Saturday, November 17, 2012

Kawen Tanpa Izin Keluarga...

Soalan

assalamualaikum...saya telah berkenalan dengan seorang lelaki 8 bulan yg lalu. bg sya, lelaki tersebut baik dan amat menjaga solatnya. saya bercadang untuk bernikah dengannya bulan 6 tahun hadapan tetapi mendapat tentangan keluarga kerana saya tidak mempunyai kerja. mereka mahu sya bernikah bulan 12 sedangkan teman lelaki saya tidak mahu menunggu lagi. ibu bapa saya sudah bercerai. bapa setuju untuk menikahkan saya tanpa sebarang kenduri. saya tak mahu menentang keluarga.apa perlu sy buat?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Menurut Islam, bapa  anda selaku wali yang berhak (mujbir) boleh menikahkan anda, bagi membolehkan anda bergaul dengan bakal suami secara sah.
Malah dalam Islam yang wajib ialah akad  nikah dan bukannya kenduri .walau bagaimanapun untuk lebih sopan baginda telah memberikan kaedah/cara nikah yang sewajarnya dilaksanakan  iaitu dengan cara bernikah kemudian  sembelihlah seekor kambing untuk dijamu tetamu dan orang ramai.
Perlu panel tegaskan bahawa orang yang akan menanggung perbelanjaan  harian termasuk makan minum,pakaian dan tempat tinggal ialah suami dan bukannya isteri.Justeru berkahwinlah kerana di sana ada keberkatan dan rezki yang akan dicukupkan oleh Allah SWT.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment