Saturday, November 24, 2012

Bagaimana Hendak Solat Taubat

Soalan

assalammualaikum ustaz...sy nk tnya kalo seseorang tu tidak pernah mandi wajib,minum arak,berjudi dll...bagaimana dia nk buat solat taubat...sebab bila badan tidak bersih nak ambil wuduk pon x sah...ustaz boleh bagi keterangan yg terperinci x?

Jawapan

walai,
dalam keadaan ini, dia perlu mandi wajib terlebih dahulu bagi menghilangkan hadas besar yang ditanggungnya selama ini.
Setelah mandi wajib dan di dalam keadaan yang suci daripada hadas kecil (setelah berwudhu’), kerjakanlah Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
Cara melakukan Solat Sunat Taubat adalah seperti berikut:
Cara melakukan Solat Sunat Taubat adalah sama seperti mana  mengerjakan solat fardu dan sunat yang lain. Ia didirikan sebanyak 2 raka’at.
Ringkasnya, setelah berwuduk dan memakai pakaian yang bersih, carilah tempat yang sesuai untuk mendirikan solat, hadapkan diri ke arah Qiblat dan berniat:
“Sahaja aku solat sunat taubat dua raka’at kerana Allah Ta’ala”

Dalam raka’at pertama selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah Surah Al-Fath, surah ke- 110 dan teruskan solat seperti biasa.
Dalam raka’at kedua selepas membaca Surah Al-Fatihah, bacalah Surah Al-Ikhlas, surah ke-112 dan teruskan solat hingga memberi Salam.
Kemudian berdoalah dengan doa-doa yang bersesuaian dengan niat di hati (memohon keampunan dari Allah).
Berikut beberapa contoh doa yang boleh dibaca untuk memohon ampunan dari Allah Ta’ala yang dapat dibaca setelah selesai mengerjakan Solat  Taubat:
“Ya Allah Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”
(Maksud dari Surah Al A’raaf , ayat ke-23)

“Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Oleh kerana itu ampunilah dosa – dosaku dengan ampunan dari sisi-Mu dan berikan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang”
(Maksud hadis riwayat Al Bukhari no. 834 dan Muslim no. 2705)

Sila dapatkan buku panduan doa yang ada dijual di pasaran buku agama di tempat anda untuk mencari doa yang lain.
Di samping itu, tembahkan dengan perbanyakkan beristighfar dan memohon agar ditetapkan hati agar sentiasa istiqamah dengan taubat yang telah dilakukan dan yakin di atas penerimaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment