Soalan
Boleh dikatakan hampir keseluruhan perbelanjaan,sy yg keluarkan.
Mulanya, atas dasar kasihan ttp lama2 sy nampak, si suami umpama dh
ambil kesempatan. Bila disuruh keluar belanja, katanya 'belum gaji' 'x
ada duit'.Keluar bertugas di dalam atau luar negara pun,minta duit
belanja dari sy. Klu sy outstation, sy yg kena tinggalkn duit
belanja.Perkara ni buat sy stress dan minta cerai slps berkali2 beri
peluang n nasihat pd dia.Dia xnk cerai tp sy dh tawar hati ttp sy
kasihankan nasib anak sy 4org.
Jawapan
Assalamualaikum w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
dalam perkara ini panel menasihatkan agar saudari meminta bantuan dari orang yang paling terdekat dengan suami dan yang paling diseganinya agar dapat menasihati sikap suami tersebut. Sekiranya benar suami itu mempunyai duit maka wajib keatasnya memberi nafkah kepada anda.
Sekiranya perkara ini gagal maka adalah lebih baik anda merujuk perkara ini dengan pejabat agama Islam yang terdekat bagi mendapatkan maklumat dan nasihat berkaitan hal tersebut. Perceraian adalah, walaubagaimanapun puan berusahalah terlebih dahulu. Mohonlah petunjuk dari Allah swt dan sentiasalah mengamalkan bacaan ayat 200 dai surah Ali-Imran dan hembuskanlah ke dalam makanan dan minuman suami agar sentiasa dilembutkan hatinya.
wallahua'lam

No comments:
Post a Comment