Friday, November 23, 2012

Kemusyikilan Remaja.

Soalan

Assalamualaikum. Saya mempunyai teman lelaki dan kami telah berkawan selama 2tahun. Selama kami berkawan, kami selalu berdua duaan dan melakukan perkara yg menghampiri zina tetapi tidak sampai ke tahap berzina. Kami masih belajar dan saya pernah mengajak teman lelaki berkahwin pada usia muda tetapi dia membantah keras kerana mahu menamatkan pelajarannya dahulu. Perlu kah sy tunggu teman lelaki sebegitu utk dibuat suami?

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Dalam surah al-Isra' ayat 32 yang bermaksud:
"Janganlah kamu menghampiri zina,ini kerana zina tersebut adalah perbuatan yang keji yang membawa kepada kerosakan.
2.Malah dalam sebuah hadis baginda saw yang bermaksud:
"Janganlah kamu duduk berdua-duaan dengan orang yang bukan muhrim sesungguhnya orang yang ketiga itu  ialah syaitan"
Berdasarkan mafhum ayat dan hadis ini adalah haram anda duduk berdua-duaan apatah lagi  melakukan perbuatan yang menghampiri zina.
Panel sarankan agar anda bersegera bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha (bersungguh-sungguh).Panel juga syorkan  kepada anda berdua untuk bernikah dengan cara sah bagi mengelakkan fitnah  masyarakat dan prasangka buruk  orang ramai.
Jika teman  lelaki anda tidak mahu eluk anda tinggalkan sahaja beliau.Ini kerana beliau hanya ingin mengambil kesempatan atas kelemahan anda.Biarlah teman hidup /jodoh  yang anda jumpa nanti  terdiri daripada individu yang mampu bertanggungjawab dan membimbing anda ke arah kebaikan dunia dan akhirat.Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment