Soalan
salam, sy ingin bertanya perlukah sy menyempurnakan mandi wajib jika sy
ingin memperbaharui hadas besar? klu tak sah mandi wajib ulangan itu,
adakah perlu sy mandi sekali lag?
Jawapan
Wassalam,
Dalam hal ini anda perlu mengulangi lagi mandi wajib anda sekiranya mandian yang telah anda lakukan adalah tidak sah. jika masih tidak sah lagi, anda perlu lakukannya semula dengan cermat dan memastikan segala rukun dan syarat melakukan mandi wajib telah anda ikuti dan patuhi demi untuk memastikan mandian tersebut menjadi sah.
Sebagai panduan, berikut adalah cara bagaimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melakukan mandi wajib:
1. Membaca bismillah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar . sebaik air mencecah ke tubuh anda, berniatlah di dalam hati untuk mandi wajib.
2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. Kaki dibasuh selepas mandi nanti.
5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
6. Membasuh kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali menimba air.
7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah (kaki).
8. Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah (kaki).
9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut, celah kelengkang dan lain-lain supaya terkena air.
10.Membasuh kaki (celah-celah jari kaki).
Nota:
Jika anda mandi dengan menggunakan “shower”, tidak perlu tiga kali, memadai sekiranya anda telah yakin air telah meratai seluruh badan dari kepala ke hujung jari kaki.
Bagi kaum wanita pula, oleh kerana rambut wanita lebih panjang, maka disunatkan supaya rambut diuraikan (tidak ditocang/diikat).
Anda dicadangkan supaya memakai kain seperti mana yang diajarkan oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam.
Semoga panduan di atas dapat memberi maklumat yang berguna untuk anda di dalam melakukan mandi wajib. Wallahu 'Alam.

No comments:
Post a Comment