Wednesday, November 21, 2012

Adakah Terkeluar Dari Islam Jika Berkata Sesuatu Yang Boleh Membawa Murtad Walaupun Tidak Menginginkannya?

Soalan

assalamualaikum....saya mempunyai seorang kawan..dia sering berkata didalam hati perkara2 yg boleh membawa kepada murtad...contohnya, Allah itu tidak wujud sedangkan dia tidak menginginkannya...seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya...sekarang hidupnya tidak aman...dia tidak boleh fokus pada kerja yang dia buat....bagaimana dia mahu mendidik hatinya supaya tidak berkata begitu? jika dia sudah murtad, bagaimana dia mahu kembali?

Jawapan

Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, kata-kata tersebut belum cukup untuk membuatkan kawan anda terkeluar daripada beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala melainkan beliau menyatakannya dengan jelas di mulutnya sendiri.
Antara cara yang boleh dilakukan untuk mendidik hati agar ia sentiasa tenang di bawah rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala ialah dengan memperbanyakan menyebut nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala (berzikir). Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam Al-Quran, maksudnya:
"Ketahuilah! Dengan "dzikru'llah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".
(Surah Ar-Ra'd 13: 28)

Ringkasnya, rasa bimbang, celaru fikiran dan pelbagai lagi perasaan yang membuatkan diri merasa risau akan hilang dan hati pun akan menjadi tenang apabila nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang memiliki nama-nama yang indah disebut berulang-ulang sebagaimana maksud firman Allah di atas.
Dari itu, adalah dinasihatkan kepada kawan anda supaya beliau memperbanyakan berzikir, beristighfar, membaca Al-Quran dan mengerjakan solat sunat. Semoga hati akan menjadi tenang. Wallahu 'alam.

No comments:

Post a Comment