Thursday, November 8, 2012

Hukum Klu Solat Seorang Dri Bg Perempuan

Soalan

assalamualaikum,
1)-apa hukumnya jka wanita yg solat seorg dri kmudian auratnya trbuka,,ttapi hnya dia seorg shja didlm blik tersbut,,tdak sah ke smbhygnya?
2)-bolehkah kuku atau rmbut dibuang semasa dlm haid?ad yg kata kne dsimpan,dn ad yg kata xpe klu dibuang,mhon pnjelasan?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
1.         Dalam keadaan ini, solatnya adalah masih sah dengan syarat pakaiannya yang terbuka tersebut ditutup kembali dengan cepat. Jika dibiarkan atau ditutup dengan lambat, solatnya adalah terbatal kerana terdedahnya auratnya sekalipun dia bersolat sendirian.

2.         mengenai larangan memotong kuku dan juga menggunting rambut bagi orang perempuan yang didatangi haid, sebenarnya tidak terdapat sebarang dalil sama ada dari Al-Quran ataupun dari hadith Nabi Sallallahu 'Alaihi Wassalam yang jelas melarang kedua-dua perkara tersebut.
Dari itu, orang perempuan yang didatangi haid masih dibenarkan untuk memotong kuku atau menggunting rambutnya.
Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment