Soalan
Assalamualaikum wbt. Saya nk tahu mcm mna niat solat istikarah ni? Dan
brapa rakaat kita perlu lakukan. Selain itu adakah perlu dilakukan
3malam berturut2,dan waktu yg afdal melakukan solat ini. Sekian.
Jawapan
Waalaikumusalam,
Tujuan Solat istikharah dilaksanakan adalah untuk membuat pilihan yang tepat di antara dua pilihan, seperti mendapat dua tawaran pekerjaan dalam satu masa ataupun mendapat dua pilihan gadis untuk dijadikan isteri serentak.
Solat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat ,waktu yang paling afdal dilakukan pada jam 2-3pagi.Niatnya ialah:
Usalli sunnatan istikharati rokaataini lillahitaala
Bermaksud: Sengaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala,
Rakaat pertama selepas fatihah bacalah suarah ayat yang anda ingat/hafal,kemudian rukuk,iktidal,sujud,duduk antara dua sujud dan bangun lalu teruskan rakaat kedua,selepas fatihah pilihlah ayat yang anda hafal.Kemudian rukuk,iktidal,sujud, sebelum duduk tahayyat akhir dalam sujud terakhir minta niatkan dalam hati supaya Allah gambarkan dalam tidur jawapan yang tepat hasil daripada solat yang telah anda lakukan.
Jika pada malam pertama tiada jawapan,anda jangan mudah berputus asa cuba lagi pada malam berikutnya sehinggalah jawapan yang sama digambarkan oleh Allah ketika tidur, MAKA itulah jawapan yang sebenarnya.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment