Thursday, November 15, 2012

Niat Solat Dan Bacaan Rukuk & Sujud

Soalan

Salam ustaz,
1) Sahkah niat solat dlm hati sewaktu mengangkat takbir: "Sahaja aku sembahyang fardhu zuhur empat rakaat kerana Allah Taala" TANPA menyebut perkataan TUNAI yakni: empat rakaat "tunai"?
2) Utk mengejar masa maghrib adakah sah saya membaca bacaan rukuk dan sujud hanya SEKALI sahaja?
Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumusalam,
1.Semasa angkat takbir anda hendaklah berniat dalam hati,sebagai contoh untuk  LAKSANAKAN solat Subuh,ketika angkat takbir lantas diniatkan solat yang sedang dilaksanakan  umpamanya:
"SENGAJA AKU SOLA FARDU SUBUH DUA RAKAAT KERANA ALLAH TAALA". Walaupun tanpa perkataan tunai pun solat itu tetap sah asalkan anda laksanakan 13 rukun dalam solat.
2.Ketika melaksanakan solat maghrib anda harus berbuat sedemikian,bacaan yang wajib hanya sekali TETAPI jika  anda baca tiga kali itu ikut Sunnah Rasulullah saw.Perkara ini  berdasarkan kepada  Sabdanya yang bermaksud:
"Solatlah kamu sebagaimana aku solat".
Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment