Friday, November 23, 2012

Perkhawinan Hanya Diketahui Oleh Ayah Saya Sahaja

Soalan

saya seorang pelajar tahun akhir dan saya ingin berkahwin tetapi pekara ini hanya diketahui oleh ayah saya sahaja kerana dia wali saya.Ini kerana ibubapa saya telah becerai jadi perkawinan dapat dirahsiakan dari pihak ibu.Pihak lelaki nya ibubapa pun tidak mengetahui pekara ini. Tetapi kami telah telanjur banyak kali.Oleh itu kami berdua telah mengambil keputusan untuk bernikah supaya menjadi halal disisi Allah.Apakah saya tidak patut meneruskan niat ini?

Jawapan

Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Sah pernikahan anda sekiranya anda telah mendapat keizinan dari wali anda iaitu bapa anda.
Bagi mengelakkan berlaku perzinaan dan perkara mungkar yang dibenci oleh Allah maka nikah adalah jalan yang paling baik. Walaubagaimanapun, dalam membina rumah tangga yang harmoni dan diberkati Allah maka anda seharunya bertaubat kepada Allah atas segala keterlanjuran. Hanya dengan taubat nasuha dosa anda akan terhapus.
Memaklumkan kepada ahli keluarga adalah perkara yang lebih baik walau mendapat tentangan bagi mengelakkan berlakunya permasalahan yang lebih besar dan fitnah yang lebih buruk pada masa akan datang.
wallahua'lam

No comments:

Post a Comment