Soalan
Assalamuaalaikum ustaz soalan mengenai zakat wang simpanan.
Saya ni baru bersara dari tentera jadi saya telah menerima wang simpanan saya dari LTAT sebanyak RM50.000 lebih
yang mana wang ini tidak boleh dikeluarkan sehinggalah seseorang anggota tentera
itu berhenti atau pencen, jadi adakah perlu terus saya mengeluarkan zakat selepas terima wang itu atau kena tunggu setahun bermula dari tarikh wang itu masuk akaun saya

Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam persoalan ini, wang tersebut perlu anda zakatkan sebaik sahaja anda menerimanya. Hal ini adalah kerana ia telah lama tersimpan tetapi tidak dapat dikeluarkan kerana syarat untuk menguruskannya masih tidak mencukupi lagi sehinggalah selepas anda bersara.
Oleh yang demikian, anda perlu keluarkan zakat wang simpanan tersebut sebaik sahaja anda menerima wang tersebut.
Sila dapatkan maklumat mengenainya di Pusat Pungutan Zakat yang berdekatan dengan tempat anda. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment