Saturday, November 17, 2012

Bagaimana Membantu Kawan Yang Murtad

Soalan

assalamualaikum, sy ingin bertanya bagaimana utk membantu kawan yg murtad. sy mendapat berita melalui facebook dgn melihat gambar kawan saya ini memakai salib & bergambar depan gereja. setelah sy selidik dlm facebook kwn sy itu, dia sedang belajar agama di sebuah tmpt di indonesia yg dipanggil stt cipanas, sy buntu memikirkan bagaimana mahu membantu dia, sy tidak begitu rapat dgnnya, kami pernah bekerja satu pejabat tetapi dia hnya pekerja sambilan, apakah prosedur yg perlu diambil utk selamatkn

Jawapan

Waalaikumussalam w.b.t
Saudari yang dirahmati Allah swt
Panel memuji semangat anda dalam memperjuangkan agama Islam, dan berusaha untuk menyelamatkan rakan dari terjerumus ke lembah hina.
Dalam perkara ini jika sudah pasti dia sudah murtad, mohonlah kepada Allah agar dirinya diberi Hidayah. Adakalanya apabila pintu hati tertutup rapat maka segala nasihat sudah tidak diendahkan lagi. Selaku rakan yang masih mengambil berat mengenai keadaannya , maka nasihat panel mohonlah doa dari Allh agar dipelihara nikmat iman yang anda milikki dan jadikanlah ia sebagai pengajaran buat anda dan keluarga.
Oleh kerana anda mampu berhubung dengan rakan tersebut dengan kaedah facebook maka tidak salah sekiranya anda memberikan kata-kata hikmah atau menyelitkan unsur nasihat serta peringatan berkenaan kejadian alam semesta, kejadian manusia dari alam rahim, meletakkan gambar-gambar yang menunjukkan kebesaran Allah swt.
Mohonlah dengan Allah agar diberikan padanya hidayah. Berserahlah padaNya kerana urusan Hidayah adalah milik Allah

No comments:

Post a Comment