Soalan
saya ingin bertanya......
1.ketika saya mandi wajib terdapat kotoran
dicelah kuku kaki saya yang agak payah untuk saya membuang nya...tetapi
saya berusaha melalukan air dikawasan itu...sah kaa mandi wajib saya
2.saya niat solat melalui mulut apakah sah solat saya 3.sujud sahwi kan sujud 2 kali selepas tahayat akhir perlukah membaca bacaan diantara dua sujud

Jawapan
Jawapan bagi kemusykilan anda adalah seperti berikut:
1. mandi wajib yang anda lakukan adalah sah dengan syarat segala rukun dan syarat melakukan mandi wajib telah anda penuhi.
2. Solat yang anda kerjakan adalah tidak sah. hal ini adalah kerana niat adalah perbuatan hati dan bukannya dilakukan di mulut.
Oleh itu, semasa bertakbir anda perlu lintaskan niat untuk mengerjakan solat di dalam hati dan bukannya disebut di mulut.
3. Bacaan yang sunat dibaca semasa anda duduk di antara dua Sujud Sahwi adalah sama seperti mana bacaan yang dibaca di dalam duduk di antara dua sujud yang biasa dilakukan di dalam solat fardu.
Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment