Friday, November 23, 2012

Bacaan Al-Fatihah Dan Surah Dalam Berjemaah

Soalan

Assalamualaikum

1. Saya ingin bertanya ketika bila makmum boleh membaca Al-Fatihah, adakah kita boleh membaca Al-Fatihah dengan melambatkan sedikit dari imam sejurus imam membaca Al-Fatihah @ adakah selepas imam selesai membaca Al-Fatihah.?

2. Ketika solat berjemaah, adakah kita perlu membaca surah-surah lain selepas surah Al-Fatihah, atau cukup sekadar membaca Al-Fatihah?

Terima Kasih

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Sekiranya anda sebagai makmum tetapi mengalami kesukaran untuk sebut /baca ayat  Fatihah dalam cepat, mengikut pandangan  ulamak anda diharuskan baca fatihah selepas satu ayat dibaca oleh imam kemudian anda ikut baca satu ayat juga selepas itu.Tetapi yang seeluk-eluknya anda dengar imam baca sampai habis baharulah anda baca surah fatihah.Bacaan fatihah itu merupakan salah satu rukun dalam solat,jika tertinggal batal /tidak sah solat.
2.Bacaan surah selepas fatihah itu hukumnya sunat,jika anda  tidak baca surahpun solat yang anda dirikan tetap dikira sah.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment