Soalan
Salam..saya ingin bertanyakan adakah perkahwinan itu sah atau tidak jika
wali (abang kandung) masih ada,tetapi tidak mengetahui tentang
berlakunya pernikahan adik (janda) yang ke-2(bukan bekas suami).Wali
hakim diragui oleh anak janda tersebut,sama ada bertauliah atau tidak
bertauliah di indonesia.Syarat perkahwinan cukup,cuma tentang wali
sahaja yang menjadi kekeriluan.Ia sah atau tidak mengikut syarak.Adakah
anak janda t'sebut harus memisahkan mereka sementara waktu,m'beri masa
utk bernikah lg
Jawapan
Wassalam,
Di dalam Islam, seorang janda adalah diberi kelonggaran ke atas dirinya untuk memilih pasangan bagi dirinya tanpa perlu meminta keizinan daripada walinya (ayah atau datuknya). Malah, walinya tidak berhak untuk memaksa dirinya untuk bernikah dengan mana-mana lelaki yang menjadi pilihan walinya.
Oleh itu, jika wali janda tersebut sudah tidak berhak untuk menghalang pernikahan mereka, inikan pula seorang anak, mereka lagi tidak berhak untuk menghalang ibu mereka daripada berkahwin baru.
Kelonggaran ini adalah bersandarkan kepada firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-232, maksudnya:
“Janganlah kamu menghalang mereka berkahwin kembali dengan bekas suami mereka apabila telah terdapat kerelaan antara mereka dengan cara yang makruf”
(Surah Al-Baqarah 02: 232)
Selain itu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam turut bersabda yang maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda, “Perempuan janda diajak bermusyawarah tentang urusan dirinya, kemudian jika ia diam, maka itulah izinnya, tetapi jika ia menolak maka tiada paksaan ke atasnya”.
(Riwayat Al-Khamsah kecuali Ibnu Majah)
Oleh yang demikian, pernikahan tersebut adalah sah dengan syarat wali tersebut adalah wali hakim.
Wali Hakim ditakrifkan sebagai wali yang ditauliahkan oleh Yang DiPertuan Agong (bagi Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak) atau dilantik oleh Raja atau Sultan bagi negeri-negeri Melayu yang lain. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment