Saturday, November 17, 2012

Hukum Tidak Meninggalkan Solat Jumaat Kerana Perbezaan Fahaman Politik Di Masjid Kampung Tersebut

Soalan

Assalamualaikum..Saya ada kemusykilan mengenai hukum meninggalkan solat jumaat dan bersolat zuhur di rumah hanya kerana masjid di kampung tersebut mengamalkan fahaman politik yang berbeza. terima kasih.

Jawapan

waalaikumussalam w.b.t
saudara yang dirahmati Allah swt\
Meninggalkan solat Jumaat tanpa sebarang keuzuran adalah satu dosa. perselisihan pendapat seperti fahaman politik bukanlah satu penghalang dalam mengerjakan ibadah solat jumaat. Perkara yang paling utama ialah, rukun solat jumaat itu tidak bercanggah seperti yang telah ditetapkan dalam hukum syarak. Sekiranya fahaman politik itu mengamalkan ajaran dan menokok tambah salah satu rukun dalam solat jumaat maka ianya sudah jelas  bertentangan seperti yang telah dibawa atau yang diajar dalam Islam.

No comments:

Post a Comment