Friday, November 9, 2012

Surah Dibaca 2kali

Soalan

AS SALAM.. ustaz saya nk tanya bolekah surah dibaca 2kali dalam 1 solat. contohnya rakaat pertama baca surah an nas dan rakaat ke tiga pun baca surah an nas juga. adakah sah solat tersebut..

Jawapan

Waalaikumusalam,
Untuk makluman anda, setiap orang yang bersolat hanya sunat baca surah dalam dua rakaat sahaja,iaitu rakaat pertama selepas Fatihah dan rakaat kedua selepas fatihah.Jika dilakukan sedemikian solatnya adalah sah.Andaikata tidak baca surahpun solatnya tetap sah.Ini kerana sah @ tidaknya sesuatu solat itu bergantung kepada 13 rukun yang dilaksanakan dalam sesuatu solat yang sedang didirikan.
Malah anda tidak perlu baca surah pada rakaat ketiga,tetapi memadai membaca Fatihah sahaja.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment