Soalan
Apakah tanggung jawab (nafkah/wang) saudara lelaki yang telah berkawin
dan mempunyai anak terhadap saudara perempuan yang belum berkahwin yang
kefua ibu bapanya telah meninggal dunia. Adakah wajib bagi saudara
lelaki menyara saudara perempuan itu sedangkan dia sudah bekerja?
Jawapan
Assalamualaikum w.b.tSaudari yang dirahmati Allah swt
Setelah kematian ayah, maka tanggungjawab menjaga adik beradik perempuan adalah di atas bahunya kerana dialah wali yang paling terdekat setelah kematian ayah dan datuk. Tanggungjawab itu hendaklah dilaksankana sehinggalah adik perempuan itu berkahwin.
Walaubagaimanapun, memandangkan si abang sudah mempunyai tanggungajwab lain maka berkemungkinan dia mempunyai tanggungan yang lebih besar. Oleh yang demikian mana-mana adik perempuan yang belum menamatkan pengajian atau yang belum berkerja maka abang dengan kemampuan yang ada boleh membantu adiknya dari sudut kewangan
No comments:
Post a Comment