk perkara ini dengan segera ke mahkamah syariah bagi pengesahan lafaz taklik yang telah dibuat.
wallahua'lam

No comments:

Post a Comment