Thursday, November 15, 2012

Bercinta Di Usia Remaja ???

Soalan

Asalamualaikum panel , saya baru berumur 15 thn . Saya selalu bermesej dengan kawan2 perempuan saya .
Apakah hukum nya saya berSMS dengan kawan2 perempuan saya ini ?
dan
Apakah hukum kami bercinta ?

Jawapan

Waalaikumusalam,
Dalam sebuah hadis saw bermaksud:
  ” Rebutlah LIMA PERKARA sebelum datangnya LIMA PERKARA.
Pertama : masa sihat sebelum sakit.
Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin).
Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan
kelima masa hidup sebelum tiba masa mati.” 
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Berdasarkan kepada saranan baginda saw  ini jelas supaya umatnya mengejar amalan ,pendidikan serta berkerjaya sebelum hendak bercinta.Lihatlah bagaimana baginda bercinta dengan saidatina Khadijah selepas perkahwinan, malah tidak dapat dibuktikan  baginda saw bercinta sebelum berkahwin,Justeru jika anda bersmas dengan kekasih anda semasa belajar itu HARAM hukumnya.Apa yang penting anda tumpukan sepenuh masa kepada pelajaran yang akan menjamin masa depan anda termasuk memenuhi harapan kedua ibu dan ayah anda,
Oleh itu lupakanlah berSMS yang tidak mendatangkan faedah malah tidak menjadi tuntutan sunnah baginda saw.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment