Thursday, November 15, 2012

Jatuh Talak Atau Tidak

Soalan

assalamualaikum.. saya nak tnye.. baru2 ni kawan sy ada cerita pd sy yg die bertengkar dgn suami die.. dan die mahu pulang ke rumah ibubapa die.. lalu suami die ada cakap "kalau kau keluar setapak je dari rumah ni aku......." dan isteri terus sambung dgn berkata "ceraikanlah dengan talak 3 sekali.. xpayah talak 1.." dan isteri keluar dlm masa sejam kemudian.. disini adakah telah jatuh talak tersebut? tetapi suami die belum ceraikan nye lagi..

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Talaq adalah hak suami dan hanya suami sahaja yang berhak untuk melakukannya.
Oleh itu, kata-kata kawan anda tersebut perlu dinilai dan dikenal pasti adakah suaminya memang bermaksud untuk menyatakannya ataupun tidak.
Oleh yang demikian, kawan anda diminta supaya merujuk kes ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran bagi mengenal pasti status hibungan mereka selepas dia keluar daripada rumah tersebut. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment