Soalan
Assalammualaikum ustaz/ustazah. saya ingin bertanya, bolehkah seorang
muslim mengantungkan gambar keluarga,perkahwinan atau gambar berbentuk
makhluk bernyawa didalam rumah. ada hadith nabi yg mengatakan tidak akan
masuk malaikat jika mengantung gambar didalam rumah. syukran
Jawapan
Waalaikumusalam,
Menurut buku yang membahaskan berkaitan "Halal Dan Haram Dalam Islam "yang ditulis oleh Dr Yusoff Qaradawi Seorang Ulamak Besar Negara Mesir,menjelaskan bahawa hukum menggantung gambar keluarga,perkahwinan di dalam rumah itu adalah HARUS.
Cuma dalam perbahasan tersebut panel menjumpai jika dalam rumah terdapat ukiran patung yang menyerupai makhluk bernyawa seperti ukiran orang,itik,atau binatang maka hukum menyimpannya adalah HARAM .Malah malaikat rahmah tidak akan masuk ke dalam rumah tersebut.
PERKARA ini terkecuali kepada anak-anak patung yang digunakan oleh anak-anak anda untuk tujuan bermain maka ulamak memutuskan HUKUMNYA ADALAH HARUS.
Justeru panel nasihatkan anda tidak perlu risau untuk menggantung gambar di rumah anda berdasarkan pandangan ulamak besar ini.Wallahu a'lam.

No comments:
Post a Comment