Soalan
baru2 ni kami bergaduh suami isteri.isteri berkata 'kita bercerai sahaja
la" suami menjawab "suka hati kau lah!! besoknya saya tanya suami apa
yg dmaksudkan suka hati kau lah! suami kata suka hati kau la nk cakap
apa.dia kata tiada niat untuk cerai,cuma marah je..
adakah jatuh talak?
adakah jatuh talak?
Jawapan
Dalam kes ini, oleh sebab suami anda tidak melafazkan talaq atau
kata-kata yang boleh dikaitkan dengannya, maka tidak ada sebarang talaq
yang terjatuh ke atas anda. Walau bagaimanapun, anda berdua dinasihatkan
supaya merujuk kes ini kepada pihak Mahkamah Syariah yang berhampiran
untuk mengenal pasti mengenai statusnya.
Panel mengharapkan apa yang telah terjadi menjadi satu teladan kepada anda berdua. Janganlah terlalu mudah untuk melafazkan atau meminta cerai jika terjadi sebarang berselisihan ataupun pertengkaran di antara anda berdua. Buanglah yang keroh dan ambillah yang jernih. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Wallahu 'alam.

No comments:
Post a Comment